::::✿chinta_shafiqah✿::::

Wednesday 10 September 2014

kelebihan VIT-E shaklee






assalamualaikum,
arini nak share pasal kelebihan vit-e shakle.

jomm.. baca yokk!

Kebaikan Dan Manfaat Vitamin E Shaklee
1. Melambatkan penuaan
2. Menjaga kualiti sel kulit ibu yang mengalami banyak ketegangan dan perenggangan saat hamil
3. Pencegahan penyakit katarak
4. Mencegah penyakit jantung
5. Melindungi struktur membran daripada rosak
6. Mengelakkan metabolisme
7. Mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah
8. Memperbaiki peredaran darah
9. Memelihara pembekuan darah
10. Mengurangkan parut
11. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
12. Meningkatkan pengeluaran air mani
13. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
14. Menguatkan dinding kapilari
15. Mengurangkan tekanan darah
16. Meningkatkan prestasi atlit
17. Kulit dan rambut menjadi sihat
18. Mencegah anemia
19. Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
20. Memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer
21. Menghilangkan parut, jerawat, jeragat dan tompok hitam
22. Membantu kesuburan
23. Merapatkan hubungan suami isteri


Sebarang maklumat lanjut
boleh wssap fiqa
0179337020
tq




terima kasih sudi baca

kelebihan ESP shaklee



ASSalamualaikum.

ape khabar? arini cik cinta berpeluang nk share sal ESP shaklee dengan u alls.. Seperti yg kita tahu ESP shaklee ni banyk sangat kelebihan nya, nak tahu ?
jomm baca entry kat bawah.

Kebaikan dan Kelebihan ESP
1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan.
2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam 
3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan, 
6. Memberi ton warna kulit yang sekata
7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
10. Rendah lemak, tanpa kolestrol
11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi
12. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
14. Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan
15. Membantu mengurangkan risiko kanser, 
16. Bertindak sebagai antioksidan, 
17. Menguatkan sistem imun tubuh, 
18. Mempertingkatkan tahap kolestol baik, 
19. Memelihara kesihatan jantung 
20. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
21. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
22. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
23. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones. 
24. Membantu merendahkan paras kolestrol, 
25. Mencegah osteoporosis 
26. Membantu pembentukan sel-sel baru.
27. Membantu menyembuhkan gastrik. 
28. Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.
29. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.
30. Memudarkan parut
31. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak
32. Kecantikan kulit dan rambut



Saya pengedar sah shaklee 
0179337020
-whatssap fiqa-



terima kasih sudi baca

Wednesday 27 August 2014

Vitamin C shaklee



Asslamualaikum..

saya pengedar sah shaklee anda!
sebarang pertanyaan sila hubungi 
Whatssap : 0179337020
IG; chinta shafiqah

terima kasih sudi baca

Tuesday 26 August 2014

Sustained Release Vita-C 500 mg

Assalamualaikum..

selamat petang dan salam sejahtera..cewahhh ayat macam nk p pidator plak...hihi..
sebenarnya petang ni cik cinta nak sharing about kelebihan vitamin c dan mengapa ianya sangat diperlukan dalam tubuh badan kita?  seperti yang kita tahu, tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian... Vitamin C dengan pelepasan membantu dalam menyalurkan Vitamin C yang berterusan.

Vita-C 500Mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin c yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi, gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.




FIQA: 1166198
WHatsapp : 0179337020
SID yang menjaga kesihatan dan kecantikan..


terima kasih sudi baca

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)


Asslamualaikum :)

Sekali lagi cik cinta nak berkongsi about our health.. bukan sahaja kita perlu jaga luaran, dalaman pun tak kurang hebat juga. setiap wanita mengimpikan kulit yang cantik, bahkan cantik dalaman dan luaran. Full set katakn. Tapi bagaimana? 



