::::✿chinta_shafiqah✿::::

Tuesday 30 April 2013

Horey-Horey ^-----------^

Assalamualaikum..


Hujan membasahi bumi Sintok setelah panas berpanjangan. Berdentum-dentum bunyi petir. Hati mula berbicara " macam mana la nak naik bus malam ni, kalau hujan still lebat macam musim tengkujuh?" Mata mula memerhatikan keindahan alam tatkala hujan, tiada lagi bunyi burung, tiada lagi sinaran matahari, yang ada hanyalah awan yang mendung dan disirami hujan yang begitu lebat.. amboiiiiiiiiiiii.......khusyuk nampak membacanya...suke tak? hohoh...

Actually, malam ni cik cinta nak pulang ke kampung halaman, nak balik menunaikan tanggungjawab..
^---^ tapi apa yang bess nya kali ni, cik cinta tak perlu mengeluarkan duit untuk membeli tiket sebabnya cik cinta boleh balik dengan bus free tajaan sekian-sekian-sekian..horeyyyyyyyyyyyy!
jimat duit RM100.-boleh cik cinta berbelanja untuk bulan seterusnya nanti. Yela, belajar tak habis lagi, duit dalam simpanan semakin lama semakin menurun..tak tahu siapa yang ambil..Ahaxs!

Korang macam mana? dapat tajaan dari mana-mana tak? kawan cik cinta yang study kat Sarawak, Sabah pun balik..dapat tajaan fligt free u allsss..haaa jangan main-main musim ni, pihak depa-depa semua tu sanggup melakukan apa sahaja untuk memancing kita supaya balik mengundi, Yela...kita semua kan belia-belia yang baru.Remaja belia macam kita-kita ni adalah tunggak negara. Sebab tu la mereka-mereka ni sanggup melakukan apa sahaja. Bus free untuk dua hala, mana nak cari? tak kan ada yang bagi free-free jika tidak kena dengan musim betol tak? hehehe..

Oleh hal yang demikian, jom la kita pakat balik mengundi.. Cik cinta 1st mengundi nih, tak tahu lagu mano gamoxs nya..haha..biasanya mengundi untuk MPP senang jer..klik-klik-klik dan blah! tapi kali ni, mengundi dan juga dengan dakwat kekal.hahaha....ape ke bende dakwat kekal tu ek?

Okey, menurut lacture cik cinta yang sudah berpengalaman dan juga pernah menjadi kerani masa pilihan raya dulu, dakwat kekal ni, dia akan cop kat tangan kita, xingat pulak jari mana..hehe..contoh kalau korang menulis dengan tangan kiri, dia akan cop kan dakwat kekal tu kat tangan kanan, haa..begitulah setersunya..haaa...tangan korang yang ade dakwat kekal tu jangan sampai TERkena undi korang tu, jika tak dikira UNDI ROSAK! haaa...itu sebab lah kita dok dengar undi rosak tu,ini adalah salah satu faktornya.. ada faham?hehe

EH....! jangan risau, dakwat kekal tu bukan untuk selama-lamanya, maybe untuk dua hari jer kot, bukan ape,jika tak buat macam tu, senang lah kita nak undi berapa yang kita suka betol tak? pandai-pandai-pandai!

Okey sudah dapat sedikit info yang serba sedikit? bagus..good job! Selamat mengundi kawan-kawan!


terima kasih sudi baca

Monday 29 April 2013

Lelaki wajib tahu kenapa wanita merajuk

Assalamualaikum..




Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk? Hasil dari kajian, jawapan nya ialah: (Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.

2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.

3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.

4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.

5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.

6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.

7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.

8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.

9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.

10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.

credit to-----> penpatah

terima kasih sudi baca

Sunday 28 April 2013

Sungguh Tak Tertahan

Assalamualaikum cinta♥
agaknya macam ni la iras-iras muka cik cinta time tu yer tak?hahaha

Selamat petang u allss, dah solat asar? bagi sesiapa yang belum lagi tu, cepat-cepat lah di segerakan. ahaks! actually, peristiwa ni dah berlalu 3minggu yang lepas, tapi tetiba jer teringat kembali saat-saat getir masa berada di dalam bus on the way balik ke Uum..

