::::✿chinta_shafiqah✿::::

Thursday 27 June 2013

Petua Memutihkan Ketiak☀

Assallamualaikum

Salam jumaat dan tidak sampai beberapa jam lagi berangaktlah cik cinta untuk pulang ke kampung. sob3..setelah 3 tahun bertungkus lumus belajar di sintok kini tibalah masa untuk melayari hari-hari diluar sana yang sememangnya penuh onak dan duri..cececehhh jiwang pulak.. okeylah kita strait to the point,actually hari yang penuh mulia ini cik cinta nak berkongsi sedikit tips untuk memutihkan ketiak. Alamak! boleh ke cik cinta oii??? insyaALLAH kalau di izinkanNYA dan yang paling penting korang perlu rajin la..

Masalah ketiak hitam sering membuatkan kita rasa tak senang duduk bukan? malu la dan bermacam-macam lagi lah, betol tak? tak pe, jangan malu-malu..normal la tu kan? berkemungkinan effect dari pemakaian deadorent, dan juga percukuran. OH no bebe!

Sekarang banyak produk yang memaparkan iklan mereka di dada akhbar, dan lebih hebat juga di televisyen, pelbagai produk yang di jual, dari produk A hinggalh produk Z, tak,tak bukan cik cinta tak yakin dengan produk tu, tapi sekali sekala apa kata kita cuba cara tradisional pulak? kalau korang perasang la kan, kenapa ketiak mak-mak kita putih je walaupun dah tua? why? why? and why?

Cara-caranya adalah

  • Sedikit kapur sireh dan sbiji limau nipis (murah dan jimat bukan? hehe)
  • Campurkan kapur dengan perahan limau nipis hingga sebati dalam satu bekas atau piring
  • Lepas tu,sapukan campuran tadi kat kawasan ketiak korang dan biarkannya lebih kurang 15 minit
  • Lakukanya selepas mandi tau,tau?
  • Sebaik-baiknya, korang amalkan selamaa 1minggu ye dan jika korang serasi dengan cara ini,hasilnya ketiak korang bukan saja bertambah cerah malah tidak berbau lagi. 。◕‿◕。

Okeyh itu sahaja dari cik cinta untuk korang semua, yang pastinya YAKIN DAN SUCI! selamat mencuba u allss..

-X0X0-

terima kasih sudi baca

TUtorial : letak RSS @ Atom feed dalam blog

Assalamualaikum..
Haii...korang semua, rasa hati malas nak buat tutorial, tapi ade someone ni tanya {^◕‿◕^}
 


RSS @ Atom feed dalam blog macam cik cinta ni
-
-
-
-

1. log in >> dashboard>> Add gadget
2. scroll kat bawah cikit korang akan jumpa macam gambar kat bawah
(ni kot bahasa melayu) hehehe


3.Now, klik feed tuh (korang letak url blog korang okey)
4. fill in macam cik cinta nih and tekan continue


5. Kalau feed tu ade kat sideber korang tarik or drag dia ke atas entry atau letak di bawah okey?
6.Then tekan save! 

SELAMAT MENCUBA!
 -X0X0-


terima kasih sudi baca

"Blogwalking"

Assallamualaikum
Haipppp bebe! setelah seharian menunggu dan menunggu kini tibalah masa untuk cik cinta menulis di dada blog nih,wifi slow rock pulak tadi so tak dapat nak blogwalking..by the way tengok tajuk atas tu, apa yang korang faham dengan perkataan tu?  Dalam berblog ni memang tidak boleh di pisahkan lagi dengan blogwalking ni, nanti kalau tak buat gitu mana nak dapat trafik yang tinggi, lain la kalau korang semua dan bloger famous, macam cik cinta ni tak boleh berkurung je kene keluar jugak cari idea itu lah yang di katakan blogwalking cik cinta tu.

