::::✿chinta_shafiqah✿::::

Friday 30 August 2013

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Assalamualaikum

Salam 1 malaysia, pagi-pagi lagi lagu negaraku sudah kedengaran di gegendang telinga kita, mana tak nya hari ini adalah hari kemerdekaan yang ke 56 tahun. Sudah 56 tahun negara kita merdeka dan oleh kerana itu kita sebagai rakyat Malaysia patut menjaga kedaulatan dan menjaga keharmonian negara kita agar tidak lagi dijajah oleh orang luar.

Tanamkan perasaan cinta kita kepada negara yang kita duduki, dimana tempat kita mencari ilmu, kita mencari rezeki, sememangnya Malaysia adalah sebuah negara aman dan harmoni dengan adanya pemimpin yang berkaliber, sudah semestinya kita berasa bersyukur sebab tinggal di BUMI MALAYSIA ini.

Cuba kita lihat negara luar, peperangan di sana-sini yang mencetus kemarahan orang ramai, anak-anak kecil lari berkeliaran untuk menyelamatkan diri, wanita-wanita yang menjadi mangsa keganasan, sedangkan kita di BUMI MALAYSIA aman harmoni tanpa ada perselisihan faham yang kuat seperti mereka. Jadi kita perlu mengambil iktibar daripada kisah lampau supaya kita sedar dan sentiasa menjaga keamanan negara kita supaya tidak lagi di jajah oleh bangsa asing.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!




terima kasih sudi baca

Sinopsis novel saat jatuh cinta

ISKANDAR- dia dipengaruhi kenangan silam yang telah menghancurkan hatinya sejak zaman kanak-kanak. kenangan itu sama sekali mempengaruhi kehidupanya selama berpuluh-puluh tahun. Sepanjang hidupnya dipenuhi dengan liku-liku yang sunyi tanpa wujudnya erti sebuah cinta. Pintu hatinya terkunci rapat untuk seorang yang bergelar wanita. Kehadiran insan yang bernama wanita bukanlah satu kepentingan kepada dirinya. Sebaliknya dia memandang wanita sebagai makhluk yang tidak boleh dipercayai dan mudah mencurangi cinta. Makna cinta baginya adalah palsu dan sementara. Tanpa cinta, dia mampu memperolehi kejayaan. Namun,segalanya berubah hanya kerana seorang gadis yang bernama Arissa

ARISSA- hidupnya biasa-biasa saja. Ada suka ada duka. Namun masih boleh dikatogorikan dalam keadaan stabil. Tapi, setelah dia bekerja di bawah naungan seorang lelaki yang digelarnya singa kuning, hidupnya jadi huru-hara. Ada saja yang tidak kena dengan apa yang dilakukannya. Namun,ada satu rasa bermain dihati. Dan ia untuk singa kuning yang selalu menggangu kesenangan hidupnya.

Okey..sudah baca sinopsis Novel SAAT JATUH CINTA oleh LIeya Callia? ada lawak ada cinta dan ada rindu..tersirat dalam novel ini. So..tunggu apa lagi dapatkan sekarang...:)



murah sahaja harganya...cepat-cepat-cepat!



terima kasih sudi baca

Program Membasmi tikus :)

Assalamualaikum........................

Hai salam hari jumaat dan selamat menyambut hari merdeka kepada semua..Negara kita sudah pun 56 tahun merdeka dan alhamdulillah dengan semangat dan kerjasama semua negara kita masih aman dan harmoni dan kita patut bersyukur kerana kita dilahirkan dibumi bertuah Malaysia ini..Walau apa pun dimana sahaja kita berada masalah pasti membelengu diri kita..OKEy lah cik cinta strait to the point.

Today cik cinta nak menceritakan semasa operasi membasmi tikus di area PASIR PUTEH kerjasama dengan kementerian kesihatan,bomba,pertahanan awam dan sebagainya.Program ini bertujuan untuk membunuh tikus yang besar gedabak yang berkeliaran disana sini menggangu peniaga-peniaga yang mencari rezeki..Bukan apa tikus yang macam ni adalah tikus yang membawa penyakit kepada kita semua bahkan boleh membawa maut..haaa....jangan ingat nyamuk je boleh bawa maut tikus pun sama, tapi tikus yang ada kat rumah korang yang suka gigit kain baju tu, bukan membawa maut ..jangan risau..tikus yang cik cinta maksudkan adalah tikus mondok..hahaha....

Apa yang kelakarnya, masa program tu bukan tikus yang mampus, tapi lipas yang mati..maybe anak beranak mereka kot kan..hahaha...dibawah ni cik cinta selitkan sedikit gambaran semasa program dilaksanakan..

Pengajaranya jagalah kebersihan rumah, kedai makan, atau apa-apa yang berkaitan agar si tikus ini tidak membuat rumah dirumah korang..terutamanya premis-premis makanan yang tidak menjaga kebersihan gerai mereka haaa! memang tikus ni suka lah tempat gitu..so sama-samalah kita menjaga kebersihan bukan hanya kebersihan diri malah semua tempat yang perlu dijaga...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



kawasan yang cik tikus ni suka ...


dah meningalkan dunianya....sob3..

-XOXO-
bye-bye-bye




terima kasih sudi baca

Thursday 22 August 2013

_Pengalaman_

Assalamualaikum

Selamat hari jumaat kepada muslimin dan muslimat..blog sudah bersarang sana sini, namun hati cik cinta masih kuat untuk mempertahankan blog ini walaupun semakin hari semakin sibuk dengan tugasan sebagai seorang pelajar praktikal di AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN.