Hurmm...perjalanan dari kelantan ke kedah mengambil masa lebih kurang 6,7 jam...bayangkan jika separuh dari masa tersebut korang perlu tahan kencing atau bahasa lembutnya tahan untuk membuang air kecil? ahah! ade beran?

Sebelum memasuki sempadan Grek, Perak, bus yang cik cinta naiki itu perlu mengharungi jalan yang berliku-liku di tambah pula dengan bayang-bayang pokok yang rendang, sungai, hutang kiri dan kanan  membuatkan sejuk mata memandang..♥

Namun, ku sangka panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari,♥ begitulah cik cinta boleh nyatakan, sudah jatuh di timpa tangga dan juga malang tidak berbau...hehe..♥.♥selama 3 jam cik cinta perlu menahan untuk membuang air kecil, mustahil pakcik driver nak berhenti di tengah-tengah semak kan? nasib baik waktu siang..kalau malam, rasanya, cik cinta memang TER paksa melepaskan ia di semak.haha

Ape yang menariknya disini, cik cinta telah memperbarui satu teori yang cik cinta cipta sendiri..iaitu dengan men SET kan minda cik cinta supaya tahan,tahan, dan tahan agar boleh merialisasikan impian cik cinta tu di tempat yang selamat dan betol...menjadi jugak teori tu..hahaha ♥
Selama berjam-jam lamanya cik cinta TERpaksa menahan sehingga kan perut memulas, Senak, Lenguh kaki kanan, tak senang duduk di buatnya. Yela korang boleh ke tahan sampai berjam2 lamanya? tak kan pernah kan? mustahil..hehehe

Bus punya lah sejuk sampai ke tulang hitam ahakss! namun, cik cinta gagahi juga untuk bersabar dan terus bersabar menunggu tempat destinasi bus berhenti untuk sembahyang...Mata tidak henti-henti melihat jam, hati mula berbicara " ya ALLAh, lambat lagi ker, Ya ALLAH, sabarkanlah diri ku ini YA ALLAH. dan bla-bla bla" sumpah mase tu memang cik cinta dan tak boleh nak tahan..Rasa macam dh nak keluar dah, macam nak beranak kot walaupun tak pernah beranak..hahaha..tapi tu la yang cik cinta rasa time tu...

Then, bila bus dah berhenti kat tempat solat, fuhh! dengan bangganya cik cinta berlari turun dari bus tanpa mempedulikan sape-sape..motif utama cik cinta hanya satu iaitu " merialisasiakn impian" hahaha...then after impian tercapai, fuh..... lega yang amat....hahahaha..begitulah kisah cik cinta yang menjadi ingatan dalam menggunakan perkhidmatan bus. hehe..


#moral Value nya: Persiapkan diri dengan pelbagai hal sebelum nak naik bus, kalau drive sendiri its okey, but ni bagi sesiapa yang menggunakan bus like cik cinta ^-------^

-X0X0-



terima kasih sudi baca

Saturday 27 April 2013

Belajar dari Pengalaman..

Assalamualaikum cinta




Hai...selamat malam semua. rasanya sudah lama tidak menaip. just berkongsi tips cinta, info jer..bukan ape bila mud tiada untuk menaip tu yang jadi gitu.. Tak tahu kenapa beberapa hari ni cik cinta rasa macam tak tenang jer nak kata stress dengan assignment tak de lah sangat.. tapi ada satu yang mengangu di fikiran cik cinta...mana tahu kan jika korang berpengalaman boleh sharing is caring dengan cik cinta ^--^

Actually, ni kisah percintaan la..tak tahu kenapa sejak beberapa hari ni, perasaan cik cinta betol2 keliru, kadang-kadang yang tidak sepatutnya cik cinta marah jadi terlebih marah..tak tahu nak mula dari mana..sob3..