To me, blogwalking bukan sahaja meninggalkan jejak kat blog orang, tapi sekurang-sekurangnya kita dapat ilmu yang kita belum tahu. SUMpah! best sangat blogwalking nih. Apa yang bertambah menarik lagi bila masuk blog someone ni, fuyoooo....berseri-seri, warna pulak macam pelangi, hati yang serabut pun jadi tenang kalo masuk blog jenis macam ni. Korang pulak macam mana?

Lagi, cik cinta suka blogwalking sebab melalui blog yang kita terjah tu secara tak lansung kita boleh follow sekali, bagi cik cinta tak kisah la kalau dia follow atau tak blog cik cinta, yang pasti bila cik cinta blogwalking cik cinta akan pastikan jari ni akan klik butang follow..melainkan blog tu tersorok butang follow, puas jugak cik cinta cari last-last blah gitu je.hehe tu la sape suh sorok sangat, conclusionye nak memudahkan orang lain follow blog kita, pastikan butang follow tu terpampar kat dada diary korang tu..tak guna cantik if benda yang penting tak de..betol tak?

Eh ada lagi laaa....tunggu dulu...sebab kenapa kita perlu blogwalking nih korang jangan tak tahu untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dengan bloger yang lain, walaupun tak kenal, tapi mana tahu lama-lama boleh kenal antara satu sama lain, haaa betol tak? macam cik cinta, lepas cik cinta blogwalking blog ni, akan ada blog-blogg yang seterusnya untuk cik cinta jejaki..kahkahkah...besss sangat kalau wifi full...lau wifi slow tu yang jadi malas nak blogwalking tu...

okeyh! siap perkongsian ilmu blogwalking..semoga korang heppy! DAAAA

-XOXO-

terima kasih sudi baca

Wednesday 26 June 2013

Jom rehatkan minda..




Kisah nenek yang 18SX

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata:

“Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!”..

“Yg kau telanjang tu nape!!!???” marah si nenek.
“Ini la BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya.

“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan.
“Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.

Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek.” pinta si cucu perempuannya

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami.

Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya.

Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang.

Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu….

“Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???” marah si atok tadi.
“Ini lah BAJU CINTA saya bang” kata si nenek tadi.

“BAJU CINTA???…… Kok iyea pun….. IRON la dulu baju tuh!!
nampak sangat kedutnyer…..”



-X0X0-

terima kasih sudi baca

Tuesday 25 June 2013

Tips menjimatkan bateri untuk smartphone android

Assalamualaikum..

Selamat malam untuk korang semua, cik cinta nak berkongsi dengan korang mengenai tips untuk menjimatkan bateri smartphone andorid korang tu. jom......

1) PENGGUNAAN LAUNCHER 
bagi cik cinta, penggunaan launcher di android sangat tidak perlukan.Walaupun ianya mencantikkan paparan handphone android korang, tapi ia akan menyebabkan handphone korang akan kehabisan bateri dengan cepat.nonono! itu tidak boleh terjadi kan? kenapa cik cinta cakap gini? sebabnya penggunaan launcher ini sangat berat, penggunaan ram yang tinggi dan cepat makan bateri..so fikirlah yang terbaik untuk handphone korang tu.

 nampak cantik bukan? ikut kata hati korang okey? nak jimat bateri ke nak cantik?hehe


2) OFF WIFI JIKA TIDAK DIGUNAKAN
 Apabila wifi di ON kan, secara automatik akan menambahkan lagi penggunaan bateri handphone android korang. So... cara nak menjimatkanya,setiap kali korang tak guna internet,boleh la OFF wifi tersebut.Termasuklah blutooth. boleh faham?oket settt..:)

OFF kan wifi jika tidak di perlukan..