Apa kelebihan ESP?
- kulit jadi lebih anjal dan gebu
-banyakkan susu ibu dan akan jadi lebih berkrim. Anak pun mudah kenyang
-pudarkan parut
-mengawal pertumbuhan jerawat
-menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut
-mempertingkatkan fungsi hormon wanita
-kulit jadi lebih tegang  dan sihat
-menghalang penyakut batu karang
-kekalkan tenaga untuk jangka masa panjang. Sentiasa kenyang walaupun kerja berat.
-sesuai untuk mereka yang ingin turunkan berat badan
-elakkan kencing manis
-kuatkan ingatan memori
-sembuhkan luka
-melindungi dan menjaga rahim
-menghalang sel kanser dari merosakkan arteri
-mengurangkan risiko kanser payudara
-menyokong sistem imunisasi badan
-mengandungi protein lengkap.

FIQA 
0179337020
SID yang mementingkan kesihatan.


terima kasih sudi baca

SET TAMBAH BERAT BADAN SHAKLEE

:Assalamualaikum :)

hari ni cik cinta nak berkongsi mengenai shaklee untuk menambahkan berat badan!
bagi sesiapa yang azalinya memiliki tubuh badan yang menawan, itu adalah bonus bagi korang! 
tapi bagaimana pula apabila berat berkurangan dengan erti kata lain "KURUS"
ye cik cinta tahu, pasti semua orang nak tubuh yang langsing tapi jika terlampau kurus memang 
tidak elok. Yes, cik cinta akui cik cinta kurus tapi sekurus2 cik cinta ada lagi yang lebih teruk..
hurmmm bagaimana nak menyelesaikanan this problem? cewahhh 
ok lets ....

Dibawah ni mempunyai dua supliment shaklee yang boleh menyelesaiakn masalah korang
lets start..!

Meal Shake shaklee
meal shake adalah hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh 
seisi keluarga:
* sarapan segera yang berkhasiat
*lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
*hidangan segera untuk para atlit.
*hidangan yang ideal, rendah lemak dan sodium.

meal shakes shaklee merupakan sumber proten dengan vitamin dan mineral tambahan.
ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.

produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Meal shakes shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tamabahan.


ENERGIZINF SOY PROTEIN (ESP)

*menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
* protein soya membantu mengurangkan kolestrol.
* mengandungi lima vitaminB penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isolavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.


Ok lah sebarang pertanyaan boleh whassap/call/sms di no yang tertera..
" kecantikan dan kesihatan anda adalah kebanggaan kami"
saya sid yang amat mementingkan kesihatan
Jangan ragu atau bimbang, saya adalah pengedar sah shaklee di malaysia..

ID: 1166198

terima kasih sudi baca

Tuesday 12 August 2014

AL ikhsan sports sdn bhd

 Assalamualaikum
sudah lame cik cinta tidak mengaktifkan blog ni..
disebabkan busy yang terlebih mencari rezeki di dunia luar..
akhirnya kesayangan dilupakan...
sory sebab dah lame tak menfollow u alssss
mohon ampun sih..hihih





XOXO

terima kasih sudi baca

petang itu


ASsalamualaikum..
tumpang lalu...
tolong tepi sikit
hanya mengambil masa 5 minit je untuk kemaskini blog yang dah bersarang..







_xoxo_


terima kasih sudi baca

Tuesday 18 March 2014

Tips penjagaan notebook,laptop atau komputer riba

Assalamualaikum..

Hai selamat tengahari, sudah lame rasanya cik cinta tak berkongsi tips dengan korang, almaklumla diri terlebih busy sikit.hehe. Okey today, cik cinta nak berkongsi tips penjagaan laptop, komputer riba dan juga notebook. Haaa...bukan kita je tau kena jaga diri,benda macam ni pun tak kurang hebatnya. Kita juga perlu memastikan mereka berada dalam keadaan save! hihih..Okey lets start.!



1. Bateri

Bagi penggunaan bateri, elakkan daripada penggunaan bateri dan amatlah digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik. Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri. Tak percaya? Cuba lah..!