  • Macam ni lah, cik cinta nak tanya pendapat korang, ape perasaan korang jika bf korang asyik layan muka buku jer berbanding dengan awek die sendri..bila awek die komen, satu pun bf die tak repley..tapi jika friend club kereta die, tahu pulak dia nak komen.. haaa...sebagai seorang yang dillahirkan dengan perasaan kewanitaan,, ape yang korang rasa?? heppy? sedih? biarkan dia macam tu atau ??? 




  • Selain daripada ber FACEBOOK..apa pulak perasaan korang jika bf korang abaikan kan korang, call tak berangkat..meseg jarang-jarang di repley? mesti kecewa giler kan hati kita sebagai seorang wanita. sememagnya wanita bukan ingin di puji 24 jam, tapi sudah cukup jika diri wanita itu di ambil berat. ada komitmen dari pasangan  betol tak? cinta bukan sahaja perlu meseg 24 jam.. bukan dengan hanya bertanyakan sihat. tapi komitmen, tanggungjawab dari pasangan itu yang diperlukan oleh wanita right?



  • Hahh...lagi, cik cinta nak tanya korang pernah bercinta seberapa lama? kalau 3,4 tahun hubungan cinta korang still together, then cik cinta nak tahu ape faktor yang menyebabkan cinta korang itu masih bertahan. ini kerana mengikut sumber, semakin lama kita mengenali hati seseorang itu, semakin banyak perkara yang kita tak tahu tentang dirinya. Semakin lama kita mengenali seseorang itu, semakin itu jugalah kita selalu bertengkar..walaupun perkara kecil..haaa...if korang ada idea, ade pengalaman, jom kita sama-sama menyelongkar apa yang sepatutnya kita buat jika kita dalam situasi seperti mana yang cik cinta terangkan tadi...


#kosong-kosong-kosong  kata najwa latfi#

-XOXO-



terima kasih sudi baca

Friday 26 April 2013

wanita suka lelaki yang macam ini?

Assalamualaikum..





Ketampanan atau kehenseman seorang lelaki itu bukan lah semata-mata yang dicari oleh wanita. Banyak lagi perkara-perkara lain selain tampan yang perlu ada pada seseorang lelaki untuk menarik hati wanita. Antaranya,

1) Kebersihan diri perlulah di jaga
Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yang tampan tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan seperti contoh baju kotor, seluar kotor, rambut tak pernah syampu, selekeh, busuk dan lain lain lagi, walau anda setampan Brad Pitt sekalipun anda tidak akan dipandang oleh wanita.

2) Mempunyai gaya tersendiri
Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Tom Cruise mahupun Anuar Zain untuk bergaya. Percaya dengan gaya anda. Pasti akan ada yang suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai dan janggut tu bawa-bawa la trim yer. Jangan sampai ada kutu pulak dalam janggut.;)

3) Ada sikap lucu dalam diri
Lelaki yang lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension. ^--------^

4) Bersikap prihatin
Disamping lawak, anda perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut. 

5) Selalu senyum
Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita yang memandang. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Senyum itu sedekah kan. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari yang hensem tapi muka nak masam jer 24jam. 

6) Bersikap ‘cool’
Lelaki yang cool ataupun tenang ini juga antara salah satu sifat yang disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi anda yang teruk menggelabah. Lelaki yang cool adalah lelaki yang dapat menghadapi segala masalah dengan tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.


sekadar perkongsian

_X0X0_



terima kasih sudi baca

Kenali 5 sikap wanita melalui Bantal


Assalamualaikum..

model tak berbayar hehe

Wanita merupakan insan yang dicipta oleh Allah sebagai teman kepada seorang lelaki. Hadirnya sebagai penyeri, dan lambang kepada kehidupan yang harmoni. Wanita terkenal dengan sikap mereka yang penyayang, sensitif dan lembut tetapi kadang-kadang “unpredictable” juga. Tahukah sikap seseorang wanita itu dapat diketahui hanya dengan melihat aksi mereka dengan bantal mereka. Jom kita baca 5 sikap wanita dengan bantal.

