::::✿chinta_shafiqah✿::::

Sunday 26 May 2013

Tak Sabar rasanya :)

Assalamualaikum

bahagia macam pasangan ni ^----^

Selamat petang dan salam istirehat untuk anda sekalian..sekarang musim holiday and musim ramai orang kahwen..best nye kan bagi sesiapa yang baru sahaja memasuki alam rumah tangga, cik cinta doakan semoga hubungan kalian diberkati ALLAH selalu dan semoga mendapat zuriat yang soleh dan solehah..^___^ amin mudah-mudahan..

Actually, cik cinta frust sangat sebab tak boleh balik kampung disebabkan ada presention yang masih belum selesai. kalau ikutkan hati nak je balik kampung sebab sepupu cik cinta kahwen, dua orang pulak tu, perut nih dah lama tak makan nasi minyak. Dok kat uum ni just makan nasi yang sama je.. so sad dear! alangkah baiknya kan kalau class semua dah habis..boleh cik cinta jadi pengapit kepada sepupu-sepupu cik cinta tu, tak dapat nak meraikan bersama event kali ni. Paling sedih lagi anak-anak buah cik cinta dah ada kat kampung dan paling terharu bila dierang tanya " bila cik qah nak balik kampung?" memang rasa nak balik malam tu jugak..tapi apakan daya kan, sebagai seorang student, nak tak nak terpaksa lah jugak ikut apa sahaja kemahuan lacture.ye... itu lebih berkat kan?

Semalam cik cinta dah pergi beli ticket untuk balik kampung, tapi apa yang menariknya semua ticket habis dijual..fulamakkk!! ramai dah balik kampung dierang-dierang nih, semua kaunter yang cik cinta tanya and mereka cakap" semua penuh dik" walaupun masa tu tengah frust giler, tapi kaki ni terus melangkah untuk ke kaunter seterusnya dan akhirnya! berjaya mendapatkan ticket untuk cik cinta balik ke kampung halaman..fuyooo...tak sabarnya...^___+

Okey lah korang tak perlu berleter panjang-panjang takut korang jemu nanti..hohoho..yang penting cik cinta doakan untuk korang yang nak memasuki alam rumah tangga tu, semoga korang kekal ke akhir hayat dan berjumpa semula kat syurga nanti..AMin...(sambil raup kat muka)

-XOXO-


terima kasih sudi baca

Saturday 25 May 2013

5 Perkara yang perlu dielakkan jika bergaduh♥♥

Assalamualaikum♥

Salam cinta buat korang semua, sambil menaip sambil layan lagu hindustan ^---^ jarang-jarang sekali layan lagu bolywood best jugak kan? semangat yang low pun boleh up bila dengar lagu ni..haha...cik cinta suka sangat layan bolywood, korang pulak? elehh...korang mesti suka korea kan?♥

Topik malam ni bukan untuk berkongsi pasal lagu bollywod ke jiwang ke ape, tapi nak berkongsi tips jika kita bergaduh dengan pakwa kita. ye cik cinta akui, jika gaduh dengan someone kat dalam dada tu, tak payah nak cakap lah, naik turun-nain turun jer mcam dah nak habis nyawa pulak..betol tak? hihih..alaa...itu normal la, tapi bagi cik cinta jika gaduh dengan someone, cik cinta menangis puas-puas sebab bila cik cinta menangis, tekanan tu boleh dikurangkan sedikit..betol..try la cuba.:)

Okey, disini cik cinta kongsikan beberapa tips bila korang bergaduh dengan pasangan korang. salah satunya adalah jangan bersyarah . Kenapa cik cinta cakap macam ni? yelah...ingat laki ni suka ke orang perempuan berleter? oh!! jangan sesekali okey.. ^____^ jangan bagi golongan depa-depa ni copkan wanita sebagai kuat berleter... tak suka-tak suka-tak suka ^___^

kedua, Jangan sesekali ada niat nak balas dendam.  biasanya seseorang yang mempunyai perasaan ni bila dia benar-benar sakit hati..betol tak? ade tak korang pernah rasa macam ni? kalau ada, buang jauh-jauh ye perasaan tu.. sebab tak molek la kan berdendam-dendam dengan orang.. ape yang patut korang buat adalah bersabar dan terus berdoa mintak pertolongan daripada ALLAH S.W.T..haaa..itu ubat yang paling mujarab .

