::::✿chinta_shafiqah✿::::

Sunday 31 March 2013

SEGMEN BLOGGER MUSLIMAH

Assalamualaikum ^--^

Selamat malam, malam ni cik cinta rasa nak join satu lagi segmen by abg apit...:). jom korang kita beramai-ramai join segmen ni.. :)

SEGMEN BLOGGER MUSLIMAH


COLOUR : PINK ^----^
NICKNAME: CIK CINTA

TAG :CIK NAD
           KAK PAH



terima kasih sudi baca

Segman Ramaikan Follower Blog 2013

Assalamualaikum, 

Disebabkan kekeringan idea untuk menulis entri, kali ni dan sudah beberapa kali, cik cinta telah melabuhkan diri dengan join segmen. Hurmm....actually, bess jugak join segmen ni, boleh tambah followers dan juga boleh mengeratkan lagi hubungan walaupun hanya berchit-chat di alam maya sahaja..:)




Korang! jom ramai-ramai kita memeriahkan lagi SEGMAN RAMAIKAN FOLLOWER BLOG 2013 BY blog awesome nih ^-----^

klik burnber untuk join...




terima kasih sudi baca

Saturday 30 March 2013

Coklat mampu beri kesan sensual?

Assalamualaikum :)

Coklat beri kesan sensual oopss! xpe kita semua dan matang, dah boleh berkongsi pasal ni dah kan? hehe..

Actually, coklat dipercayai mampu meningkat ghairah seks dan memberikan kesan sesnsual bagi orang yang memakanya.Ia turut membuatkan jiwa rasa tenang kerana coklat mengandungi zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia dibahagian otak.Zat-zat inilah yang merasang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan membuatkan perasaab seseorang berasa tenang. Berita gembira untuk kaum hawa, Manfaat lain coklat ialah untuk kecantikan kerana antioksidan dan katekin yang ada di dalamnya dapat melambatkan kesan penuan.. haaaa...ape tunggu lagi korang, pergi lah borong coklat kat mall tu, tapii! jangan makan terlebih pulak takut rongak gigi..kuang3.!

Maka tidak hairanlah ramai wanita memilih untuk melakukan rawatan lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit ^-------^


sekadar perkongsian dengan korang..hehe
-----> klik to my dream car,,hahaa...vios..hahaha




terima kasih sudi baca

Segmen :"Pencarian Bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip"

Assalamualaikum :)


                                          "Pencarian Bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip"




     Syaratnya 
  1. Follow Blog adik manis ni
  2. Buat satu entri bertajuk "Pencarian Bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip"
  3. Tampalkan banner yang di atas dan linkkan ke entri ini.
  4. Klik like sini yer awk-awak*jika anda rasa gambar itu comel*
  5. Tinggalkan link entri anda di komen box entri tersebut.
  6.  done!



terima kasih sudi baca

Segmen :300 Bloggers

Assalamualaikum..

Harap msih sempat nak join segmen ni... sape-sape yang nak join, klik burner... semudah A,B,C right?


1. Buat satu entri bertajuk "Segmen: 300 bloggers", letak gambar atas dan backlink ke entri ni.

2. Publish dan hantar link korang. small matter!



Tarikh tamat @ 3 April 2013 | Tepat pada masa 11:59 malam :)




terima kasih sudi baca

Segmen: Tambah Followers by Nurul

Assalamualaikum:)



      Segmen : Tambah Followers by Nurul




just klik burner jika berminat.
thankz..

     




terima kasih sudi baca

Friday 29 March 2013

Jagalah Solat

Assalamualaikum^---^








Kisah ular hitam menunggu mayat. (Kisah Benar)

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah.. Kisah Benar…, kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukan yang datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.

Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.

Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).

Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .

Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.

Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan msk meluru ke dlm kubur wanita itu.

MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur).

Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu …

Subhanallah.. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah.

terima kasih sudi baca

Madu dah berubah wajah

Assalamualaikum...

Madu cik cinta dah berubah wajah...fuyooo....sport car.. :)








_X0X0_



terima kasih sudi baca

Sinopsis Novel Gaduh-Gaduh Sayang

Assalamualaikum :)





"Papa nak jodohkan aku dengan anak kawan dia? aku baru putus cinta dengan Aiman.Aku tak nak dikecewakan lagi. Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lelaki itu. Lepas tu mekap tebal-tebal dan pakai cermin mata.Bila dia nampak aku buruk, mesti dia tak kahwin dengan aku". Syazana memasang tekad.

