::::✿chinta_shafiqah✿::::

Tuesday, 18 March 2014

Tips penjagaan notebook,laptop atau komputer riba

Assalamualaikum..

Hai selamat tengahari, sudah lame rasanya cik cinta tak berkongsi tips dengan korang, almaklumla diri terlebih busy sikit.hehe. Okey today, cik cinta nak berkongsi tips penjagaan laptop, komputer riba dan juga notebook. Haaa...bukan kita je tau kena jaga diri,benda macam ni pun tak kurang hebatnya. Kita juga perlu memastikan mereka berada dalam keadaan save! hihih..Okey lets start.!



1. Bateri

Bagi penggunaan bateri, elakkan daripada penggunaan bateri dan amatlah digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik. Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri. Tak percaya? Cuba lah..!


2. Keyboard @ papan kekunci

Untuk keyboard @ papan kekunci, letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakanya. Tujuan nya adalah untuk menghindarkan papan kekunci dimasukki habuk.Sesekali tu lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan.Jangan ganas-ganas sangat taw! ahakkks!! oh ya...JANGAN SESEKALI MENEKAN KASAR KEYBOARD PADA LAPTOP! KEYBOARD AKAN MUDAH ROSAK AKIBAT TEKANAN KUAT! AWASSSS!


3. Skrin LCD

Skrin LCD memerlukan penjagaan yang paling rapi kerana hardware utama untuk laptop. So, rajinkanlah diri untuk lapkan skrin kerana ia mudah dimasuki habuk. Gunakan screen saver. ELAKKAN MENYENTUH SKRIN DENGAN JARI KERANA KESAN JARI YANG BERMINYAK MENYUKARKAN PEMBERSIHAN. 

4. Haba Panas
Sila pastikan komputer riba korang mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas. Contohnya laptop COMPAQ, fuyoooo selalu je demam! panas sangat2..korang pula macam mane?Okey! penyelesaianya, kita perlu sediakan cooler untuk laptop. Beli yang murah-murah pun tak pe.:)
5. Port
Penjagaan Port pula, sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk! Gunakan berus atau berus gigi lama. Jangan pakai berus gigi yang baru pulak! ahaaakxs! hohoho.. Pastikan suis dimatikn ketika membuat pembersihan. Lakukan pembersihan sekurang-kurangnya sekali sebulan. Kalau korang tak de keje nak buat, lakukan tiap-tiap hari pun tak pe. Lagi elok! heheh
Okey la korang, jika kita sentiasa mengamalkan tips penjaan laptop, notebook atau komputer riba dari segi hardware dan juga software dengan sebaiknya, insyaALLAH laptop kita akan bertahan lama".Dimana ada kemahuan disitu ada jalan" .
-XOXO-
PRAYFORMH370

terima kasih sudi baca

6 comments:

  1. laptop mummy tak cukup dengan cooler semata.. siap ada kipas satu hala ke ia, supaya motherboard tak kepanasan. kalu tak, silap2 kena cari ganti lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau itu yang terbaik..okey teruskan mamy..heheh

      Delete
  2. laptop kita tak panas y over2 sangat. cuma bab bateri ni mcm susah sikit. haritu kerap jugak la, asal on ladtop je mesti bateri buang. and tetiba ada blackout dan lepas tu ladtop terus hang tak hidup2 dah. that's why takut nak buang bateri. tapi kalau selalu cas sambil ada bateri, nanti tak tahan lama lak bateri tu. susah2.....

    ReplyDelete
  3. laptop perlu penjagaan yang rapi...macam kite jugak..perlu buang habuk yg melekat 3 bulan sekali...lau berhabuk, lagi la panas dia punye suhu..hehehehe

    ReplyDelete

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...