1) Memeluk Bantal
-Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja .
-Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
-Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
-Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
-Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
-Mereka biasanya kurang kenyakinan.
-Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
-Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
-Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
-Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
-Mereka mempunyai sifat kurang baik.
-Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
-Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
-Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
-Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
-Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
-Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

sekadar perkongsian bersama

credit t0...........> penpatah

terima kasih sudi baca

Thursday 25 April 2013

15 kebaikan sujud dalam solat

Assalamualaikum..








Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Berikut merupakan 15 kebaikan sujud dalam solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.


1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.


2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.


3. Melegakan sakit hernia.


4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.


5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.


6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.


7. Meringankan bahagian pelvis.


8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.


9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.


10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.


11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.


12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).


13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.


14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.


15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akanmenambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.


credit to----------> penpatah

terima kasih sudi baca

INFO UNTUK SEMUA


terima kasih sudi baca

Tidur tanpa bantal..awek muda betol ker?

Assalamualaikum:)




Tahukah korang tidur tanpa mengunakan bantal sebenarnya sangat baik untuk kesihatan? Pakar kesihatan sangat menggalakkan ibu bapa serta bayi untuk tidak menggunakan bantal ketika sedang tidur. Berikut beberapa kebaikan tidur tanpa menggunakan bantal:

1. Mencegah sakit leher

Tidur dengan menggunakan bantal adalah faktor utama terjadinya sakit bahu dan leher. Meskipun masih disarankan untuk pemanasan (stretching) dan menggunakan pemanas, cara terbaik untuk menghilangkan rasa sakit ini adalah dengan tidur tanpa bantal. Namun, tidur tanpa bantal dapat menyebabkan masalah untuk orang yang sudah terbiasa menggunakannya. Untuk mereka yang belum terbiasa tidur tanpa menggunakan bantal, dianjurkan secara berperingkat mengurangkan ketebalan bantal.

2. Mencegah kerutan di wajah dan awet muda

Orang yang tidur tanpa bantal di kepalanya mempunyai peluang yang rendah untuk mengalami kerutan di wajahnya. Hal ini disebabkan mereka yang tidak menggunakan bantal tidak menekan wajah mereka di atas bantal yang dapat menyebabkan kerutan pada wajah. Jadi, sekiranya anda

 menginginkan awet muda, tidurlah tanpa menggunakan bantal.

3. Baik untuk tulang belakang

Tidur tanpa bantal dianggap sebagai cara yang paling sihat kerana memberikan manfaat kepada tulang belakang. Tidur tanpa bantal memungkinkan tulang punggung untuk sepenuhnya berada pada curve semulajadi tubuh. Ketika kita tidur dengan bantal tebal, lokasi tulang punggung akan berubah dan kita mungkin mengalami sakit punggung keesokan harinya. Jadi, tidur tanpa bantal adalah penawar terbaik untuk sakit punggung.

4. Kualiti tidur

Tidur tanpa bantal akan membantu anda mendapatkan kualiti tidur yang baik kerana posisi tubuh anda berada pada tahap semulajadi dan normal. Bayi yang baru lahir belum terbiasa menggunakan bantal. Biasanya penjaganya yang memperkenalkan dan membiasakannya menggunakan bantal kecil seukuran kepala bayi, namun, bayi aktif bergerak dan malah merasa tidak selesa menggunakan bantal. Bayi memiliki kualiti tidur lebih baik tanpa bantal (pada saat posisi flat/datar), kerana memang posisi tubuhnya berada pada tahap semulajadi/normal tanpa di letakkan sesuatu pada kepala/lehernya. Jadi, apabila anda ingin tidur lebih berkualiti dan menormalkan bentuk/posisi tubuh anda, mula biasakan tidur tanpa bantal.

p/s Malam ni tidur sambil bergaduh dengan bantal..^--------^
credit to---------> pen patah.com

terima kasih sudi baca

TUTORIAL BLOG

tutorial:










terima kasih sudi baca

Perbezaan cinta jarak 10000km VS 1km

Assalamualaikum

cinta jarak jauh adakalanya memerlukan kesabaran, kesetiaan dan ketabahan. Jika tiada kesabaran dalam diri pasti musnah hubungan. kesabaran itu adalah tunjang segala Istana yang kita bina. jika tunjang itu rapuh, maka tidak mustahil sebesar istana mana pun yang kita duduki pasti akan roboh. brom.! menghadap bumi..;)

