::::✿chinta_shafiqah✿::::

Saturday, 21 September 2013

Alkisah seekor katak (◕^^◕)


Assalamualaikum 

Pada suatu petang, cik cinta kemas mengemas kasut yang tak dipakai. DIsebabkan busy sangat dengan tugas terbaru cik cinta, jadi kasut puN dah bersarang. so buruk u..! mungkin disebabkan kemalasan jugak kot, kalau tak itu semua tak akan berlaku..hehe..

Seperti biasa cik cinta akan mula mengemas di bahagian atas, okey bahagian ini tidak lah berhabuk sangat, mybe sebab ianya berada di atas. Then, tangan mula menyebokkan di bahagian kedua rak kasut tersebut, fuhh...boleh tahan habuknya! ahakkk! geli kerongkong nih..tu la malas sangat kan..macam ni lah jadi..

Seterusnya, rak yang ketiga " dalam kepala dok fikir, eh macam mana kalau ada katak yang melompat atas aku? dahla aku pakai kain ni, eee...serammm nya!" tengah syok melayan tangan mengemas habuk, tiba-tiba terkeluar satu kepala yang selama ni menjadi igauan ngeri cik cinta! dub-dab-dub dab! hanya tuhan je yang tahu kecutnya jantung cik cinta time tu..  tanpa cik cinta sedari kepala katak yang semakin menonjol dan kami berpandangan sesama sendiri...ya ALLAH...betapa takutnya cik cinta masa tengok muka katak tu,, suka-suka dia je dok bertapa dalam kasut cik cinta, di sebabkan itu cik cinta buang kasut tu. nasib baik harga murah, kalau tak? tak tahu nak kata laa..hahaha...

Haii..katak, dalam banyak-banyak kasut, kasut aku jugak hang nak duduk! Actually, sejak dari kecil lagi cik cinta takut sangat dengan katak, tak kisah la kecik ke besar ke, memang takut..korang mesti faham kan macam mana rasa if kita takut akan sesuatu... Nak tu pulak, if ada kat dalam bilik air misalnya, memang cik cinta tak akan mandi la jawabnya..hehehe...


Korang plak macam mane? ade tak story morry yang menakutkan? kalau ada, jom kita kongsi-kongsikan..:) moral value dari kisah ini adalah, kita tak boleh malas-malas event busy sekalipun

-XOXO-


terima kasih sudi baca

Thursday, 12 September 2013

Tuesday, 10 September 2013

Friday, 6 September 2013

panduan jaga kecantikan kulit

Assalamualaikum..

Terdapat beberapa petua mudah untuk menjaga kulit secara sihat tanpa pewangi atau bahan kimia atau sebagainya..jom kita baca tips di bawah...



tomat @ tomato boleh digunakan untuk melicinkan kulit. 
CARA : memarut tomato then gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher.
NAK TAHU? Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20minit kemudian bersihkan menggunakan air suam. 
HASIL : amalkan setiap hari yea :)


pisang @ banana hehe...
KEGUNAAN : untuk menghilangkan parut, guna kulit pisang emas
CARA : sapu kulit pisang emas pada parut yang kelihatan dan lakukan setiap hari.


Serbuk kulit kayu manis : campur dengan bedak sejuk dan sedikit air untuk menghilangkan jerawat.
CARA: sapu campuran itu pada muka sebelum tidur dan jika diamalkan,jerawat akan hilang dan muka kelihatan lebih licin..tak percaya? boleh cuba di rumah.. :)

okey? dah dah dapat tips yang cik cinta kongsikan di atas? semoga ianya berguna...



terima kasih sudi baca

Kulit kering?






Assalamualaikum..

2hari lepas cik cinta kongsi pasal kulit berminyak and now nak kongsikan berkenaan kulit kering pulak..Kalau nak dibandingkan dengan kulit berminyak kulit kering ni sangat susah nak makeup tau.lau tak kene cara make up jadi bertompok-tompok...so buruk u...  

conclusionnya :

first step korang perlu teliti bab pencuci muka, cik cinta tak tahu sangat pasal pencuci muka untuk kulit kering sebab kulit muka cik cinta adalah jenis berminyal, apa yang cik cinta tahu yang berbuih banyak tu sesuai untuk kulit kering..kenapa? sebab ia akan melembabkan kulit yang kering.. :)

Next, toner pulak musuh kepada kulit kering ni, why? sebab toner fungsinya adalah untuk membuang sel kulit mati bukan adik beradik kepada kulit kering ni... lagi satu toner ni kan adalah untuk menghapuskan minyak di muka. Cuba kita fikir, kulit dah kering if aply toner lagi lah bertambah kering kan? betol tak???