2. Keyboard @ papan kekunci

Untuk keyboard @ papan kekunci, letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakanya. Tujuan nya adalah untuk menghindarkan papan kekunci dimasukki habuk.Sesekali tu lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan.Jangan ganas-ganas sangat taw! ahakkks!! oh ya...JANGAN SESEKALI MENEKAN KASAR KEYBOARD PADA LAPTOP! KEYBOARD AKAN MUDAH ROSAK AKIBAT TEKANAN KUAT! AWASSSS!


3. Skrin LCD

Skrin LCD memerlukan penjagaan yang paling rapi kerana hardware utama untuk laptop. So, rajinkanlah diri untuk lapkan skrin kerana ia mudah dimasuki habuk. Gunakan screen saver. ELAKKAN MENYENTUH SKRIN DENGAN JARI KERANA KESAN JARI YANG BERMINYAK MENYUKARKAN PEMBERSIHAN. 

4. Haba Panas
Sila pastikan komputer riba korang mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas. Contohnya laptop COMPAQ, fuyoooo selalu je demam! panas sangat2..korang pula macam mane?Okey! penyelesaianya, kita perlu sediakan cooler untuk laptop. Beli yang murah-murah pun tak pe.:)
5. Port
Penjagaan Port pula, sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk! Gunakan berus atau berus gigi lama. Jangan pakai berus gigi yang baru pulak! ahaaakxs! hohoho.. Pastikan suis dimatikn ketika membuat pembersihan. Lakukan pembersihan sekurang-kurangnya sekali sebulan. Kalau korang tak de keje nak buat, lakukan tiap-tiap hari pun tak pe. Lagi elok! heheh
Okey la korang, jika kita sentiasa mengamalkan tips penjaan laptop, notebook atau komputer riba dari segi hardware dan juga software dengan sebaiknya, insyaALLAH laptop kita akan bertahan lama".Dimana ada kemahuan disitu ada jalan" .
-XOXO-
PRAYFORMH370

terima kasih sudi baca

Monday 17 March 2014

Betol kan?


Assalamualaikum..?
Wahai kaum hawa sekalian..
betol kah kata-kata ini?
sesiapa yang diantara korang yang banyak cakap tu
adakah korang akan pendiam bila ada masalah?
dan banyak menangis dalam diam?
adakah??


terima kasih sudi baca

Ini lah lelaki yang hebat!


Assalamualaikum..:)
Lelaki yang hebat di mata
seorang gadis.. tiada apa yang okey melainkan
seperti kata-kata dia bawah ini..
hohohoho...


terima kasih sudi baca

Alhamdulillah:)

Assalamualaikum dan selamat petang.

Alhamdulillah akhirnya bumi kita di banjiri dengan titisan hujan setelah panas berlabuh tirai. Begitu besar kuasamu YA Allah, setelah kemarau berpanjangan, jerebu sehingga sekolah terpaksa ditutup namun akhirnya Kau turunkan hujan yang  membuatkan cuaca sejuk dan tidak lagi kepanasan, Begitu hebat kuasaMU ya Tuhan.


terima kasih sudi baca

Monday 10 March 2014

Membanteras Denggi

Assalamualaikum..

Selamat tengahari untuk u alls..:) semalam cik cinta update isu yang hangat di perkatakan pada masa kini iaitu kehilangan pesawat MAS MH370. Tapi isu yang cik cinta nak kongsikan dengan korang hari ni juga tidak kurang hebatnya, malah ia sering berlaku dimana-mana sahaja.

Denggi? apa yang korang faham pasal denggi? sebenarnya demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk aedes betina yang dijumpai di kawasan tropika. Penularan penyakit bahaya ini boleh membawa maut.