"Demi menyelamatkan syarikat papa, aku terpaksa berkorban untuk dijodohkan dengan perempuan yang aku tak kenal. Aku redha walaupun aku masih teringatkan Qistina.Tapi aku nak perempuan tu terima aku seadanya. Bukan sebab aku handsome.Apakata aku pakai gigi palsu besar, berperut buncit, berjambang dan botak tengah kepala. " Rafiqi merancang.

Kalau sudah jodoh,akhirnya kahwin juga.

Selepas kahwin, Rafiqi duduk sebelah rumah Syazana.Tidak mahu jatuh cinta kononya.Apabila Syazana bosan, dia selalu datang rumah Rafiqi.Menonton televisyen sama-sama, main game pas sama-sama, makan sama-sama.....tapiiiii......ada sahaja yang membuatkan mereka bergaduh.Sudah gaduh, baik semula.Sudah baik, bergaduh semula. :)

Haii...entah sampai bilalah hubungan mereka bertahan?

terima kasih sudi baca

Sinopsis Novel Kau Yang Satu

Assalamualaikum :)

Tergila-gilakan novel sampaikan sinopsis pun mau tulis..yela mana tahu korang tengah mencari novel boleh cik cinta promote..hehe...bagi cik cinta, novel lama-lama yang bess untuk dibaca..entah lah novel baru okey jugak cuma kureng..hahah

jom kita baca sinopsis novel yang dikatakan lama jugak la,novel apa? sudah semestinya novel Kau Yang Satu





----> Bot milik peribadi Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di laut China Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seseorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik degan Salina anak Sulaiman.

Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun, segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya olot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.

Namun....bahagia kah perkahwinan mereka???? dapatkah mereka melayari bahtera bersama?? ingin tahu dengan lebih lanjut, korang boleh dapatkan novel  keluaran Alaf 21, Nia Azlea.. :)

terima kasih sudi baca

Irma Hasmie Selamat Melahirkan Anak yang pertama

Assalamualaikum,..:)





Alhamduliilah.syukur kepada Ilahi.. pemimpin baru dilahirkan. ^--------^







terima kasih sudi baca

Sinopsis Cik Bunga da Encik Sombong

Assalamualaikum :) luangkan masa sekejap layan sinopsis novel jom :)



Aku? aku intan Asnidar. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja dikedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Taka da apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memamg segak. Nama dia pun sedap, Harris Iskandar. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak aku ingat aku dah bawa balik orang Belanda ,asa aku bawa doa datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti,rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari itu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap, "Okey intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia."

Terkejut amat aku.Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, " jangan mimpi nak jadi menantu saya!"

Ah! aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung.Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak kemana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah Intan Asnidar itu hak milik kekal Harris Isqandar??

semua itu akan terjawab bila korang akan baca sendiri novel  keluaran Karya Seni olehAirisz ini..:)

----> sedekah klik sini---->  kad istimewa







terima kasih sudi baca

Tutorial : image hover ( melengkung)



after

Cantik? nak belajar? jom bertutorial

1.) Template > Edit HTML > Proceed > Tick Expand Widget Templates.

2.)  tekan CTRL+F/F3 dan cari code ni :   img {
     
                                                           

3.) Next, copy code ni dan paste kat BAWAH code yang korang cari tu : 

img:hover {
-webkit-transition: 0.3s;
border-radius:20px;
}


4.) priview dulu sebelum korang save k. takut erro pulak. okey dadaaa

                                                                       
   

terima kasih sudi baca

Wednesday 27 March 2013

Segmen lagu favorite aku

ASSalamualaikum....^-------^

SEGMEN LAGU FAVORITE AKU



saya suka dengar lagu  MUARA HATI-- Hafiz & Dato Siti NurHaliza

                  http://zackadms.blogspot.com/
                     http://cikyanxyanx.blogspot.com/


terima kasih sudi baca

Menangis itu terapi

ASsalamualaikum

Selamat malam everyone. korang semua heppy ? mestilah kan heppy dengan hidup sendiri, jika ada yang tak heppy tu, cepat cari sebab nye okey.. tapi cik cinta nak tanya korang, if korang ada masalah, apa tindakan yang korang lakukan dalam membasmi masalah korang tu? adakah menulis dalam diari? adakah pendam sorang-sorang? atau adakah korang akan menceritakan masalah korang tu pada kawan baik? atau adakah korang akan menangis sepuas-puasnya??? korang jangan isau, actually menangis tu adalah terapi. Kenapa cik cinta berkata sedemikian?