Pada mulanya berpraktikal di agensi ini, sememangnya cik cinta tidak mengetahui apa sebenarnya tugas kerja yang perlu dilakukan, tetapi setelah sebulan lebih menjalani  praktikal barulah cik cinta tahu dan faham bagaimana staf-staf di agensi ini bekerja..hihi..skima nya ayat...:)

Apa yang menariknya berpraktikal di agensi ini, cik cinta dapat belajar banyak mengenai seseorang penagih, perwatakkan dia, cara bercakap dan sebagainya. Sesungguhnya sebelum ini, cik cinta memang buta dalam bab-bab ini..hehe..pengalaman mengejar para penageh pada waktu malam diiringi dengan rintik-rintik hujan. Pergi menceroboh tapak persembunyian mereka dan boleh melihat sendiri lilin, peralatan yang digunakan dan banyak lagi.. Walaupun perasaan takut bersarang dihati, tapi demi untuk menamtkan latihan industri selama 6 bulan, cik cinta perlu kuat fizikal dan mental dalam mengharungi saat getir seperti itu.

Haa..rasanya sudah cukup jari cik cinta bernari-nari, tunggu entri yang lebih menarik pada masa akan datang! hehe...oh ye! esok cik cinta ada program membasmi tikus yang besar gedabak! huhuhu...

-XOXO-
_in da ofis..hihih_


terima kasih sudi baca

Thursday 15 August 2013

10 sebab dia cuma boleh jadi kawan baik


Assalamualaikum..tingtong..cinta datang lagi..:)

Malam ni cik cinta nak berkongsi tips berkaitan cinta, yahoo....sesiapa yang berminat boleh membacanya hingga habis, namun? bagi yang kurang berminat boleh main juah-jauh naa?? hihih..

Okey,tajuk seperti di atas..10 SEBAB DIA CUMA BOLEH JADI KAWAN BAIK...??



  • dia boleh tergelak besar sewaktu kita menceritakan inseden diri mahu digoda oleh teman baiknya
  • kala bercuti kita tidak teringat lansung pada dirinya
  • apabila bertentangan mata denganya,kita tidak terasa getaran cinta atau dada yang berdebar-debar
  • setiap kali membuat temujanji dengan sidia,anda tidak pernah susah hati memikirkan fasal baju,gaya rambut,atau stail solekan yang sesuia.
  • ada ketika apabila tangan bersentuhan,mungkin secara tidak sengaja seperti berhimpit-himpit di tapak karnival,namun anda lansung tidak berasa sebarang renjatan elektrik pada sentuhan itu.
  • bila dia menguap,dia terlupa untuk menutup mulut. Dia begitu bersahaja sehiingga anda dapat melihat lalat melintasi dan hampir masuk kedalam mulutnya (ni memang parah dah ni oiii)
  • Si dia tidak malu-malu meminta dan menggunakan duit anda untuk membayar makanan. ( tu haji bakhir tahap gaban dah tu,)
  • Kalau anda menceritakan pengalaman putus cinta,dia mendengar bersungguh tanpa menunjukkan sebarang emosi, haaa! kalau yang jenis tak de perasaan macam ni, memang nazak laaa...
  • dia tidak pernah bercakap atau memberi sebarang isyarat mengenai masa hadapan perhubungan ini....Kalau dapat yang macam ni, baik putus terus..membazir masa..ye dak?
  • setiap kali berjalan dan bertemu dengan teman-temanya,si dia hanya memperkenalkan anda sebagai "kawan saya"..lelaki yang macam ni, jenis tak sedar diri yang dia tu ade awexs..sob3..kesian________:)
rasanya dah cukup kot 10 SEBAB DIA CUMA BOLEH JADI KAWAN BAIK, tunggu episod setersunya..cecehcehh..macam drama pulak...^----^ Selamat malam everyone...



terima kasih sudi baca

Saturday 10 August 2013

tak keruan

Assalamualaikum...

Hai korang semua...selamat malam..sebelum menutup mata untuk malam ni, izinkan cik cinta nak bertanyakan korang satu soalan...jeng-jeng-jeng..

Ape perasaan korang bila pakwe korang kureng menghargai korang? apa makna menghargai bagi lelaki ek? adakah diarang tak faham macam mana hati seorang wanita? why ..why..why???

haa! tu je soalan cik cinta, memang jiwa di landa tsunami sekarang ni, sob3...kesian mak jemah..
apa pandangan korang...???


_X0X0_

terima kasih sudi baca

Friday 9 August 2013

SElamat hari raya:)

Assalamualaikum....

Haiii semua,masih sempat lagi cik cinta nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk korang semua, maaf andai cik cinta tak menyempat nak follow korang..masa memang tidak mengizinkan sangat, nak tu pulak cik cinta sedang menjalani latihan industri sekarang ni, memang tak sempat betol la nak bukak blog..sob3..kesian...! so macam mana,korang masih dapat tak duit raya? huhuh..

Actually, cik cinta just nak mengucapkan selamat hari raya jer, walaupun blog dah bersarang labah-labah situ-sini, tapi selagi hayat dikandung badan, cik cinta tidak akan sesekali membiarkanya bersarang buat kali kedua dan seterusnya..ohohoh...

Hurmm...hari ni semua anak buah balik ke rumah mereka masing-masing, rindu kian membara,telatah si kecil masih kedengaran, rindunya mak jemah...

Okeyh lah nak berceloteh panjang-panjang kang takut boring tahap gaban pulak korang membacanya, almaklumlah gaya penulisan dah tak SEVOTE dulu dah..hehe...perasang!

sepanjang kehadiran syawal untuk tahun ini,
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Teman melarang....:)





_X0X0_





terima kasih sudi baca

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...