assalamualaikum, selamat petang dan salam istirehat kepada student-student yang tengah bercuti.
^ _^ . Arini cik cinta nak buat bingkisan pasal wajah kita hehe..Wajah merupakan elemen yang paling penting untuk kita, ye la tak de wajah kan jadi zombi plak dah.haha. cik cinta nak tanya, kulit wajah korang macam mane la agaknya kan? berminyak ke, sensitif ke, kering ke? atau sewaktu dengan nya? kalau korang tak tahu ape jenis kulit korang, jom kita belajar sama-sama bagaimana nak mengenali kulit wajah kita yang sebenar-benarnya. cececeh!! macam pakar kulit lak cik cinta ni.. kikiki :)
Kulit berminyak
Biasanya kulit korang kelihatan tebal dengan pori-pori terbuka. shoot! shot! tutup-tutup..! kemungkinan korang akan mengalami jerawat..! oh tidak-tidak..!! katakan tidak pada jerawat !.sungguh tidak sanggup! jerawat muncul sebab kelenjar minyak yang terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit korang tu..so conclusion nya korang jangan makan makanan yang berminyak tau ? Tak elok.! selain itu, faktor hormon (remaja) ,cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Plis, korang jangan la sedih ok, setiap perkara ada baik buruknya kan?betol x? kalau korang nak tahu, kebaikan kulit sebegini ialah ia melambatkan proses penuaan.So korang akan nampak muda je. dont tension-tension...! ^ -^
Kulit Sensitif
kulit jenis ini sangat peka terhadap ransangan luar. ia boleh menyebabkan kulit korang menjadi pecah,merah, pedih, mengelupas, terjadinya tompok-tompok hitam, naik ruam, atau berjerawat. haa..Kalau korang nak tahu kenapa boleh terjadi macam ni sebab penggunaan kosmetik yang tidak sesuai langsung dengan kulit korang, tu yang jadi macam tu. Korang nak elakannya senang je, korang perlu perhatikan betol-betol kegiatan harian korang terutamanya apa yang korang makan, jenis produk yang korang guna , dan keadaan persekitaran. Contohnya, tempat korang melepak, kerja dalam penghawa dingin, panas terik dan banyak lagi la faktor-faktor yang berkaitan. So moral value nya, korang perlu peka tau dengan perubahan kulit wajah korang, jangan biarkan ia menjadi satu igauan ngeri buat korang nanti. Jangan malas-malas okey!
Kulit kering
kulit kering biasanya kurang berminyak, lembab atau sewaktu dengannya :). Keadaan ini disebabkan oleh kelejar minyak yang kurang aktif, aiiiiikkk...tadi aktif ni tak aktif plak dah, yang mana satu betol ni cik cinta? Yela, tadi kelenjar aktif untuk kulit korang yang berminyak, ni untuk kulit kering, tu la baca betol-betol...`~ngee~~. Ok, kita teruskan, kulit kering terjadi kemungkinan akibat terdedah dengan penghawa dingin,kurang minum air, pengambilan sesetengah ubat & yang paling penting pembersih muka yang beralkali tinggi, contohnya sabun mandi..laa..haii..kesian korang ade ke yang cuci muka guna sabun mandi je?.miskin nye..hahaha ))) kalau korang kulit kering kan? korang mungkin akan mengalami masalah seperti :
1) kedut/garis-garis halus
2) bintik-bintik hitam
3) jeragat
4 ) keseluruhan muka yang kering dan kusam
5) hitam pada sekeliling mata ( bukan kurang tidur ) ^- ^
nak lagi ke?? rasanya macam dah berlebar-lebar panjang tulisan ni.. but its ok, kita teruskan untuk kulit yang cun melecun gitu.! kulit normal ;)
Kulit Normal
Bertuahnya sapa-sapa yang dianugrahi kulit jenis ini kan, mana tidaknya kulit normal ni licin, lembut je & lau di sentuh lembab je kan, rasanya macam sentuh kulit baby. wahhh!! untung la korang..kalau Kulit jenis ini kan, keadaan pori tu sekata & halus. wauu selembut kulit bayi.:) warna kulit pulak sihat dan berseri. Kalau korang mempunyai kulit seperti ini kan. korang perlu menjaganya supaya ia sentiasa licin dan gebu..adussss!! jeles wehhh..!Tapi INGAT! kulit mcam ni boleh bertukar tau, ia bergantung pada penjagaan, jenis produk yang korang gunakan, keadaan persekitaran dan juga hormon. ok itu aje!
sumber: google
Rasanya sampai setakat ni dulu la yer bersama Doktor cinta (pakar kulit yang sememangya tidak bertauliah!) hahaha
Trimasss..>
No comments:
Post a Comment