Kadang kala cinta jarak jauh memerlukan kesetiaan yang lebih daripada bercinta jarak dekat. kenapa? sebab si gadis dan si jejaka berada jauh dari pasangan. Jika tiada kesetiaan dalam sebuah perhungan itu, apa akan jadi korang fikir lah sendiri.. si laki macam ni, si gadis pulak macam ni..last-last tak tahu ke mana la hubungan tu.. oleh hal yang demikian, bercinta jarak jauh memerlukan banyak sangat komitmen berbanding jarak dekat. Kenapa demikian? jom layan perbezaanya..^-------^

Beza cinta jarak dekat dan jarak jauh..


  • jarak dekat :  boleh jumpa hari-hari
  • boleh lunch tiap-tiap hari
  • boleh bertukar senyuman hari-hari
  • tak meseg pun tak per sebab dah dekat kan
  • ada masalah terus boleh bawa berbincang
  • tak perlu susah-susah jari nak call tiap masa

Jarak jauh..
  • jumpa sebulan sekali tu pun lau sempat
  • meseg tiap-tiap masa boleh habiskan duit mak bapak, duit ptptn ^--------^
  • call hari-hari sampai naik fedup si gadis tak pun si laki
  • kadang-kadang ape yang nak di sampaikan tidak sama apa yang difikirkan.. yelaa..jauh kan:)
  • benda yang small matter, boleh jadi BIG matter.. 
  • ada masalah susah nak berbincang..lain yang nak cakap lain yang jadinya betol tak tipu..^------^
  • berada dalam was-was ..betol tak?
  • otak kadang-kadang terfikir.." betol ke dia sayang aku, betol ke dia rindu aku? betol ke dia tak duakan aku?" 
  • kadang-kadang berfikiran negatif terhadap pasangan..yelaaa..jauh kan...patut ke tak patut? sungguh tak patut..!

itu secara umum perbezaan antara cinta jarak jauh dan juga jarak dekat.tapi sebenarnya, ia terpulang pada pasangan masing-masing untuk mempercayai cinta mereka. Jika cinta mereka kuat, datanglah ribut badai sekalipun.. Cinta mereka tetap teguh. seteguh cinta cik cinta pada cik chubby...hahaha...

Apa-apa pun korang, seperti yang cik cinta jelaskan tadi yang sebenarnya cinta jarak jauh ni sangat-sangat memerlukan kesabaran, kesetiaan tu dah wajib kan...kalau tak ada semua tu, musnah la istana kita. Betol...tak tipu...cik cinta cakap atas dasar pengalaman jer..tak de kaitan yang masih hidup atau yang sudah past away...hohoh...

jom kongsi pengalaman cinta korang bersama cik cinta...^------------^

-XOXO-

terima kasih sudi baca

Lelaki wajib tahu




Fakta-Fakta Tentang wanita..LELAKI WAJIB TAHU!


1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. sob3...


2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).


4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.


5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! yeah...seperti COKLAT PANAS..!


6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.


7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.


8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.


9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.



Selamat mengenali hati wanita wahai sang lelaki...^--------------^

terima kasih sudi baca

seorang bernama LELAKI

Wahai kamu wanita, ketahuilah bahawa SEORANG LELAKI itu :




1.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). 
2.Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama. 
3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. 
4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. 
5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita. 
6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita. 
7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama! 
8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. 
9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. 
10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

credit to----------> pen patah.com

terima kasih sudi baca

Wednesday 24 April 2013

MATA lambang perwatakan, adakah?

Assalamualaikum

Mata mengunkap pelbagai makna dan firasat tersirat terutamanya bagi kaum wanita malah saiz dan alis mata juga lazimnya dikatakan memainkan peranan dalam menentukan personaliti individu.. betol atau tidak kita boleh nilai melalui sifat kita sendiri :)

Mata saiz kecil :  mereka yang mempunyai mata bersaiz kecil dikatakan peramah, banyak cakap, bersikap periang, tapi apabila marah, merajuknya jauh lebih lama. 