Ketika kita menghadapi pelbagai masalah yang membuatkan kita rungsing dan pening, adalah wajar jika kita memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah tidak kira masalah cinta, masalah keluarga, tugasan banyak, masalah pejabat atau ape-ape masalah je lah.. Menangis misalnya merupakan salah satu cara untuk kurangkan beban masalah.

Menurut pengkaji psikologi,air mata yang keluar akan membuatkan seseorang itu merasa lebih baik kerana ia berfungsi mengurangkan ketegangan saraf dalam tubuh, yang mana penyebabnya adalah stress dan terlalu banyak berfikir. haaa....korang jangan la segan-segan if nak menangis..menangis la sayang jika dengan itu hati korang akan tenang setenang air di muara...hoho...



menangis la korang.. jika dengan itu korang boleh tenang. Jangan memendam perasaan sendri sehingga ia boleh memakan diri.Anggaplah sesuatu yang berlaku itu ujian dariNYA..


keep smile ^------^

# INGAT SESUATU YANG TERJADI ITU TERSIMPAN SERIBU SATU HIKMAH ,JADIKAN IA SEBAGAI PENGALAMAN BUAT ANDA#




terima kasih sudi baca

Tuesday 26 March 2013

Tumit Kaki Merekah

Assalamualaikum^------^

Kini pelbagai jenis rekaan kasut dihasilkan untuk kaum hawa cam kita kita, berlambak-lambak di pasaran. Betol tak? sama ada jenis yang tertutup, terbuka, tinggi ataupun rendah, semuanya tersedia untuk korang pilih. Lagi tinggi lagi gah katakan..hehhe.. Masing-masing sedaya upaya tidak kisah untuk mencuba rekaan-rekaan terkini untuk tampil menarik bukan?. Tambahan pula, ia perlu sedondong dengan pakaian yang dipakai pada hari tersebut. Tapi cik cinta tidak seperti itu..hahha..berbelanja ikut kemampuan sudaa..yang penting cantik dan selesa ^---^



jagalah tumit kaki kita..baru lah comel memakai kasut jenis apa pun.Tak salah nak memakai kasut tinggi tapi jangan terlebih-lebih suda....:)

Namun..........walau secantik manapun kasut atau sendal yang dipakai, penampilan korang akan sedikit tercalar apabila mempunyai tumit kaki yang merekah..auwwww....lebih memalukan lagi ia bukan sahaja merekah tetapi turut mempunyai garis-garis hitam kegelapan yang disebabkan oleh habuk persekitaran.

Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan tumit kaki merekah:

  • Berdiri terlalu lama di permukaan kasar
  • Obesiti. Masalah kegemukkan menyebabkan tekanan diberi secara berlebihan pada lapisan lemak di tumit kaki
  • Memakai kasut tidak tertutup di belakang yang membantu geseran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit
  • Masalah kulit seperti Psoriasis atau ekzama
  • Kalenjar peluh yang tidak aktif
  • Masalah kaki leper
  • Memakai kasut yang terlalu ketat
  • Kencing masam eh silap Kencing manis..hehehe


Jangan-jangan-jangan sedih-sedih korang. Setiap masalah yang kita hadapi pasti ada jalannya.. Ayuh kita tinjau apa yang perlu korang lakukan!
  • Minum air secukupnya
  • Mengambil suplimen yang sesuai (mengikut saranan doktor)
  • Bersihkan kaki setiap kali selesai melakukan aktiviti dengan mengunakan sabun anti baktiria
  • Memberus kaki (terutamanya yang bermasalah) menggunakan berus yang lembut
  • Cara pengglupasan paling mudah adalah menggunakan batu tumis yang boleh dibeli di farmasi atau pasaraya. Gosok perlahan-lahan beberapa kali untuk meninggalkan kulit rosak yang tebal.
  • Menyapu losyen pelembab pada tumit (teruskan pada bahagian kulit kasar seperti siku dan lutut)
  • Mengurut kaki sebelum tidur menggunakan minyak atau losyen
  • Jika tidur di dalam bilik yang berhawa dingin, pastikan anda memakai stoking
  • jika di dapur, gunakan selipar yang khas untuk dapur sahaja
  • Jika anda mahu mencuba cara tradisional, boleh gunakan limau purut yang disental ketika mandi.