Kalau korang nak tahu, kebiasaanya nyamuk aedes ni memulakan pekerjaanya di awal pagi dan juga waktu senja, sama dengan manusia kan, pagi-pagi dah keluar mencari rezeki..hohohoh..! okey-okey kita teruskan. Nyamuk ni suka membiak dalam air yang jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau di luar rumah. SO,maxsure rumah korang tidak ada tempat-tempat yang mendorong nyamuk ni membiak. Kalau ada, cepat-cepat la bersih ye...?

 apakah tanda dan gejala demam denggi? haha..(ayat skima..) kebiasaanya, demam secara tiba-tiba akan berlaku pada hari ektiga hingga ke -14 selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti. Ini diikuti sakit kepala yang teruk serta sakit dibahagian obdomen, otot dan sendi. Selian itu, ruam merah akan kelihatan pada bahagian kulit. Pesakit yang dijangkiti demam denggi boleh mencapai suhu 40 hingga 41 darjah celsius dan ia juga boleh menyebabkan serangan sawan bagi pesakit kanak-kanak dibawah umur enam tahun..Eeee...bahaya sangat kan..?

So, kesimpulanya, korang perlu la jaga kebersihan rumah atau tempat-tempat yang berpotensi untuk nyamuk membiak. Cegah sebelum terlambat, kita mampu mengubahnya.cececewaahhh....siap bermadah pujangga bagai..hihih...Okey korang! sehingga bertemu lagi.. TATAAA ( sambil lambai tangan)



terima kasih sudi baca

Sunday 9 March 2014

MH370

Assalamualaikum..

Haii...korang ape khabar? sihat? mane yang sihat tu alhamdulillah, tapi yang tak sihat tu cepat-cepat la p klinik..hehe..yela dengan keadaan sekarang ni, macam-macam boleh jadi. So, maxsure korang pandai jaga diri okeyh!

hurmm....terdetik di hati tatkala mendengar berita tergembar mengenai kehilangan pesawat MH370 kita sejak 3 hari yang lalu..Apa yang bermain di fikiran korang time ni?mesti sangat sedih dan berduka cita kan? apatah lagi dengan keadaan keluarga mangsa. Operasi mencari ke sana ke sini, semuanya hampa! namun sungguh menyedihkan lagi ada segelintir rakyat malaysia yang tidak sayang mulut, suka fikir negatif  dan membuat spekulasi yang salah. Kita sepatutnya berdoa untuk keselamatan mereka dan bukanya tahu nak luah perasaan tak puas hati bagai kat laman sosial. Berfikir sebelum bercakap atau meluahkan pendapat. Tuhan bagi otak akal untuk berfikir ke arah kebaikan, bukan main redah je. Tolong hormati keluarga mereka yang terlibat.  Cuba letakkan diri kita dalam keadaan keluarga mereka sekarang ni. Hanya tuhan saja yang tahu betapa peritnya kan.

So, kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berdoa, berdoa dan terus berdoa agar pesawat MH370 itu dijumpai dengan secepat yang mingkin. Apa yang pasti adalah Tuhan mahu kita sebagai hamba mengingatinya dengan tidak berputus asa memanjatkan doa selagi termampu. Hanya Dia yang mengetahui segala-segalanya dan jika bukan hari ini, esok atau lusa. Kita semua yakin dan percaya suatu saat nanti, semua persoalan yang bermain difikiran kita akan terbongkar jua dengan keizinanya. Amin..Mudah-mudahan.



#Prayfor MH370#




terima kasih sudi baca

Wednesday 5 March 2014

UNTUK AWAK BAKAL IMAMKU


Bismillahirohmanirohimm..


LOve,
Chinta J-may

terima kasih sudi baca

Hodohnya lelaki dimata perempuan



Saya terbaca kajian dilakukan oleh Tuan Shamsuddin Kadir :

Hodohnya lelaki di mata perempuan. Sebahagian besar wanita yang memberikan maklumat di bawah, sewaktu kami membuat survey.