ketiga, Haa,,,yang ni memang semua orang tak boleh nak sabar, begitu juga dengan cik cinta.. bab tinggikan suara bila bergaduh. Haa..sepatutnya kita tak boleh tinggi suara. Yelaa..bila kemarahan mengusai diri, syaitan mula bermaharajalela, benda yang simple pun boleh jadi bende yang big! haha...speking pulak haku..opss! terlebih..^----^.. okeylah sepatutnya bila korang gaduh dengan pasangan, nak marah macam mana sekali pun, geram tahap gaban sekalipun, kalau boleh jangan tinggikan suara taw..suara kita kan merdu..jaga untuk kebaikan k? ^------^^

keempat, mendengar dengan teliti. apa yang disampaikan disini adalah jika pasangan korang tu tengah memberi nasihat ke ape jelah semasa korang gaduh, korang wajib mendengar dengan teliti. jangan-jangan-jangan menyampuk sebelum pasangan korang belum habis berbicara lagi.. .melalui pengalaman cik cinta, orang lelaki ni, memang pantang kalau mereka sedang bercakap kita menyampuk! seharusnya, bila pasangan korang tengah dok berhujah tu, kita dengar jer..apa yang baik untuk diri kita, kita boleh ambil dan jadi iktibar, jika tak bersesuaian dengan diri kita, alamak masuk telinga kiri keluar telinga kanan la jawapanya! sorry guys♥

Haa...penat dah menaip, cik cinta tahu korang pun dah menyampah agaknya baca entri yang panjang berjelor-jelor nih, ye tak? eleh nak tipu la tu ^-^.okey ni last tau, rilexs dulu kejap..tarikkkk, hembusssss...tarikkk..hembuss...okey jom, yang last nih adalah Jangan serang hendap pasangan korang tu bila gaduh, tak baik main serang-serang ni, maut menunggu tau..sebolehnya korang cuba dulu selidiki masalah yang korang hadapi. memang cik cinta akui, perempuan ni, bila ada yang tak kena, terus serang..serang yang tidak ada peluru pulak tu..hoho...so kesimpulanya, sebelum nak menyerang perlu ada peluru dulu tau..bab ni, korang faham-faham sendiri yer..♥



♥♥ bersama DR cinta POyo :)♥♥


-X0X0-

terima kasih sudi baca

Friday 24 May 2013

Masih kah kau ingat?

Assalamualaikum♥♥


Hellooo....selamat malam anak-anak...tak tahu la kenapa tangan cik cinta tergerak je nak menaip entri malam ni..biasa lah bila dah keboringan yang melanda, didada blog lah cik cinta luahkan..untungkan jadi blog, walaupun tak bernyawa seperti manusia lain, tapi manusia-manusia macam kita ni sering mengejarnya tanapa putus asa dan terima kasih jugak kat pak cik GOOGLE kerana dengan bantuan nya dapatlah cik cinta mengupdate blog dari masa ke semasa...wahhh...berleter panjang nampaknya malam ni..apo kenoi ei jang versi dato AC MIZAL..haha

Acttually, tonite cik cinta nak berkongsi sesuatu yang sememangnya kita semua pernah bermain suatu masa dalu...cuba teka ape ke benda nya tu cik cinta oii?? tu yang dalam gambar kat atas tu, tak kan korang tak pernah main kot? tipu lah..hehe...

Kalau dulu, mainan ni memang selalu kita main, habis kotak-kotak tisue kita kerjakan untuk buat tempat tidur la dan macam-macam lagi lah..nak tu pulak, petang-petang main dengan kawan-kawan..tapi paling best main ramai-ramai..betol tak? sweeet sangat kan time kita muda-muda dulu..^-------^

Tapi, budak zaman IT sekarang mana ada main permainan macam ni, tak kisah lah girl-girl ke boy-boy ker..apa yang ada sekarang adalah laptop, tablet, semua canggih belaka lah! kalau kita dulu main congkak, batu seremban, main masak-masak, main mak-mak, bagi yang laki pulak main kereta la, bagi yang dok kat kampung pulak, main gali-gali ikan..hhehe...semua itu adalah kenangan yang paling indah dalam hidup kita...betol tak?