Okey setakat itu sahaja perkongsian kali ini..harap ia membantu.

_X0X0_ Dadaaa -----> gigi puteh bersih dengan colgate  gigi puteh bersih

terima kasih sudi baca

Cameron Highlands part2

Assalamualaikum^-----------^

haip...selamat hari selasa kepada u alsss....korang sihat? Assignmant banyak tak? huhu....kepada sesiapa yang still banyak tugasan tu, cik cinta harap korang buatlah awal-awal. Jangan-jangan- jangan  malas. Mak bapak kita habiskan duit untuk kita belajar kan? so kita kene buktikan pada mereka yang kita boleh berjaya. Tak kisah korang ambik jurusan apa pun yang penting belajar bersungguh-sungguh..hehe....

Actually, today is fun! ^-----------^ (tak ada kaitan lansung)
 cik cinta baru sahaja menyiapkan tugasan, setelah bercengkam mata menyiapkan tugasan now, masa untuk bloging. Suke suke suke..! korang pulak macam mana? sudah siap atau adakah???

Apa-apa pun jom bersama-sama cik cinta menyelongkar keindahan yang terdapat di CAMERON HIGHLANDS..hehe...Actually, ni part 11, sebelum ni cik cinta dah berceloteh dah dalam entri ni----->melancong:) tapi di sebabkam terlalu mencintai akan keindahan dan ketenangan dan keterujaan ciptaan tuhan ni, cik cinta gagahi juga untuk berkongsi lagi dengan korang tempat yang menarik di CAMERON HIGHLANDS ni.. hehe


ni dekat stawberry farm. yang bess disini adalah boleh petik sendiri taw.
paling best lagi, sambil peti sambil makan,,fuhhhh nikmat...makan buah yang segar-segar..
so korang bile lagi?? moh la kito..:)




kak tus farm..korang boleh tengok berbagai bentuk kaktus ni, ada yang besar gedabak...memang kene bawak lori la lau nak beli.. ada yang sweet macam picture kat atas ni...murah jer...

nampak tak korang?? terlebih excited sangat cik cinta:)


nampak tak yang kat belakang tu???? tu besar kan? tapi ada lagi lebih besar dari tu...hahaha besssss sangat!


ladang tea...kat sini korang boleh beli tea banyak-banyak...luas pemandangan dok sini...seperti model yang kat atas tu ^--------------^

indahnya alam ciptaan tuhan ni... kerdil cik cinta sebagai hamba di muka bumi ni 


mardi..kebun bunga-bunga yang segar. sesegar embun nan pagi gitu...




korang-korang..jangan lepaskan peluang untuk merasa COKLAT STROWBERRY ni...
dato Siti pun suka... chillll hehe


Cik cinta rasa, sampai sini dulu lah k, kalau mau cerita, banyak sangat sampai tak termampu nak berkongsi detik-detik terindah ni...so, korang pergi lah, rasai sendiri pengalaman seperti mana cik cinta sudah lalui...memang terbaik! i like...hhehe...

_X0X0,,Dadaaaa_










terima kasih sudi baca

Monday 25 March 2013

Rumpai laut. Berhasil kah?


Assalamualaikum..promot-promot

haiii....korang wat ape tu? korang sihat? study okey? okey nampak gayanya semuanya okey. Today, cik cinta nak promot kat korang kolegen rumpai laut asli dri Sabahan....yang pasti ORI, tidak ada bahan kimia, Actually, rumpai laut ini dah famous sangat dah kan, dah banyak dah yang dok iklan dalam blog, facebook, twiter ape lagi? korang seacrh je rumpai laut ni, mesti dapat punyer...^--------^

Tapi, untuk pengetahuan korang, rumpai laut ni, dia ada banyak jenis, warna purple seperti korang sedang saksikan sekarang, warna kuning keemasan,  tapi antara dua warna ni, setahu cik cinta, warna purple lagi mujarab berbanding warna kuning.. Cik cinta tak pasti tapi dari testimoni daripada kawan-kawan cik cinta mengatakan rumpai laut warna purple lebih berkesan:)

