::::✿chinta_shafiqah✿::::

Wednesday, 27 March 2013

Menangis itu terapi

ASsalamualaikum

Selamat malam everyone. korang semua heppy ? mestilah kan heppy dengan hidup sendiri, jika ada yang tak heppy tu, cepat cari sebab nye okey.. tapi cik cinta nak tanya korang, if korang ada masalah, apa tindakan yang korang lakukan dalam membasmi masalah korang tu? adakah menulis dalam diari? adakah pendam sorang-sorang? atau adakah korang akan menceritakan masalah korang tu pada kawan baik? atau adakah korang akan menangis sepuas-puasnya??? korang jangan isau, actually menangis tu adalah terapi. Kenapa cik cinta berkata sedemikian?

Ketika kita menghadapi pelbagai masalah yang membuatkan kita rungsing dan pening, adalah wajar jika kita memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah tidak kira masalah cinta, masalah keluarga, tugasan banyak, masalah pejabat atau ape-ape masalah je lah.. Menangis misalnya merupakan salah satu cara untuk kurangkan beban masalah.

Menurut pengkaji psikologi,air mata yang keluar akan membuatkan seseorang itu merasa lebih baik kerana ia berfungsi mengurangkan ketegangan saraf dalam tubuh, yang mana penyebabnya adalah stress dan terlalu banyak berfikir. haaa....korang jangan la segan-segan if nak menangis..menangis la sayang jika dengan itu hati korang akan tenang setenang air di muara...hoho...



menangis la korang.. jika dengan itu korang boleh tenang. Jangan memendam perasaan sendri sehingga ia boleh memakan diri.Anggaplah sesuatu yang berlaku itu ujian dariNYA..


keep smile ^------^

# INGAT SESUATU YANG TERJADI ITU TERSIMPAN SERIBU SATU HIKMAH ,JADIKAN IA SEBAGAI PENGALAMAN BUAT ANDA#




terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...