3)  STOP APPLIKASI DIBELAKANG TADBIR.
Kalau kita clearkan applikasi yang run,sekarang kita nak force stop applikasi yang secara kita tidak sedar dia  run di belakang tadbir, Tak faham lagi? macam ni korang pergi ke setting>>application maneger>>slide untuk running application. Kat situ akan ada senarai untuk semua aplikasi yang disebalik tadbir. Tugas korang hanya TOUCH pada applikasi yang nak dihentikan dan TOUCH pada FORCE STOP. PASTIKAN korang STOP setiap applikasi yang korang tidak gunakan. Alaaa..semudah ABC katakan..hehe
STOP kan semua applikasi selepas digunakan


4) AKTIFKAN POWER SAVING MODE
 Cik cinta sekarang lebih suka aktifkan power saving mode. That why, ia boleh menjimatkan bateri handphone android. Yang ni pasti korang semua sudah tahu right? so korang godek-godek la kat handphone tu ye?
aktifkan power saving mode yeah~

5) OFF SYNC 
Ape benda ni cik cinta SYNC,alaa...senang je korang pergi setting>> accounts & syc. Off kan okey? ON bila perlu sahaja. Mudah kan nak jimatkan bateri :)

 Bila korang OFF dia akan jadi warna kelabu


6) SCREEN BRIGHTNESS  & TIME OUT
  Simple je untuk nak jimat bateri korang guna yang automatik screen brightness & untuk time out display tu korang boleh set ikut keselesaan korang. Macam cik cinta set 1minit atau 30 saat. Tak boleh terlalu cepat dan tak boleh terlalu lama. Mudah nya nak jimat bateri kan kan kan?

Tekan Automatik okeyh?


7) SOUND & VIBRATION
haaa....korang jangan tidak tahu, vibrate juga sangat-sangat-sangat memainkan peranan untuk bateri cepat habis termasuklah keynotes,touch sound,screen lock sound,haptic feedback dan lain-lain lagi lah.. Korang perlu disable semua sound tersebut sebab tak diperlukan bunyinya tu, lain la kalau korang memang perlukan bunyi tersebut,boleh la guna. Cara nak DISABLE setting>>sound>>system..okey dapat?

Haaa...macam mana dah dapat tak sedikit perkongsian ilmu android dari cik cinta, bagi sesiapa yang dah tahu tu that good la, bagi yang tak tahu boleh cuba. Actually, banyak sebab kenapa bateri android mudah habis, So, korang boleh try apa yang dah cik cinta kongsikan di atas. Semoga ianya sangat berguna untuk korang!

-XOXO-

terima kasih sudi baca

Monday 24 June 2013

jerebu✿


pesanan penaja: tutup aurat itu adalah sangat di galakkan dalam ISLAM
Kasihanilah bapa anda bila aurat anda terbuka..
IStifarlah anda sebelum ianya terlambat
sesunguhhnya ALLAH itu maha pengampun:)
selamat beramal

pesanan cik cinta: hey lelaki! kalau tak kutuk perempuan tak boleh ke?hehe

-XOXO-

terima kasih sudi baca

KittyQuenny Giveway ♥



Hadiah & Sponsor
Perfume from @dollyperfume x3
Lace Border 2 metre from @fashionbyrosewar
Custom Made Phone Case @cimieko_closet
Peplum Blouse from @qinafashion
Bedak Sejuk Tanaka from @nrstore33
RM10 voucher at @KittyQueeny
Mask Korea from Mysara Abrahman like sini
Topup RM10 from Mysara Abrahman like sini

8 winners randomly of course .
2 winner most repost . Instagram only


terima kasih sudi baca

Sunday 23 June 2013

WAJIB BACA! TAKTIK KOTOR TERBARU MEROMPAK / MEROGOL

ASSALAMUALAIKUM 

 Di kongsi melalui pengalaman seseorang 
-
-
-
WAJIB BACA! TAKTIK KOTOR TERBARU MEROMPAK / MEROGOL | Hari itu 4hb June, nasib saya tak terjebak. Lebih kurang tengahari jam 12.30, saya memandu di hadapan Angkasapuri menghala ke Highway Seremban. Apabila dijalan lurus sebelum ke simpang Taman Seputih, seorang penunggang motosikal menunjuk sesuatu di tayar hadapan kiri saya.