1. Badan berbau 'busuk'

2. Ketiak berbau

3. Bulu hidung terkeluar

4. Misai yang tidak di trim, sehingga mencecah air dalam cawan sewaktu minum,

5. Janggut yang tidak dijaga supaya nampak kemas

6. Rambut tidak disikat

7. Baju tidak bergosok

8. Memakai baju berwarna klasik.

9. Stokin berbau

10. Kasut kotor

dan banyak lagi..


ada lagi nak tambah??? silakan..


sumber

terima kasih sudi baca

Ayat murah rezeki


Jom kita amalkan..
semoga ALLAH memurahkan rezeki kita semua..
aminn..



terima kasih sudi baca

PESANAN BUAT SUAMI


:)
1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

10.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

11-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

14-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.





terima kasih sudi baca

RAMAI PENDERMA PAHALA DI INTERNET

ASsalamulaikum...:)

Ramai yang saban hari menderma pahalanya di internet. Ini samada dengan cara menuduh orang ataupun memaki dan mencerca orang lain. Sebahagian mereka merasa selamat di sebalik keyboard mereka. Namun Allah tidak lupa.

Mereka mungkin merasa padam muka orang yang dimaki ataupun dicerca itu. Padahal hakikatnya mereka sedang menderma pahala mereka untuk 'si mangsa'. Jika mereka tiada pahala, mereka sebenarnya sedang menolong si mangsa mengambil dosa-dosanya untuk dipikul di akhirat kelak. Kadang-kala, beruntung juga mereka yang menjadi mangsa.

Sabda Nabi s.a.w:

Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda : “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”.

Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).


Sumber : DrMAZA.com

terima kasih sudi baca

Pengalaman temuduga

Assalamulaikum..

Haipp korang ape khabar? kalian semua sihat? makin lama makin bersarang diary ni, yetak? Sebelum cik cinta lupa, actually petang ni saja nak berkongsi  tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang hidup cik cinta. Mana tak nye first time dapat interview walaupun bukan lah kerja yang boleh di banggakan, Namun itu semua tidak mematahkan semangat cik cinta untuk pergi interview..korang plak pernah tak? apa yang korang rasa agak-agak la time tu? terharu? sedih? suka? bahagia??

Bagi cik cinta la kan, semua perasaan tu bercampur aduk, boleh buat kek! ahaks!! agak keterlaluan kan.? Walaubagaimanapun halangan yang mendatang cik cinta pasti akan tempuhinya. Yang penting semangat dan keyakinan dalam diri kita. Itu yang wajib ada dalam diri setiap manusia. Cewaahhh....:)

Nak dijadikan cerita, IV tu sepatutnya dijalankan pada jam 3 petang, tapi normal la kan janji melayu sekarang, apapun tak boleh nak di harap sangat. Dengan kesungguhan cik cinta ni, awal-awal lagi dah p tempat yang di tuju tu..Makan-makan dan buat apa yang patut. Mata mula meliar melihat jam di tangan, 10 minit lagi tepat jam 3.00 petang. Okey, jantung mula bergetar, dub dab dub dab..macam nak kawen pulak rasanya..hihi..ehh tak tak... cik cinta tak kawen lagi..single but not available..hihihi..

Okey2 kita teruskan, dari seminit, dua minit seterusnya 1 jam, masih tidak panggil lagi nama untuk di IV. Hati mula berkata-kata, "eh betol ke ade temuduga hari ni?" Kaki mula melangkah ke costomer service...bla bla bla dan bla.... Then after that, Tepat jam 4.10 petang, cik cinta pun di panggil dan ikut HR  ke bilik temuduga tu.. Wauu....agak berserabut bilik temuduga tu. Cik cinta dipersilakan duduk oleh HR.. Ape yang menarik HR tu iras-iras Rita Rudaini..fuhhhh terpesona..! Then cik cinta mulakan dengan salam dan bermulalah pertanyaan demi pertanyaan yang sebelum ini cik cinta tak menduga sama sekali. Yelaa...Kita nak p IV bukan berkaitan dengan kos yang kita study dan soalan tu lah yang ditanya oleh HR tu..Nasib baik terlalu awal, so cik cinta perjelaskan satu per satu apa yang cik cinta pelajari dan macam-macam lagi. Okey ! Good job! semua soalan yang ditanya semua cik cinta boleh jawab dengan jujur dan ikhlas. Penting disini ialah eye contex. Mata tu jangan sesekali nak tengok dinding ke ape ke..OHHH!!! itu tidak perlu sama sekali yer?? ingat tu pesanan cik cinta..heheh