Apa pengalaman korang semasa kecil? jom kita kongsi bersama..sekadar suka-suka..^-----^

-X0X0-

terima kasih sudi baca

SEGEMEN FOLLOW DAN MENANG

Assalamualaikum

Jom join segmen u alsss...^--^  hadiah pun menarik..tak salah kan mencuba something yang baru,,kot-kot menang..haaa...boleh tambah koleksi hadiah u alsss tu...dan yang paling penting boleh follow menFOllow bloger lain..haaa..menarik bukan? so tunggu apa lagi? cepat-cepat!! klik burner tu sekarang dan ikut seperti yang disarankan oleh tuan pengarah...^------^


SEGEMEN FOLLOW DAN MENANG

nak join?? jom klik burner comey nih.----->>budak cantik



cantik dan macho cik cinta adalah 533 ^---^

-XOXO-




terima kasih sudi baca

FLX :)

Assalamualaikum

hellloooo.....! petang yang mulia ini, cik cinta ingin berkongsi part yang terakhir untuk saga FLX yang terbaru dan baru beberapa hari tukar sport rim..yahuuu.......oren gitu!  entri yang lepas sport rim warna kuning kan...but now, dah bertular! tengok sekali macam kereta china kan? tapi bile keluar je kerete tu, alamak!! melayu laaa...hehe

Actually, cik cinta pun tak berminat sangat nak design kereta bagai apa entah..ni kereta en CHUBY cik cinta, kereta cik cinta biase-biase aja..huhuhu....

Jom kita layan...........

dari sisi...biase-biase je kan?
tak leh lawan dengan honda CITY yang terbaru tu..perhhggg! 


 tayar pulak macam terkeluar cikit...



dari arah depan....ade nampak macam SAGA FLX tak?

 ^------------^
+


^===^^

-XOXO-


terima kasih sudi baca

Segmen blogwalking sambil "like"

Assalamualaikum

Lama rasanya tak join segmen, so bila keboringan melanda apa kata kita same-same join segmen nih..simple saje..

JOM join!  SEGMEN BLOGWALKING SAMBIL "LIKE"


nak join? klik sini....> sweet

_X0X0_



terima kasih sudi baca

Tuesday 21 May 2013

Posisi Jerawat

Assalamualaikum



seseorang yang mengalami jerawat akan hilang keyakinan diri.
so kuatkan hati tabahkan diri dalam melalui hari-harimu..
katakan tidak pada jerawat!


Tak tahu kenapa malam ni tersangatlah boring sehinggakan dua entri yang berjaya di keluarkan untuk cik cinta buat korang sekalian, walaupun entry biasa-biasa aja, namun ia sudah mengambarkan bahawa cik cinta suka menaip..hohoho..okey abaikan.. malam ni apa kata kita berkongsi pasal jerawat..ewwwww! jerawat u..walaupun sebijik bersandar kat muka, hati bagai nak rak risau..betol tak? bagi sesiapa yang tak pernah mengalami masalah jerawat ni, syukur lah,tapi bagi sesetengah yang bertimbun-timbun jerawat kat muka macam mana? dah la posisi jerawat tu tak tentu.. kat dahi la, hidung pun jerawat suka tau...?, dagu,mulut pun ada sampai nak makan pun susah u allsss...i alsss dah terkena..mogok X makan la sehari dua..hehe..

Tapi, jangan risau dimana ada kemahuan, disitu ada jalan, setiap masalah yang kita hadapi pasti ada jalan untuk kita selesaikanya. Tapi topics utama malam ni, bukan nak bagi tau tips untuk mencegah jerawat, tapi nak berkongsi posisi yang kebiasaanya ENCIK JERAWAT suka sangat  bertapa kat muka kita dan kenapa ianya timbul kat area tu..

