::::✿chinta_shafiqah✿::::

Tuesday, 26 March 2013

Tumit Kaki Merekah

Assalamualaikum^------^

Kini pelbagai jenis rekaan kasut dihasilkan untuk kaum hawa cam kita kita, berlambak-lambak di pasaran. Betol tak? sama ada jenis yang tertutup, terbuka, tinggi ataupun rendah, semuanya tersedia untuk korang pilih. Lagi tinggi lagi gah katakan..hehhe.. Masing-masing sedaya upaya tidak kisah untuk mencuba rekaan-rekaan terkini untuk tampil menarik bukan?. Tambahan pula, ia perlu sedondong dengan pakaian yang dipakai pada hari tersebut. Tapi cik cinta tidak seperti itu..hahha..berbelanja ikut kemampuan sudaa..yang penting cantik dan selesa ^---^



jagalah tumit kaki kita..baru lah comel memakai kasut jenis apa pun.Tak salah nak memakai kasut tinggi tapi jangan terlebih-lebih suda....:)

Namun..........walau secantik manapun kasut atau sendal yang dipakai, penampilan korang akan sedikit tercalar apabila mempunyai tumit kaki yang merekah..auwwww....lebih memalukan lagi ia bukan sahaja merekah tetapi turut mempunyai garis-garis hitam kegelapan yang disebabkan oleh habuk persekitaran.

Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan tumit kaki merekah:

  • Berdiri terlalu lama di permukaan kasar
  • Obesiti. Masalah kegemukkan menyebabkan tekanan diberi secara berlebihan pada lapisan lemak di tumit kaki
  • Memakai kasut tidak tertutup di belakang yang membantu geseran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit
  • Masalah kulit seperti Psoriasis atau ekzama
  • Kalenjar peluh yang tidak aktif
  • Masalah kaki leper
  • Memakai kasut yang terlalu ketat
  • Kencing masam eh silap Kencing manis..hehehe


Jangan-jangan-jangan sedih-sedih korang. Setiap masalah yang kita hadapi pasti ada jalannya.. Ayuh kita tinjau apa yang perlu korang lakukan!
  • Minum air secukupnya
  • Mengambil suplimen yang sesuai (mengikut saranan doktor)
  • Bersihkan kaki setiap kali selesai melakukan aktiviti dengan mengunakan sabun anti baktiria
  • Memberus kaki (terutamanya yang bermasalah) menggunakan berus yang lembut
  • Cara pengglupasan paling mudah adalah menggunakan batu tumis yang boleh dibeli di farmasi atau pasaraya. Gosok perlahan-lahan beberapa kali untuk meninggalkan kulit rosak yang tebal.
  • Menyapu losyen pelembab pada tumit (teruskan pada bahagian kulit kasar seperti siku dan lutut)
  • Mengurut kaki sebelum tidur menggunakan minyak atau losyen
  • Jika tidur di dalam bilik yang berhawa dingin, pastikan anda memakai stoking
  • jika di dapur, gunakan selipar yang khas untuk dapur sahaja
  • Jika anda mahu mencuba cara tradisional, boleh gunakan limau purut yang disental ketika mandi.


Okey setakat itu sahaja perkongsian kali ini..harap ia membantu.

_X0X0_ Dadaaa -----> gigi puteh bersih dengan colgate  gigi puteh bersih

terima kasih sudi baca

2 comments:

  1. kaki pun kan aurat. hehe. pakai stokin , mesti hasilnya laaagi cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea...tapi tak semua yang pakai stokin....tapi lau dok kat umah xkan pakai stokin gak kan? hehe...

      Delete

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...