Saya perlahankan kereta tapi tak berhenti. Penunggang tadi yang berada di hadapan saya melambai suruh saya berhenti. Saya rasa mungkin ini satu helah tapi dalam hati rasa was-was juga, mungkin betul. Tiba2 ada seorang lagi penunggang menunjuk tayar hadapan saya.

Saya kemudian berhentikan kereta di tepi jalan sebelum masuk ke simpang Taman Seputih. Penunggang yang pertama tadi datang ke arah saya dan bagitau yang tayar kereta saya berasap dan ada banyak minyak brek keluar.

Saya berat hati untuk keluar sebab mengesyaki sesuatu...kenapa penunggang itu beria-ia nak suruh saya berhenti.

Saya bagitau dia yang saya akan bergerak perlahan pergi ke bengkel kereta. Dia bagitau, kalau bergerak juga mungkin brek tak makan...saya kata tak mengapa...(Saya fikir, saya bukannya baru pandu kereta...dah berpuluh tahun, kalau brek tak makan...tariklah hand brek)..walaupun begitu saya rasa cuak juga, mungkin betul ada kerosakkan...saya pandu 60 ke 70 km saja. Lebihkurang 15 minit saya sampai di bengkel yang saya selalu baiki kereta saya. Saya turun dan tengok tayar kereta.

Memang betul minyak brek bertaburan di sport rim dan tayar. Saya panggil pomen dan bagitau dia apa yang berlaku. Dia pun jawab: " Aiya ini tak da hal punya". Di ambil sebaldi air dan siram tayar kereta. Dia sambung " Saya punya customer ramai sudah kena ini macam", " Itu orang kata dia pomen dan akan buka you punya tayar dan brek, kemudian dia kata kena bayar RM1,000 untuk siap. " Itu orang banyak pandai, dia kasi spray itu minyak pada tayar kemudian dia kata tayar keluar asap sebab brek disc panas, kena minyak, mesti keluar asab".

Penunggang tersebut berbangsa India (bukan nak hina mereka pulak, ramai India yang baik) dan memang lagak macam pomen. Cuma saya terlupa nak catat nombor pendaftaran motosikal dia. Semoga pembaca semua dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa ini.


BAYANGKAN JIKA IA TERJADI PADA PARA WANITA DAN APA YANG BERLAKU KEMUDIANNYA. 

Terima kasih kerana membaca.

SHARE kepada semua , biar semua tahu ...



terima kasih sudi baca

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA BAGI NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA 1434H / 2013

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA BAGI NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA 1434H / 2013


Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Di Malaysia 1434H / 2013 | Bulan Ramadhan  yang mulia akan tiba tidak lama lagi.Ramadhan dianggap bulan termulia di dalam bulan-bulan Islam. Penurunan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan menjadikan bulan ini sangat mulia lagi istimewa. Di dalamnya terdapat pelbagai fadilat yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman sesawang rasminya telah mengeluarkan senarai jadual waktu imsak dan buka puasa di bulan Ramadhan bagi negeri-negeri seluruh Malaysia sebagai panduan kepada seluruh umat Islam ketika menjalani ibadah puasa

Jadual tersebut boleh di muat-turun (download) dengan melayari atau klik tajuk pautan url mengikut negeri masing-masing seperti yang tertera dibawah.
Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..tingkatkan amalan kita di bulan yang mulia penuh nikmat..

#p/S---> kepada sesiapa yang masih belum menggantikan puasa yang yang lepas adalah di galakkan untuk menunaikanya sekarang..:)

-XOXO-

terima kasih sudi baca

PERKONGSIAN


terima kasih sudi baca

Segmen #3 Blogllist 12jam


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

terima kasih sudi baca

TIPS CINTA


terima kasih sudi baca

Tidur Meniarap adalah dilarang?