Tengok jam di dinding sudah menunjukkan tepat jam 4.30 petang, dalam hati berkata " ada lagi ke ni? nape Akak ni tak cakap ape-ape pun?" Then tunggu punye tunggu tibalah MANAGER..fuhhhhh...tinggi dan kurus sangat...Bila masuk je dia terus memperkenalkan diri, adoi......memang parah,80 % idea dan pandangan dari cik cinta, dia cuma 20 % je..fuhh....berpeluh ketiak ni mencerita. Hohoho..Dia hanya tahu, angguk dan mengiakan sahaja..Adoiiiiii.....ade jugak la macam ni penemuduga ni kan.??? Tapi bernasib baik jugak la sebab soalan yang ditanyakan tu, cik cinta dah study awal-awal lagi sebelum p.Alhamdulillah, semuanya selesai cume tunggu panggilan je..Tak berharap sangat pun, just berdoa semoga diberi peluang untuk mengisi masa lapang ni..hohohoh...

Okey itu aje lah untuk kali ni. Apa nasihat cik cinta disini ialah, better sebelum nak p interview tu, pastikan korang study dan tahu position apa yang korang dapat.. yang paling penting jugak, RESUME korang perlu kemas, padat dan bersesuaian.. Okey? dapat? bagusss...!



PENTING...!

_XOXO-


terima kasih sudi baca

Sunday 23 February 2014

Itulah Pokok


Buat Bakal Imamku :)
J-may Abdul Kadir seorang yang ramah dan agak kelakar..
Ketahuilah oleh mu jika boleh
saya ingin menjadi seperti POKOK
Kenapa POKOK?? supaya kasih sayang saya terhadap awak
Tak akan pernah berubah..
Malah semakin bertambah seperti mana awak lihat Pokok itu MEMBESAR..
POKOK bukan sebarang POKOK..
POKOK yang kehijauan dan tidak ada peluang untuk menyembah bumi..



XOXO
-Tata-





terima kasih sudi baca

New Design for My love


Assalamulaikum..:)
korang pe khabar? hehe
Hari ni saja nak meluangkan masa mengupdate about my love..
bukan untuk menunjuk, ohhh itu tidak sama sekali
disebabkan terlebih excited sangat, setiap moment yang dirasai berharga perlu diselitkan agar ia menjadi kenangan yang berharga dalan hidup kita..betol tak?
To my love, walaupun kau tidaklah secantik orang lain, tapi aku disini sentiasa menghargai mu..
cewaaahhh...macam jiwang je..kikiki
Apa yang korang rasa bila parents korang bagi kereta?
mesti terlibih-lebih heppy right?? sama la dengan cik cinta..
walau baru je beberapa kali guna  tapi kepuasan tu tetap wujud dalam hati..hehehe..
Nampaknye idea dah kering kontang ni, cik cinta undur diri dulu..

XOXO..

tataaaaa


terima kasih sudi baca

Wednesday 12 February 2014

Buat Bakal Suamiku :)

RELAKAN JIWA


jom Karoeke jom..:)

Ku sangka hidupku
selamanya kelam
           terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta...

Memaksa diriku
menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hidupku

Kini kau pun hadir
memberi cahaya
membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke paling asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku...

Engkaulah cinta 
yang selama ini aku cari....

Ku relakan Jiwa 
tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari..


_WIth Love_
*ChintaJ-may*


terima kasih sudi baca

padahnya bila hardisk laptop rosak:(

Assalamualaikum.....