Cik cinta sendiri pun dah cuba yang warna kuning keemasan ni, emm...hasilnya okey jugak la, tapi sekarang cik cinta guna yang warna purple, hasil dia sungguh menakjubkan, selain melaraskan berat badan. Sesuai sape-sape yang ingin berdiet tu, sebab after minum kita akan rrasa kenyang.. seelok-eloknya, perlu ambil semasa perut kosong tak pun sebelum tidur...




ni selepas di rendam. Dia akan kembang like agar-agar



ni apabila sudah di masak,,,boleh makan begitu sahaja, lau mual, boleh campur dengan just oren atau jus buah-buahan yang lain& boleh juga dibuat masker.


testimoni penggunaan yang berterusan----


ni masalah jerawat yang serius. kawan cik cinta pun menjadi. 
tapi uncle ni bukan kawan cik cinta.hehehe


korang tengok ni, before and after, but bergantung pada kulit muka. if kulit muka tak sensitif, its okey, korang boleh teruskan. ingat! tak de bahan pengawet.



u allsss kenal bukan??? artis ni pun sudah menggunakannya. selama 4tahun. 
so korang bile lagi? lau nak cuba boleh bagi tahu cik cinta, kita pos...hihi


Okey la, selamat mencuba and selamat membaca..sekadar perkongsian. 
#cantik dalam, cantik luar, cantik sana-sini#

_XOXO_ 

vios to me---------->  churp-churp







terima kasih sudi baca

Thursday 21 March 2013

Andai Itu Takdirnya

Assalamualaikum salam hari jumaat^-----------^

Ketika anda sedang bersedih tiba-tiba datanglah seorang hamba ALLAh yang baik budi pekertinya, di tambah pula dengan wajah yang manis, berkumis nipis dan tersenyum kepada anda,Wajah nya yang tenang membuatkan kita tidak jemu memandang. Bahasa yang sopan di pertuturkan sehingga kita lupa siapa diri kita jika bergandingan dengan dirinya. Tatkala itu, hati mula terusik, jiwa mula bergelora, bibir tidak lekang dari tersenyum, minda mula memproses dan tiba-tiba terdetik siapa gerangan lelaki itu? wajahnya, badanya, suara nya, ahhh...semuanya terletak pada dirinya.. ~~ ahhhh...sudah-sudah sudah...korang sudah terbuai dengan ayat yang cik cinta yang entah apa-apa ^--------^

Sekali sekala bila munculnya jiwang dalam diri, begitulah jadinya, hehe..korang pun mesti tak faham kan apa yang cik cinta nak sampaikan sebenarnya..betol tak? Actually, cik cinta saja jer, melepaskan jiwa nan tersempit ini. :)

Korang minat tak baca novel? mesti lah minat kan? mesti banyak novel kat rumah korang kan? betol tak?? dalam banyak-banyak novel, novel apa yang korang paling minat? haaa..sila kongsi-kongsi..hehe.. Cik cinta bukan kaki novel sebenarnya, sebab cik cinta terlalu ikut emosi bila membaca novel. Boleh kira dengan jari berapa buah novel je yang cik cinta minat, walaupun menyentuh jiwa, tapi disebabkan novel ni best dan terbaik sangat, cik cinta gagahi juga untuk menghabiskannya. Oleh kerana itu jugak, cik cinta telah memecahkan rekod membaca novel iaitu selama 2 hari. haha...Sebelum ni, 4 hari baru b0leh habiskan...teruk kan....? hehehe

Korang pernah dengar tak novel  ANDAI ITU TAKDIRNYA,? keluaran buku prima. by SITI ROSMIZAH. Maybe ye dan maybe tak kan? cik cinta rasa korang patut mencari dan terus membeli novel itu tanpa perlu membaca sinopsis nya. Cik cinta boleh katakan 100% terbaik lah novel ini. Kisah seorang wanita yang mempunyai banyak dugaan dalam sebuah kehidupan sehingga bertarun nyawa. dan bla bla bla bla.....:) Cik cinta comfirm 200% if korang baca novel ni, memang akan mengalir air jernih di pipi korang yang gebu gitu..^---------^ Sila dapatkan sekarang. kejup-kejup cik cinta nak pesan, kalau korang baca novel ni tanpa mengalir air mata, bagi tahu cik cinta taw? hehe..okey itu aja..

 ~sekian~


see..cik tedd pun tidak melepaskan peluang untuk membaca novel ini..terlaris gitu..

klik jika korang rasa nak buat amal jariah,-------> churp-churp cik



terima kasih sudi baca

Bermotivasikah anda?