Assalamualaikum..






Tidur sememangnya sangat diperlukan oleh manusia untuk merehatkan diri setelah penat bekerja seharian. Tanpa rehat atau tidur yang cukup, badan kita akan letih dan tidak bermaya. Oleh itu, tidur amat penting dalam kehidupan seharian. Posisi atau cara tidur juga penting untuk merehatkan badan dengan betul.

Antara posisi – posisi tidur yang biasa ialah seperti tidur secara mengiring, terlentang, meniarap dan sebagainya.. Tapi tahukah anda tidur secara meniarap ini adalah dilarang oleh Nabi Muhammad Saw?

Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan,

“Suatu hari Nabi saw. sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur secara meniarap atau tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata; Rasulullah saw. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap/tengkurap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

credit to-------> pen patah

terima kasih sudi baca

INFORMASI


terima kasih sudi baca

Serius Gambar Jerebu di Johor Bharu

Assalamualaikum

Sekarang isu yang paling hangat dibangkitkan di dada-dada akhabr, majalah adalah isu jerebu yang kini melanda JOHOR Bharu.. Seperti yang kita maklum JEREBU adalah sangat bahaya untuk kesihatan kita, antibodi mesti kuat terutamanya bagi mereka yang tinggal di JOHOR Bharu..Jom kita saksikan picture-picture mengenai permasalahan ini..-

-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-







jagalah kesihatan anda
-XOXO-


terima kasih sudi baca

TIPS


terima kasih sudi baca

Saturday 22 June 2013

Tips meningkatkan Follower..

Assalamualaikum..

pernah tak korang terfikir kenapa blog somone ni ramai follower? apa kah yang menyebabkan blog mereka ni ramai pengujung? yang pasti bingung  memikirkanya, blog entah apa-apa dengan gaya bahasa yang berbelit, gunakan lorat negeri pun ada dan sebagai nya..kenapa? haaa..mari kita selaminya untuk meningkatkan follower blog korang dari 23 orang kepada 23000 orang..itu bukan suatu yang mustahil bukan? tapi untuk sampai ke tahap itu banyak dugaan dan halangan yang bakal kita tempuh..hehe...cik cinta ni bercakap macam lah follower banyak sangat,hihihi..sekadar perkongsian mana tahu adik-adik yang masih baru mengenali dunia blog boleh cuba..bagi korang yang dah famous tak usah di cakap laa....

caranya ialah :

-pertama,Korang mesti selalu update blog, jangan biarkan blog berseorang tanpa ada yang meluah di atasnya. lain la kalau korang dah famous macam Fatin Liyana ke, YuYu zulaika ke, LYssa Faizurin, walaupun blog tak update still ada yang bertapak..cuba la ye..

-Kedua, sekarang kan bermacam-macam giveaway,segmen yang pemilik blog sediakn so korang jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapatkan trafik untuk blog korang and then secara tidak lansung boleh meningkatkan follower korang tu.. walaupun cik cinta jarang sangat sertai segmen tapi SERIUS ia memang cara yang paling mudah untuk mengUPkan follower korang!

-Ketiga, masuk blog someone tu jangan lupa bagi komen, singgah dan tinggalkan jejak korang kat ruangan komen tapi awass! jangan menipu taw? baca sepatah haram pun tidak nak komen apa benda..AWAS yea!

-Keempat, buat chatbox, shoutbox untuk memudahkan pengunjung meninggalkan jejak mereka. WAJIB! actually, setiap kali kita singgah kat blog orang lain, link blog kita automatik akan terpampar kat ruangan chatblox mereka dan silap haribulan pengunjung lain pun boleh melawati blog korang:)

Kelima, ni bagi mata dan jiwa cik cinta la, korang WAJIB kemaskan blog korang yang berserabut tu, (walaupun blog cik cinta tak berapa nak kemas) tak payah la letak benda alah seperti salji dan blablabla tu..ia hanya memberatkan blog korang saja.Korang tak mahu kan bila pengunjung datang ke blog kita, tapi loading 360 darjah celcius,  mak oi!!! lama giler, cik cinta akan stop terus kalau dapat blog yang macam ni.