Jom kita selidik..^------^

Jerawat kat DAHI

haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran. heyy....betol ker? renung-renung yea..

Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. selain itu, pastkan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak. :)

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat kat batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya dihujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitka dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.:)

Jerawat kat DAGU

kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggan telah terjejas atau sistem endokrin (rembasan dalaman) lemah. Untuk kaum kita-kita ni la yang  mudah mendapat jerawat kat sekitar dagu yang salah satunya mungkin disebabkan oleh kitaran haid yang tidak teratur dan juga sistem peranakan yang bermasalah. haaa...orang perempuan banyak sangat masalah kan? itu kalau tidak di jaga, tapi jika di jaga dengan betol, no problem punyer lah...^--^"

Jerawat kat PIPI


haaa...ni yang paling cik cinta gerun, kat area pipi ni lah yang susah nak hilang..nak tu pulak kalau tinggal parut berkurun baru boleh hilang tu pun dengan pelbagai cara. kalau tak still cantik gitu lahh.hehe. jerawat di posisi ini mungkin fungsi hati yang kurang lancar dan juga masalah rembesan, menyahtoksin dan juga penghasilan darah. 
X0X0


terima kasih sudi baca

JKM VS AADK

Assalamualaikum



haipp semua...chill..! buat ape tu...dah makan? dah solat? dah semua? bagus-bagus itu adalah hamba yang soleh dan juga solehah, buat ape yang patut.ye tak? ^---^
petang ni cik cinta baru je balik dari kusus practikle yang telah di anjurkan oleh lacture cik cinta. yelaa...dah tak sampai beberapa bulan jer lagi hari untuk cik cinta bekerjaya walaupun sebagai student practicle..kan practicle itu basic untuk kita ceburi dalam dunia kerjaya..amboiiii falsafah pulak kak ton ni..:)

Tapi, permasalahanya disini, cik cinta dapat tempat yang jauh sangat dari rumah cik cinta, dalam nomination tu, bukan main lagi tulis address organisasi tu dekat je dengan rumah, tapi bila chek? mak oi....! terketar-ketar tangan cik cinta ni, tu belum masuk lagi hati..dup dap-dup dap..eeeeeeeeew!! tak mau.! nak nangis rasanya. puas cik cinta fikir, "kenapalah dia bagi aku dok jauh sangat? macam mana lah aku nanti, & bla-bla bla.."  mata pulak tidak berkedip dok perhatikan screen laptop dan moga-moga itu hanya mainan saja! tapi ternyata itu lah hakikatnya. Korang bayangkan 3jam perjalanan baru sampai ke tempat practickle..adoiii...tuhan saja yang tahu perasaan cik cinta masa tu..bercampur aduk dan kalau di adungkan dengan baik dan boleh buat kek! wexsss..just fun ^-----^

ape yang cik cinta perlu buat ea? pening sangat. Nak tidur pun tak lena, nasib baik mandi basah..hehe..ibarat macam alam percintaan pulak. tapi ape yang cik cinta perlu buat adalah cik cinta perlu isi nomination tu balik untuk pertukaran organisasi..organisasi yang cik cinta minta adalah JKM..okey sesetengah daripada korang mybe tak tahu kot, ape ke benda la JKM tu..:) okey, korang JKM tu singkatan bagi JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT..haa...tahu kan? semua negeri ada.. cuma yang membezakan kecil dan besar sahaja...ops!! tak mahu ingat...tension jwa...sob3!

But, now cik cinta perlu apply AADK, haa? tak tahu jugak..? AADK tu meaning of Agensi Anti Dadah Kebangsaan. wauu....nama pun dadah kan? jangan-jangan fikir bukan-bukan..cik cinta baru sahaja apply, hope dapat lah kat situ..ape yang best nya dekat dengan rumah cik cinta..almaklumla kan bulan puasa of corse nak berbuka dengan family..betol tak? jangan tipu tau..nanti dosa..hehe..