Mata saiz sederhana;  mereka yang mempunyai saiz mata yang sederhana pula dikatakan tidak banyak berahsia, ada pertimbangan serta bertangunggjawab.. haaa cepat-cepat ambil cermin p tilik mata korang tu besar ke kecik, ke sederhana ke besar gedabak? hahaha

Mata berbentuk lebar;  dikatakan individu yang kuat berahsia, pemarah dan suka bertindak tanpa berfikr panjang. Haaa........mata lebar ni macam mana ye?? agaknya sampai ke telinga kot lebar mata individu tu.keh3..

Mata sering berkedip:  mereka yang mempunyai mata yang sering berkedip maybe setiap 1 saat berkedip tu boleh di kategorikan sebagai seorang yang pemaaf, senang di bawa berbincang, memahami dan sabar. hahaha....untung lah kan...^-----------^

Mata jarang berkedip : haa...ni bagi pemilik mata yang jarang berkedip, maybe 1jam sekali kot.haha..eh tidok lah sampai tahap tu.:). mereka yang mempunyai mata yang jarang berkelip ni adalah seorang yang bijaksana, baik pekerti, setia, adil, bertanggungjawab dan yang paling penting tidak cerewet ( salah satu sifat yang disukai oleh kaum adam:) 

Mata besar yang bersembur :  si gadis yang mempunyai mata yang unik seperti mata besar yang agak bersembur ini adalah mereka yang baik hati, tabah dalam menghadapi dugaan,menyenangkan dan lebih mengkut kata :)


hahaha...ni asli ke tiruan? takut menengoknyer.heheh


Mata yang redup (kuyu): di katakan golongan yang mempunyai mata jenis ini adalah tidak dapat mengawal emosi, hati yang tidak tetap, mempunyai banyak kenalan, tetapi kurang sahabat serta pemarah..fulamammmmkkkk....! bahaye la mata jenis ni...tapi ingat! tak semua betol tau...? tepuk dada tanya selera.:)

sudah baca kesemuanya?? yeahh....yang mana pemilik mata korang..ada tak dalam senarai tu?? hehe... sekadar perkongsian...tunggu ketibaan Alis mata pula yer..hehehe... 

_X0X0_


terima kasih sudi baca

Fakta: Membantu wajah kelihatan muda


Assalamualaikum ^-------^

Fakta:  Membantu wajah kelihatan muda

·       Berhenti merokok ( maybe kita semua tak de yang merokok kan?hehe)  Ini perkara pertama yang boleh dilakukan untuk membantu  mengurangkan kedutan. Merokok menyebabkan saluran darah tersumbat yang akhirnya memakan lapisan luar kulit sekali gus menjadikan kulit kering, tipis dan mempercepatkan kedutan. Secara umumnya, pakar berkata, kulit perokok kelihatan 10 tahun lebih tua berbanding mereka yang tidak merokok. Jika kita semua tidak boleh menanganinya secara sendirian, dapatkan pakar untuk berhenti merokok.. 

·       Cukup tidur. Tidur kurang daripada lapan jam setiap malam hanya akan membuatkan rasa letih pada wajah..tapi yang tidur yang terlebih macam cik cinta ni, ape ke hey nye??^-----^. Selain itu ia boleh meningkatkan tahap harmon ghrelin yang akan merangsang rasa lapar dan menyekat harmon leptin menyebabkan rasa puas selepas makan.