Okey lah hanya5 tips yang berjaya cik cinta selidik, actually banyak faktor yang menyumbang kepada peningkatan follower, tepuk dada tanya selera korang nak makan Maggie KEtam atau Ketam sahaja..hahahaha.....

_X0X0_

terima kasih sudi baca

Friday 21 June 2013

(PERINGATAN) JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI !



(PERINGATAN) JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI ! | Pusat Racun Negara baru-baru ini memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang.

Selain itu Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, yang telah menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam peket 1kg

Kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.

Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah. Ia biasa digunakan oleh segelintir peniaga jalanan dan pengusaha restoran bagi menjimatkan kos perniagaan.

Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.

Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, para pengguna mestilah meninggalkan tabiat makan di luar dengan memasak sendiri makanan. Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama yang tidak perlu dipertikaikan lagi adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.

sumber

terima kasih sudi baca

Thursday 20 June 2013

KAKAOTALK,WECHAT, LINE

Assalamualaikum...

Zaman sudah berubah,masayarakat sudah maju dengan pelbagai teknologi canggih yang semakin hari semakin banyak. Korang pun mesti tidak ketinggalan kan dalam era globalisasi yang semakin mencabar minda kita ni, bagaimanakah begitu mudahnya mereka yang kreatif mencipta jaringan sosial untuk memudahakn kita berhubung di antara satu sama lain.FACEBOOK, TWEETER,TAGED, YM,apa lagi? semuanya dihujung jari kita kan sekarang. Bangun je tidur, FACEBOOK, makan pun dengan FACEBOOK. HEHEHE

Namun, sekarang famous pulak dengan LINE,WECHAT,KAKAOTALK yang lebih memudahkan kita semua berkomunikasi di alam maya walaupun tidak nampak gusi.hihihi..siapa diantara korang yang masih belum guna applikasi ni? mesti applikasi ni ada kat smartfhone korang kan? hihih..cik cinta salah satu penggunaanya dan rasa lebih selesa menggunakan wechat, line, and kakaotalk ini. Kenapa? sebabnya kita boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan kita dan terdapat banyak kemudahan seperti free call, free chating..best korang! caya lah..hehe..tapi yang kurang memuaskan adalah mesti ada connection la...hehe..

Namun, harus diingat, kemudahan-kemudahan yang disediakan ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri, kebaikanya adalah kita dapat berkongsi apa-apa sahaja dengan rakan-rakan kita,keburukanya adalah pembaziran masa. Tak salah mahu mencuba teknologi yang baru dalam dunia ni, namun berwaspadalah ^◕‿◕^}

-XOXO-


terima kasih sudi baca

Wednesday 19 June 2013

LESEN MEMANDU BARU

ASsalamualaikum..pengumuman-pengumuman!




Terkini : Lesen Memandu Baru Berkualiti Tinggi Akan Mula Diperkenalkan Bermula 15 Julai | Umum rasanya sudah tahu mengenai cadangan untuk memperkenalkan lesen memandu baru untuk menggantikan lesen memandu lama yang sudah diperkenalkan sejak dari tahun 1989 lagi.Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT). Difahamkan pengeluaran lesen itu secara serentak di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 15 Julai ini bagi menggantikan lesen kini yang telah digunakan sejak 1989.

Di samping itu, pelaksanaan lesen baru tersebut turut diperluaskan pengeluarannya di pejabat-pejabat pos di seluruh negara pada November tahun ini.  Pembaharuan di JPJ bermula pada 15 Julai ini. Antara ciri keselamatan lesen baru ini ialah:-

Pengaplikasian kad plastik pra-cetak bentuk dan lapisan hologram yang memiliki keselamatan tinggi.