Assalamualaikum...^----------^ salam motivasi untuk anda sekalin :)

1)


2)

3)

4)

5)







terima kasih sudi baca

Wednesday 20 March 2013

info-info-info

Assalamualaikum ^-------^

Hai korang semua, selamat beristirehat kepada student dan tak lupa juga kepada ibu-ibu muda. Bagi adik-adik yang berjaya mendapt result yang cemerlang dalam STPM dan juga SPM cik cinta ucapkan congratulation atas kejayaan korang, usaha murni korang sebelum ini telah berbaloi...amin.. dan bagi adik-adik yang kurang bernasib baik tu, jangan give up okey, teruskan usaha korang dan cik cinta juga mengucapkan selamat maju juntion.eh silap selamat maju jaya..^------^

Actually, today cik cinta nak berkongsi info sedikit pasal daging babi..OMG! jangan salah faham, daging babi ni kita boleh beza dengan daging lembu.. Mungkin ada di antara kita tidak tahu bahawa labe-label yang bertulis " produk ini mengandungi contain substance from norcine".Actually, ia bermaksud produk ini mengandungi bahan babi. Selain daripada itu, antara label yang digunakan adalah "the source of gelatin capsule is procine" yang bermaksud "kapsul dari gelatin babi"






Dibawah ni adalah istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:


1. pork : istilah yang digunapakaI untuk daging babi di dalam masakan

2. Swine: istilah yang digunapakai untuk keseluruhan kumpulan spesis babi

3. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg

4. Boar: babi liar
5. Lard : Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun


6. Bacon: daging haiwan yang di salai, termasuk babi

7. Ham: daging babi pada bahagian paha babi

8. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan)

9. Sow Milk : susu babi

10. Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg



Semoga dengan sedikit perkongsian ini berguna untuk pengetahuan kita yang sememangnya tidak mengetahui berkaitan dengan daging babi. 



X0X0 ^-----------^


sedekah untuk cik cinta beli vios hohohoh------------------>  VIOS to me plis heheh

terima kasih sudi baca

Tuesday 19 March 2013

Adakah sudah?

Assalamualaikum ^------^

Salam magrib untuk korang semua, ape khabar? hope semuanya sihat alhamdulillah..cehceh..
korang dah isi ker ribet  Rm 200 untuk golongan belia tu? kalau belun masih tidak terlewat kan? actually cik cinta dah daftar lama dah, bulan 1 aritu lagi, now cik cinta dah boleh beli smart fone yang telah di nyatakan oleh SKMM tu..hehe.. Kalau tak beli rugi pulak kan, yelah siapa nak bagi kan RM200 free-free gitu..alhamdulillah...bersyukur:)

Semalam cik cinta dengan megahnya menuju ke Mall untuk menukar ribet dengan smart fone ni, hehe..elehhh..handfone biase je lah korang, tidak perlu di megah-megah kan...tapi ia amat berguna untuk adik cik cinta, dia yang beria-ia naknya...pusing kepala dibuatnya. Nak tu pulak, harus guna money cik cinta dulu sebab dia kata biasiswa tak masuk lagi..ehemmm..nilah budak zaman sekarang, orang bagi biasiswa untuk beli kelengkapan sekolah tapi yang ni lain pulak hendaknya...hehe...

Tapi apakan daya, sebagai seorang kakak yang sangat baik, perlu menuruti kemahuan adik lelaki tersayang..hehe.. so dia yang excited nak guna handfone ni tak sabar-sabar pulak suruh pos kat umah...banyak cantik...! akak dah beli so akak yang kene rasmikan dulu,cehcehceh^----^

Mesti korang terfikir kan, smart fone yang macam mana la cik cinta beli untuk dia tu, haha...actually cik cinta just beli samsung galaksi young (y) sesuai dengan dia yang masih lagi bersekolah, so xyah nak gatai guna handfone canggih-canggih..ye tak?

Okey dear, sehingga disini dulu, pesanan cik cinta, yang belum daftar boleh la p daftar sekarang sebelum terlambat, yang masih belum guna lagi ribet RM200 tu, sila la guna...jangan melepaskan peluang yang ada..tak ada syarat seperti mana yang korang baca pun...ia bergantung pada pengedar yang menjual jer...