Korang doakan cik cinta agar dapat kelulusan dari pihak AADk tau... :)

X0X0

terima kasih sudi baca

Monday 20 May 2013

Sabar itu Indah ^--^--^

Assalamualaikum..

haii mata tak terpejam pulak malam ni, padahal letih sangat hari ni, bermacam-macam aktiviti ada..esok pun sama..alahai kak bedah...memang penat kan jadi student tapi dalam masa yang sama best sebab boleh wat giler-giler dengan kawan-kawan.. :)

Actually, cik cinta heppy sangat sebab satu class dah habis, horeyyy!! gedixs pulak hati ni...yela kelas yang cik cinta maksudkan tu adalah class warga tua, ape yang kurang menariknya, class tu pukul 8 pagi..haaa...korang jangan ikut cik cinta yang malas ni tau..eh korang mesti suka je kan pergi kelas...?? bagus-bagus!

Hurmm...musim exam dah dekat, alamak!! banyak bende lagi yang perlu study untuk final sem ni..adoiii...kadang-kadang boleh steresss tau fikir kan pasal semua ni..okey, bagi adik-adik yang di luar sana tu, korang belajarlah rajin-rajin yer, yang penting motivasi dalam diri tu...yang lain tak kisah sangat...ahah ingat tu!

Kalau steress ada banyak cara untuk kita tanganinya..anataranya macam figure kat bawah ni..hahaha...poyo lak haku malam ni.... JOM TANGANI STERESSS!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

baca jangan tak baca...
sekadar perkongsian
_X0X0_


terima kasih sudi baca

Saturday 18 May 2013

Heppy 2th Anniversary

Assalamualaikum..

Selamat malam semua..alhamdulillah semakin hari semakin baik nampaknya muud cik cinta ni..and malam ni adalah genap 2 tahun hubungan cik cinta dengan en chubby..alhamdulillah, selama 2 tahun ni, banyak dugaan dan rintangan yang we all hadapi.. :) banyak sangat sampai tak terkira, alhamdulillah, jodoh masih panjang setakat ini.. banyak dah cik cinta boleh belajar dalam erti menilai cinta seorang lelaki..so sweeet..hahaha

walaupun kadang-kadang cik cinta yang buat hal, tapi en chuby sentiasa sayang kat cik cinta walaupun kadang-kadang dia pun naik boring dengan perangai cik cinta yang pelik-pelik..thankz sayang..! i love him so much! hehe..

esok 19/5/2013 genaplah 2 tahun perkenalan kami, semoga hubungan ini sentiasa diberkati oleh ALLAH dan semoga percepatkan jodoh kami..amin..korang pun, jangan lupa taw. doakan cik cinta!



kata-kata untuk buah hati tersayang..
hasil dari hati sendiri..
love u sayang...

-X0X0-


terima kasih sudi baca

Friday 17 May 2013

riview Warga Tua

Assalamualaikum pembuka bicara..

tajuk kat atas tu riview pasal warga tua kan...so hari ni kita just kongsi pasal warga tua sajalah okeyh! haaa...kita semua ni 50 tahun akan datang kita semua pasti akan tua, tu pun kalau panjang umur yetak? insyaALLAH.. actually, beberapa minggu yang lepas cik cinta join program warga tua..bukan suka-suka join tau tapi wajib bagi paper yang cik cinta ambil untuk semester ini.amin...mudah-mudahn dapat A paper ni..korang doakan cik cinta ye.!

Actually, susah jugak nak berkomunikasi dengan warga tua ni, nak cakap dengan dierang ni kene ade skill, lau tak kene caranya nanti jadi lain pulak. haaa.tak nak lah macam tu kan..so apa yang lacture ajar, kita kene practise...haha...tapi actually, cik cinta ambil paper ni bukan sahaja minat, tapi untuk memudahkan dapat pointer tinggi..heheh..

Korang pun mesti pernah jumpa dengan warga tua yang bermasalah betol tak? maksudnya disini, warga tua yang nyanyuk ker, berpenyakit ker and macam-macam lagi lah..korang jangan lah pandang hina pada mereka.. okey cik cinta tahu, awop-awop semua orang yang baik-baik..betol tak? :)

So, sebelum mak bapak kita pergi meninggalkan kita buat selamanya, kita perlu menjaga mereka seperti mana mereka menjaga kita masa kita kecik-kecik dulu. Jangan letak mak bapak kita kat rumah orang tua-tua.itu zalim namanya itu. lain lah kalau mak bapak kita yang nak p duduk sana.