Hai korang.... selamat malam..:) malam ni saja nak berkongsi cerita yang amat menyedihkan cik cinta..eh.. tak..bukan putus cintta tapi putus harapan bila tengok laptop kesayangan rosak! oh tidakkk!! selama 4 tahun cik cinta mengunakanya belum pernah terjadi sedekimian...Maybe korang pernah mengalami situasi seperti cik cinta. Bila kite on Laptop tibe-tibe dia akan keluar macam gambar kat bawah ni... haaa pernah tak??? mula-mula tu ingat normal kan, after shoutdown akan okey. Tapi sayangnya shoutdown berdown-down pun stay sama. Hati mula berbicara " macam mana ni, dah la hakuu tak de sen ni, adoiii..."

 Korang pernah alami situasi ini???
lau tak melayan duit..laptop tu yang akan terbang nanti..hohoho
So..for conslusionya..jagalah laptop korang sebaik yang mungkin...
3bulan sekali boleh la bersihkan kipas dia kat bawah tu...
Kalau tidak "dia" akan selesema and then rosak like cik cint punye laptop ni..hehehe
XOXO..tataaaaaa


terima kasih sudi baca

Disebalik Gambar tersimpan kenangan....:)

Assalamualaikum..

Hai korang, ape habaq? baik ka? hihih..semakin hari semakin bersarang blog cik cinta ni, nasib baik pasword ingat, kalau tak? tak tahu la nak buat macam mana..hehe...walau ape pun cik cinta teringin sangat nak blogwalking cam dulu-dulu, tapi sekarang masa tidak mengizinkan kerana ada banyak perkara yang cik cinta perlu buat..:)

actually, hari ni cik cinta saja nak berkongsi kegembiraan yang tidak terhingga apabila berjumpa kawan baik setelah sekian lama terpisah..hihih..mana tak nye, belajar sesama dari form 1 hingga ke menara gading..tapi hubungan makin rengang dan rengang sehinggalah berjumpa balik..hihih...rasa dunia ni kami yang punye..:)

hihihih.....

that my best frienz 4 ever..

Chak??? arrr...heheh


Lagi lagi dan lagi...:)


Macam picture same je mak jemah ni..sebenarnya disebalik gambar tersimpan 1001 makna yanh abadi..kikiki..

XOXO Tataaaa....


terima kasih sudi baca

Tuesday 28 January 2014

Susahnya mencari kerja

Assalamualaikum

Ya habibi Ya maulana...APe habaq...? Seriusly sekarang agak susah untuk mencari pekerjaan walaupun kerja sampingan atau lebih tepat lagi part time.. so sad dear!  kalau korang berada di area bandar-bandar besar maybe tak akan pernah melalui pengalaman mencabar untuk mencari kerja.. Tapi, bagi cik cinta, mencari satu-satu pekerjaan di Negeri sendiri amatlah sukar untuk diperolehi..kenapa?? Yelaa...sepanjang cik cinta ronda-meronda mencari kerja satu pun tak dapat.. apa yang cik cinta dapat adalah 1 senyuman dan beberapa  perkataan daripada bibir pekerja di bahagian.bahagian tertentu..hihi.. salah satunya "  Tak de kerja kosong adek, pekerja kami dah cukup kak"   Adussss....pening cik cinta dibuatnye...tu baru kerja biase-biase je...kalau kerja GOverment? Lagi la susah...SO ape plan Korang seterusnya bila baca post ni?? Kalau korang tengah belajar sekarang, belajarlah betol-betol biar sampai dapat dekan..:)

Fuhhh....rasa pening sudah memikirkan pekerjaan untuk mengisi masa lapang cik cinta ni..grad berzaman lagi, so apa yang perlu cik cinta buat adalah, mencari dan terus mencari sehingga dapat! Apa yang penting kita perlu usaha mendapatkan apa yang terbaik untuk diri kita. Jangan mudah mengalah. hihih.. kata-kata semangat untuk diri sendiri..(^-^)


-X0X0-


terima kasih sudi baca

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...