_XOXO_


tu dia...cun tak? pure white gitu....tersenyum kambing+ ayam lah adik cik cinta tu...^----^


harga: ...
colour: pure white
hehehehehe





terima kasih sudi baca

Saturday 16 March 2013

Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Assalamualaikum

Salam sabtu untuk my macho dan tak lupa juga untuk my cantik..hehe..korang semua sudah mandi? ape ke jadahnya cik cinta tanya korang mandi ke belum ni? actually hari yang mulia ini, cik cinta nak berkongsi sedikti info pasal cara mandi wajib dengan betol. Haaa....agaknya setiap kali korang mandi wajib ade tak perasaan was-was? tak pun ade tak terfikir eh aku mandi ni sah ke tak ek?? ade tak2? lau korang still ragu-ragu mandi wajib tu adalah tidak sah bukan? sama la dengan cik cinta, so apa kata kita teruskan dengan bagaimana nak dapatkan mandi wajib yang betol seperti di sarankan dalam islam..

Actually, mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan ramai umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

1. Niat.
2. Menghilangkan najis di badan.
3. Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.


1) Niat mandi wajib:

“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”

Atau

” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.


2) Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.


3) Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.



yang penting disini adalah gunakan air mutlak.



Okey setakat ini dulu sedikit info yang cik cinta boleh kongsi. dadaa...

klik jika tak keberatan by the way tiada paksaan k






terima kasih sudi baca

Bab 3 :Sains Pemikiran dan Etika

Assalamualaikum

Bab pemikiran dan etika ini membincangkan tentang beberapa aspek antaranya sekularisme,liberalisme, modenisme dan humanisme.

Sekularisme merupakan satu ideologi terkini yang mencakupi skop fahaman dan perbincangan yang sangat luas. Matlamat usaha penyebaran ideologi sekularisme adalah untuk melahirkan idea dan nilai sekular dalam jiwa setiap individu, masyarakat dan mendaulatkan negara sekular.Justeru perbincangan tentang sekularisme mencakupi skop dan ruang legar kehidupan dunia yang bertumpukan kepada persoalan kebendaan semata-mata. Selain itu, sekularisme juga turut memperjuangkan hak kebebasan mutlak setiap individu daripada peraturan dan ajaran agama yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah dalam sesebuah negara, Selain itu, Sekularisme juga mempunyai beberapa prinsip dan ciri antaranya penafian hal-hal kerohanian, menafikan adanya nilai hidup yang tetap, menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah dan sebagainya. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa kaedah penyebaran sekularisme ini, antaranya melalui pendidikan, media massa, undang-undang dan sebagainya.

Seterusnya, liberalisme pula merupakan falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi liberalisme menekankan hak-hak peribadi dan kesemerataan peluang. Secara umumnya, aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip seperti kebebasan berfikir dan bersuara, batasan kepada suara kerajaan, kedaulatan dan undang-undang dan sebagainya.

Selain daripada sekularisme dan liberalisme, modenisme juga merupakan proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan dan masyarakat. Ia juga merupakan aliran yang terhasil daripada gerakan-gerakan di Amerika Latin yang memperjuangkan pembebasan dan autonomi budaya baru supaya dapat membebaskan diri daripada cengkaman hagemoni kebudayaan Sepanyol. Semangat modenisme bermula semenjak era Renaissance abad ke- 16 dan pencerahan pada abad ke-18 masihi.  Terdapat beberapa tahap dalam modenisme ini antaranya bermula dengan revolusi Perancis dan kekacauan sehingga berlaku kelenturan ikatan sosial dan sebagainya.

Terakhir, humanisme menganggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itu lah tuhan yang Maha Agong. Dialah yang menentukan hukum hakam. Tuhan tidak berperanan dimuka bumi ini. Soalnya ialah bagimanakah ideologi " humanisme' ini digunakan untuk memporak perandakan masyarakat.  Terdapat beberapa sifat humanisme antaranya percampuran bebas,penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan, penukaran peranan antara lelaki dan perempuan, gerakan pembebasan wanita, kauseling kelompok dan pendidikan seks.

Secara kesimpulanya dapat dijelaskan bahawa sekularisme, humanisme, modenisme dan liberalisme ini dapat di jelaskan lagi dengan adanya maksud yang tersendiri dan juga fahaman-fahaman yang jelas berkaitan dengannya.



terima kasih sudi baca

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...