Satu kajian mendapati tidur awal terutama pada waktu malam akan mengurangkan tabiat terlebih makan atau lebih cenderung menjadi gemuk.ops!! tak mau tau mau tak mau..hahah

·       Ubah rutin penjagaan kulit korang. Kulit tidak akan menjadi segar secara sendiri terutama apabila usia semakin meningkat yang membawa kepada keadaan teruk strukturnya menjadi keras dan kusam. Bagaimanapun, terdapat cara yang boleh membantu mendorong pengeluaran kolegen baru dengan membina penghalang kepada sel kulit baru.
Jangan lupa untuk mengenakan krim atau pelembab yang mengandungi pelindung sinaran ultraungu (UV) setiap hari sebelum keluar rumah.

marilah kita semua menjaga kulit kita agar kelihatan muda walaupun umur dah meningkat..keh3.. 


nak kulit macam ni je sokmo..:)


_X0X0_



terima kasih sudi baca

Tuesday 23 April 2013

Merepek je kerja

Assalamualaikum

Salam cinta.. selamat malam..sudah beberapa hari ni cik cinta kehabisan idea untuk menaip,biasalah bila kekeringan idea otak mula memproses untuk menaip untuk sekian kalinya..hehe..  hari ni dan masuk 23/4 cepatnya masa berlalu begitu juga lah dengan ketibaan bulan Mei.

Seperti yang sedia maklum,5/5 merupakan hari mengundi bagi seluruh rakyat Malaysia. haaa...korang yang layak mengundi tu silalah tunaikan tanggungjawan sebagai anak Malaysia. Cik cinta dah tempah tiket balik kampung, alhamdulillah seminggu dapat pelepasan cuti dari pihak Universiti.. Teruja sangat tengok bendera hujau, biru dok berkibaran di sana sini yang menambahkan lagi semangat bagi orang yang kuat berpolitik. ^-----------^

Sesungguhnya undi itu rahsia dan tidak ada sesiapa yang boleh memaksa kita semua. kita berhak memilih yang mana selayaknya untuk kita pilih. Banci sana sini bagi parti-parti yang berkenaan. Namun, sebenarnya undi kita adalah tiada seorang pun yang tahu melainkan DIA.

Selamat mengundi!


_X0X0_

terima kasih sudi baca

Saturday 20 April 2013

Tak lama 5minit je pun:(





Orang kata aku lahir dari perut mak!
(Bukan org kata, memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku. Mak ..
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak ..
Bila keseorangan , yang sentiasa di sampingku , Mak ..
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak ..
Bila bangun tidur, aku cari , Mak ..
Bila nangis , orang pertama yang datang , Mak ..
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak ..
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak ..
Bila sedih , yang boleh memujukku hanya , Mak ..
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak ..
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak ..
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak ..
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak ..
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak ..
Aku selalu teringatkan , Mak ..
Bila sedih , aku mesti telefon , Mak ..
Bila seronok , orang pertama aku nak beritahu , Mak ..
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak ..
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , orang paling risau adalah , Mak ..
Bila nak exam , orang paling sibuk juga , Mak ..
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak ..
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak ..
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak ..
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak ..
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak ..
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak ..
Yang selalu berleter kat aku , Mak ..
Yang selalu puji aku , Mak ..
Yang selalu nasihat aku , Mak ..

Bila nak kahwin , orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak ..

Aku ada pasangan hidup sendiri ..

Bila seronok , aku cari , Pasanganku ..
Bila sedih , aku cari , Mak ..
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku ..
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak ..
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku ..
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku ..
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku ..
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak ..
Bila sambut hari jadi pasanganku, aku bagi hadiah pada pasanganku !
Bila sambut hari jadi ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Jadi Ibu ” !
Selalu , aku ingat pasanganku !
Selalu , mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefon pasanganku !
Entah bila , aku nak telefon mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bolehkah kau kirim wang untuk mak?"

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah .. "

Berderai air mata jika kita mendengarnya ..

Tapi kalau mak sudah tiada ..

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang mengimamkan solat JENAZAH ibunya !

terima kasih sudi baca

Sabar je lah ♥♥

Assalamualaikum ♥

Salam cinta buat korang semua dan selamat hari sabtu. Bagi korang yang ada plan nak pergi mana-mana tu. Boleh la prepare awal-awal...Kalau pergi dengan bus lagi la kene persiapkan diri daripada awal..Nak-nak yang terkapai-kapai nak make up tu..hehehe..