Jadilah anak yang kenang budi untuk ibu bapa kita.! jangan jadi anak durhaka like maling kundang!hehe okey itu aja ! selamat menyayangi ibu bapa kita!


ish malu-malu pulak makcik nih!


proses membina repoo

cik cinta dengan classmate...hensem rambut dia tu!hehe

 mickey mouse...senyum sampai ketelinga dia..haha

with juru make up.. fatin nabilah

alamak! muka haku bersinar..! haha

haaa....itu sahaja lah untuk kali ni...sayangi ibu bapa kita...dadaaaa.. (sambil lambai tangan)

_X0x0_



terima kasih sudi baca

Pening

Assalamualaikum...

Selamat malam semua.hope korang semua baik ye.. mood korang pulak agak-agak okey ke tidak? actually mud cik cinta kureng sikit lah fikirkan pasal blog ni, semalam cik cinta ade buat header baru..nampak vote sangat..bagjet cam cun sangat la haku ni...tapi bila nak masukan kat blog yang transparent jadi background hitam..adoiii..berjam-jam lamanya cik cinta dok repay..still tak jadi..dalam hati dok fikir macam mana aku nak buat ni...tibe-tibe terfikir mungkin disebabkan line kot...last-last cik cinta tertidur...wah-wah-wah

Bangun jer pagi tadi bukak laptop then terus try masukan header..still tak menjadi..tak tahu la kenapa...so sad! so cik cinta buat lah header yang korang tengok tu..xcun lansung kan..tak tahu dah cik cinta nak buat camna... habis idea dah..dengan shoutbox yang kene upgrade ape tah..tak tahu la sampai bile blog ni akan bermaharajalela dihati cik cinta ni..harap-harap after this tak akan ada yang pelik-pelik lagi kat blog ni..ape-ape pun actually cik cinta sayang nak delete blog ni. tapi lau semakin hari semakin tak betol.. tak tahu la ape yang nak di kata...


tengok dah transparent dah kan? tapi bila masuk kat header background belakng jadi warna hitam..pening dah !

ni jer yang mampu cik cinta guna header wat masa sekarang..tak de idea lagi untuk buat header baru! steressss sumpah!

ni yang asal...lau tahu nak jadi gini, cik cinta tak akan tukar sama sekali header..ber jer berkurung gitu..!

#MOOD SEDIH SANGAT!# 




terima kasih sudi baca

Thursday 16 May 2013

riview tudung la sangat

Assalamualaikum

Selamat malam, korang semua ape khabar? sebelum tu cik cinta nak mintak maaf sebab tak leh nk berkunjung kat blog korang sebab shout box cik cinta dah expired ape tah dia cakap...haha..sapa dia tu? cik cinta pun dah pening almaklumlah bukan bloger yang pandai bab edit mengedit nih, so lau korang singgah kat blog cik cinta ni, jangan lupa komen ye bagi memudahkan cik cinta boleh berkunjung kat blog korang tu...teringin sangat nak foloow menfollow macam biase..but nak wat macam mana kan...ssob3..

Sekarang kan ade WECHAT...korang boleh jer nak wechat dengan cik cinta..hahaha..bagjet famous la pulak haku nih..! hihi...

Malam ni tersangatlah boring, bukak facebook pun boring, twiter pun boring, tegged lagi la boring, lagi ape lagi yang tak boring?? last2 update blog yang kian hari kian suram..sob3..tapi xper yang penting cik cinta love sangat kat my diary ni..haha...

Nih dah lari topic sesangat nih, tu la ;au dah jari mula menaip memang akan terkeluar la ape yang tak sepatutnya di bagitau..haha...tak-tak pe perkongsian betol tak??

