::::✿chinta_shafiqah✿::::

Sunday, 9 March 2014

MH370

Assalamualaikum..

Haii...korang ape khabar? sihat? mane yang sihat tu alhamdulillah, tapi yang tak sihat tu cepat-cepat la p klinik..hehe..yela dengan keadaan sekarang ni, macam-macam boleh jadi. So, maxsure korang pandai jaga diri okeyh!

hurmm....terdetik di hati tatkala mendengar berita tergembar mengenai kehilangan pesawat MH370 kita sejak 3 hari yang lalu..Apa yang bermain di fikiran korang time ni?mesti sangat sedih dan berduka cita kan? apatah lagi dengan keadaan keluarga mangsa. Operasi mencari ke sana ke sini, semuanya hampa! namun sungguh menyedihkan lagi ada segelintir rakyat malaysia yang tidak sayang mulut, suka fikir negatif  dan membuat spekulasi yang salah. Kita sepatutnya berdoa untuk keselamatan mereka dan bukanya tahu nak luah perasaan tak puas hati bagai kat laman sosial. Berfikir sebelum bercakap atau meluahkan pendapat. Tuhan bagi otak akal untuk berfikir ke arah kebaikan, bukan main redah je. Tolong hormati keluarga mereka yang terlibat.  Cuba letakkan diri kita dalam keadaan keluarga mereka sekarang ni. Hanya tuhan saja yang tahu betapa peritnya kan.

So, kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berdoa, berdoa dan terus berdoa agar pesawat MH370 itu dijumpai dengan secepat yang mingkin. Apa yang pasti adalah Tuhan mahu kita sebagai hamba mengingatinya dengan tidak berputus asa memanjatkan doa selagi termampu. Hanya Dia yang mengetahui segala-segalanya dan jika bukan hari ini, esok atau lusa. Kita semua yakin dan percaya suatu saat nanti, semua persoalan yang bermain difikiran kita akan terbongkar jua dengan keizinanya. Amin..Mudah-mudahan.



#Prayfor MH370#




terima kasih sudi baca

2 comments:

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...