::::✿chinta_shafiqah✿::::

Thursday 25 April 2013

Perbezaan cinta jarak 10000km VS 1km

Assalamualaikum

cinta jarak jauh adakalanya memerlukan kesabaran, kesetiaan dan ketabahan. Jika tiada kesabaran dalam diri pasti musnah hubungan. kesabaran itu adalah tunjang segala Istana yang kita bina. jika tunjang itu rapuh, maka tidak mustahil sebesar istana mana pun yang kita duduki pasti akan roboh. brom.! menghadap bumi..;)

Kadang kala cinta jarak jauh memerlukan kesetiaan yang lebih daripada bercinta jarak dekat. kenapa? sebab si gadis dan si jejaka berada jauh dari pasangan. Jika tiada kesetiaan dalam sebuah perhungan itu, apa akan jadi korang fikir lah sendiri.. si laki macam ni, si gadis pulak macam ni..last-last tak tahu ke mana la hubungan tu.. oleh hal yang demikian, bercinta jarak jauh memerlukan banyak sangat komitmen berbanding jarak dekat. Kenapa demikian? jom layan perbezaanya..^-------^

Beza cinta jarak dekat dan jarak jauh..


  • jarak dekat :  boleh jumpa hari-hari
  • boleh lunch tiap-tiap hari
  • boleh bertukar senyuman hari-hari
  • tak meseg pun tak per sebab dah dekat kan
  • ada masalah terus boleh bawa berbincang
  • tak perlu susah-susah jari nak call tiap masa

Jarak jauh..
  • jumpa sebulan sekali tu pun lau sempat
  • meseg tiap-tiap masa boleh habiskan duit mak bapak, duit ptptn ^--------^
  • call hari-hari sampai naik fedup si gadis tak pun si laki
  • kadang-kadang ape yang nak di sampaikan tidak sama apa yang difikirkan.. yelaa..jauh kan:)
  • benda yang small matter, boleh jadi BIG matter.. 
  • ada masalah susah nak berbincang..lain yang nak cakap lain yang jadinya betol tak tipu..^------^
  • berada dalam was-was ..betol tak?
  • otak kadang-kadang terfikir.." betol ke dia sayang aku, betol ke dia rindu aku? betol ke dia tak duakan aku?" 
  • kadang-kadang berfikiran negatif terhadap pasangan..yelaaa..jauh kan...patut ke tak patut? sungguh tak patut..!

itu secara umum perbezaan antara cinta jarak jauh dan juga jarak dekat.tapi sebenarnya, ia terpulang pada pasangan masing-masing untuk mempercayai cinta mereka. Jika cinta mereka kuat, datanglah ribut badai sekalipun.. Cinta mereka tetap teguh. seteguh cinta cik cinta pada cik chubby...hahaha...

Apa-apa pun korang, seperti yang cik cinta jelaskan tadi yang sebenarnya cinta jarak jauh ni sangat-sangat memerlukan kesabaran, kesetiaan tu dah wajib kan...kalau tak ada semua tu, musnah la istana kita. Betol...tak tipu...cik cinta cakap atas dasar pengalaman jer..tak de kaitan yang masih hidup atau yang sudah past away...hohoh...

jom kongsi pengalaman cinta korang bersama cik cinta...^------------^

-XOXO-

terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...