Sebenarnya, cik cinta nak berkongsi satu pengalaman yang boleh dikatakan keterbiasaan juga lah kalau menunggu bus. Tak kisah la balik kampung ker mana-mana ker..pengalaman menunggu bus memang paling teruk la.. Memang benci sungguh.

Nak tahu kenape??? sebab berjam-jam lamanye tunggu bus, memang tayar bus pun tak nampak...sob3..Betol kan kata orang-orang tua dulu, menunggu ssesuatu ni kene sabar yang lebih kalau tak memang balik balik terus tidur la sebab tak leh nak sabar tunggu bus.. Bukan tunggu bus jer memerlukan kesabaran ni, menunggu seseorang pun boleh menguji tahap kesabaran kita. betol kan?

Tunggu- tunggu dan tunggu sampai kepala pun dah pening yelaa....kang pusing kanan-kang pusing kiri.. hehe....bila dok kat bus stop tu, memang dalam kepala otak ni dok fikir laa..." apesal lame sangt ni" "aduhh,,,,,,gerammmmnyerrrr!'' Pastu mata mula berperanan.. jam pulak berpoperasi...2minit tengok 2 minit tengok...yelaaa....memang menguji kesabaran kan??

Apa-apa pun kita semua perlu sabar-sabar dan sabar... hehe.. Okey la korang semoga tahap kesabaran korang tinggi tak macam cik cinta.hahaha..






-x0x0_

terima kasih sudi baca

SEGMEN TEMPLATE PALING CANTIK, KEMAS DAN RINGAN

Assalamualaikum cinta..

Haippp...! selamat malam everyone...malam ni terasa nak join segmen by Mohd Zuhri.. blog cik cinta tak delah cun melecun macam korang semua.. kemas tu lagi la tak..hehe.maybe ringan tu ade la kot..hahah .bila keboringan yang melanda cik cinta join segmen ni...menang ke tak lain kira..hehe..sape-sape nak join klik burner kat bawah ni ye:)


join: klik sini----------->MOHD ZUHRI




terima kasih sudi baca

Wednesday 17 April 2013

Pening lalat ^--------^

Assalamualaikum

Malam masih muda..ketika ini cik cinta sangat-sangat memerlukan bantuan korang. kepada mereka yang sudi tu tolong la cik cinta..

Sekarang cik cinta dah xtahu nak edit html macam mana, bila tekan keluar macam gambar kat bawah ni.. so kalau tutor tu kene tick expand wigdet nak godek celah mana?  memang slow sangat bab-bab ni...

Sape-sape yang tahu, boleh la tolong selesaikan masalah negara ni.. ^-----------^




#mood: kureng






terima kasih sudi baca

Segmen top up 24 jam by Emas putih

Assalamualaikum..

Salam cinta semua.. malam ni terdetik lagi di hati untuk join segmen top up 24jam by emas putih
syarat semudah ABC korang... mana tahu ada rezeki...jom ramai-ramai kita join..

Hadiah:  RM5 X 10 TOP UP..

-X0X0-



terima kasih sudi baca

terkejut ..!

Assalamualaikum cinta..

Dengan mata berpinar-pinar cik cinta menggerakkan tangan untuk log in blog, then tetiba mata tertumpu dekat chat blox yang mengatakan cik cinta menang segmen..alaa......jadi bloglist jer pun tidak ada apa-apa yang menarik pun..hehe..tapi kita sebagai manusia yang lemah perlu bersyukur la..tak kisah penghargaan itu besar atau kecil..haha.. im very heppy.:)

Thankz ika sebab memilih blog cik cinta ni walaupun ia tidak lah seberapa cun seperti blog anda-anda anda semua...hehe namun harus diingat bukan mudah nak tersenarai di bloglist blog orang lain..


-XOXO-






terima kasih sudi baca

Tuesday 16 April 2013

Bukit Kluang, Besut Terengganu

Assalamualaikum... hai semua..

Jom jalan-jalan ke BUKIT KLUANG, BESUT TERENGGANU..:)

cantik kan?










_x0x0-


terima kasih sudi baca

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...