Okey, seterusnya kegunaan pelembab. Pelembab amat sesuai untuk kulit yang kering..pelembab ni amat sesuai untuk melembabkan kulit yang kering dan yang paling penting boleh buat kita rasa fresh je after pakai pelembab ni..haaa....betol kan??? kalau nak make up pun kita perlu pakai pelembab dulu kan supaya kulit tak nampak kering and make up pun  soft..hehhehe

Haa....eh ada lagi mask or scrub pulak boleh je pakai, tapi kalau kulit kering yang teramat kering janganlah pakai ye?? mask pulak? cari yang berasaskan air..aloevera.... dia boleh melembabkan kulit...

If belum baca pasal kulit berminyak boleh la baca disini...> :)


terima kasih sudi baca

Wednesday, 4 September 2013

Kulit berminyak

kulit berminyak

kulit berminyak sememangnya menjadi gangguan untuk kita berinteraksi dengan orang lain betol tak? okey, kalau kulit korang berminyak,korang perlu

  • Cuci muka dengan sabun pencuci muka. Kenapa? sebab nya jenis ini dia boleh menghilangkn minyak dengan berkesan. Bukan pencuci biasa tak bagus tapi kurang okey la untuk kulit yang berminyak.
  • Toner pulak pakai hari2? eh jangan-jangan, pakai bila perlu je.. Walaupun dekat kotak cakap WAJIB pakai hari-hari, alaaa...tu saja untuk melariskan produk mereka jee..eh nbetol laa..bukan main-main.. TAPI kalau kulit jenis berminyak sangat pakai la tiap hari, stop jika korang rasa kulit dah tak berminyak dan mula kering. Kenapa? pakai toner banyak-banyak nanti kulit akan kering.
  • Toner pun boleh mengurangkan minyak dimuka kita dan juga membuang  sisa-sisa kulit mati dan yang paling penting boleh menghilangkan jerawat. Tak percaya? cuba lah. 
  • Pelembab  pakai time perlu je ye.. kenapa? Sebabnya pelembab ni boleh buat kulit kita lebih berminyak. conclusionya guna time bile perlu dan tersangat perlu jer. hihih
  • Scrub If kulit korang teruk kan jangan guna lagi scrub ni, nak tahu tak kenapa? memang tak boleh la..hehehe....bila jerawat makin kering boleh la guna, tapi xpayah la tiap-tiap ahri, just untuk seminggu 2 kali cukup...

okey, setakat ini sahaja yang boleh cik cinta kongsikan bersama korang semua. tunggu next entry pulak..:)

terima kasih sudi baca

Tuesday, 3 September 2013

Kenaikan minyak????

Assalamualaikum

Isu sekarang kenaikan minyak...namun isu yang terkini yang cik cinta dapat sepanjang bertapak dalam bidang ini, cewahhh! okey serius- serius..minyak naik 20sen, tapi bengan cik cinta ni naik sejuta sen..sebabnya ada pihak yang memang tidak sedar diri ni menggunakan nama bloger-bloger yang famous untuk menarik perhatian kita untuk mengklik kat shout box...Macam biasa bila klik of corse laa keluar iklan duit haram mereka tu....memang dah kempunan sangat ke sampai ke tahap macam ni sekali...

Plis la... ! kot ye pun nak famous and cepat kaya jangan la guna nama orang lain, mak bapak bagi nama cantik-cantik guna nama orang lain wat pe? sob3...kesianya...ada jugak manusia yang macam ni kat Malaysia ni...

So, apa pendapat korang??? korang pernah terkena dengan jerat BERHANTU mereka ni??? Ni bukan main-main atau nak marah ke apa. Tapi sekadar berkongsi dengan korang supaya lebih berhati-hati. Gunalah kepintaran ke arah kebaikan bukan keburukan yang boleh menjerat diri sendiri...
" BERDIRILAH DIKAKI SENDIRI"

fuhhhh.......ni telaga minyak dah memang pecah dah ni...geram sangat..! huhuhuh...


X0X0


terima kasih sudi baca

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...