Kad plastik pra-cetak itu akan mengandungi reka bentuk keselamatan tinggi dan canggih dalam imej garisan-garisan halus manakala lapisan hologram tersebut akan melindungi informasi serta gambar pemegang lesen memandu berkenaan.

Memastikan pemalsuan dan tindakan tidak bertanggungjawab berhubung kait dengan lesen lama itu boleh tangani.

SUMBER

terima kasih sudi baca

Tuesday 18 June 2013

BERHATI-HATI APABILA MEMASUKKAN CARD DAN NO. PIN DI MESIN ATM (BANK)

Assalamualaikum



BERHATI-HATI APABILA MEMASUKKAN CARD DAN NO. PIN DI MESIN ATM (BANK) | Dulu kita biasa dengar orang rompak Bank pecahkan mesin ATM, tapi sekarang zaman teknologi moden ni, diorang dapatkan duit dengan PERANGKAP orang ramai menggunakan alat yang direka sendiri, atau yang dibeli dari negara lain. alat yang dah dikenalpasti adalah Slot pembaca Card (Skimming) palsu, dan satu Keypad palsu.

Slot pembaca Card (Skimming) palsu yang direka oleh PENJENAYAH CYBER untuk merakam DATA yang ada pada Card korang. dan Keypad palsu untuk perangkap No. PIN yang korang tekan. bila dia dah dapat DATA Card dan No. PIN korang, diorang boleh ceroboh korang punya Account Bank tanpa Card. mungkin ramai yang belum tahu kes ni.

so, nasihatkan korang berhati-hati masa masukkan Card dan No. PIN di mesin ATM (Bank). kalau nampak mesin ATM tu pelik, jangan sesekali korang masukkan Card dan No. PIN. kes ni banyak berlaku di Indonesia.

p/s : rasanya makin lama makin pelik dan semakin canggih cara yang digunakan oleh penjenayah untuk mendapatkan wang segera.Apa pandangan anda tentang isu ini?walaupun ini belum berlaku di Malaysia(belum pernah ada laporan) tetapi tidak mustahil perkara ini akan berlaku juga..wallahualam--sumber
-X0X0-

terima kasih sudi baca

Bayi itu masih hidup! subhanallah

ASSALAMUALAIKUM


Subhanallah ! Bayi Baru Lahir Ditemui Hidup Walaupun Berada Dalam Lubang Disebabkan Banjir | Seorang bayi ditemui dalam sebuah lubang yang berlumpur ketika banjir melanda di kawasan tersebut. Apa yang luar biasanya, bayi tersebut baru sahaja dilahirkan oleh ibunya, namun tiada siapa yang tahu siapa yang menyambut kelahiran itu.

Ceritanya bermula daripada bencana banjir besar yang terjadi di Bangladesh yang telah menggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak. Wanita tersebut telah dihanyutkan oleh air banjir dan terkubur di dalam tompokan lumpur.

Difahamkan, selepas beberapa hari pencarian, suatu keajaiban terjadi di mana perempuan hamil yang telah mati dan terkubur dalam lumpur tu, telah melahirkan bayinya yang menyembul di atas permukaan lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa. Bayi tersebut selamat walaupun sempat beberapa hari berada di dalam rahim ibunya yang sudah mati di dalam lumpur (Maha Suci Allah). Berikut merupakan gambar-gambar bayi tersebut semasa dijumpai.


masa angkat


dicucikan


ternyata masih hidup subhanallah!

Subhanallah! Sukar dikatakan bagaimana bayi sekecil ini mampu hidup di dalam lumpur walau 
seketika. Tiada siapa yang mengetahui bagaimana bayi ini disambut. Jika ibunya masih
 hidup lagi, sudah pasti dia akan gembira bahawa anaknya masih lagi hidup dalam keadaan normal.

Sekadar perkonsian bersama, semua itu adalah keajaiban ALLAH..

terima kasih sudi baca

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...