Cik cinta ada beli tudung ni...tapi lembik semacam jer, warna tu memang cik cinta dah berkenan tapi bila  pakai..mak oiiiii! jadi macam keriput macam apa dah...rugi duit ja...haha...tudung yang cik cinta maksudkan tu macam dalam gambar kat bawah ni...hehe..tu pun dah lepas guna bende ape tah untuk jadikan tudung yang kita pakai tu...haaaa kire korang dah tahu la yer..hahahaa...malas nk fikir...


abaikan mata yang agak tak bermaya tuh...cantik tak kak ton? hahahaha


terima kasih sudi baca

Sunday 12 May 2013

Gadis Bunga

Assalamualaikum

Bersama gadis bunga kampung..
haaa...korang mesti pelixs kang, kenapa cik cinta tergedikxs2 ..
yelaaa pelepas angin orang kelatan cakap..
actually cik cinta suka sangat posing-posing depan kamera walaupun bukan DSLR sob3
nak beli tapi tengah kumpul duit now! i love it!
hambikkkk hang! buang tebiak apo dengan cik cinta, 
perasang comel ka kak ton ni
hahaha...



okey anak-anak, ini BUNGA..Bunga kembang..
^------------^
kehkehkeh



wangi sngat bau bunga yang xreal ni..hahaha...
warna pink tu yng i like tuu...


habuk masuk hidung....cececehhh!



tadaaaa! model samsung yang tidak berbayar....entah kenapa cik cinta suka sangat dengan gaya tak sesuai nga muka cute cik cinta tu..hahaha...terteling tengkuk..
but i love it..
u alssss gaya macam mana bila snap??
jom kongsi jom..
hehehe


terima kasih sudi baca

i love u mum

Assalamualaikum


Salam magrib buat korang semua.. rasanya sudah lama jari ini tidak menaip something kat ruangan ini. yela..bila dah terBUSY sangat ini lah yang jadinya. Nak bukak blog pun tak menyempat lainlah korang, dok je kat mana-mana boleh update status..hehe...not me.:)

Apa-apa pun masih sempat lagi kot cik cinta nak ucapkan selamat hari ibu untuk ibu cik cinta kat kampung. semoga ibu selalu di lindungi dan sentiasa heppy walaupun anak ibu ni jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati ibu kan..?? semoga ibu sentiasa tersenyum dan selalu mendoakan yang terbaik untuk anak-anak ibu.amin.amin.amin..

Cik cinta dah call dah pagi tadi kat ibu cik cinta, korang pulak macam mana? dah ke belum? hehe..apa-apa pun ibu lah yang telah banyak berjasa kepada kita, menjaga kita dari kecil sehingga dewasa...ibulah yang menjaga kita time kita sakit, time kita demam ibu orang pertama yang kita cari betol tak?? sesungguhnya ibu lah segala-galanyan bagi kita. Tiada ibu tida lah kita begitu juga dengan bapa..hehe... mereka pelengkap kehidupan kita. Doa nya sentisa ada untuk kita

Cik cinta sayang ibu!
love u so much cek..

terima kasih sudi baca

Friday 10 May 2013

Manfaat buah pisang



PISANG atau nama saintifiknya Musa Paradisiaca, sememangnya digemari ramai. Sama ada dimakan begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, pisang menjanjikan keenakan tersendiri.

Pisang adalah buah-buahan tropika yang mudah ditemui di Malaysia. Selain itu, harganya agak murah berbanding dengan buah-buahan lain.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pisang yang mudah dibeli di mana-mana kedai runcit, mahupun pasar raya memiliki seribu macam manfaat.

Antara manfaat buah yang berwarna kuning keemasan itu apabila masak adalah ia boleh dijadikan bahan semula jadi untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik.
Ia dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit.

Elemen penyejuk pada buah itu pula mampu menyejukkan kulit yang terdedah pada cahaya terik sepanjang hari, melembutkan kulit wajah yang kasar, memiliki astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan mengandungi potasium, besi, kalsium, proten, fosfor, vitamin A, B, serta C yang baik untuk kesihatan tubuh dan kulit.


terima kasih sudi baca

Wednesday 8 May 2013

Sebenarnya saya sayang awak




sebenarnya saya sayang awk..saya membebel sebab saya syang awk..tak mau awak kecundang. tu je niat saya.. saya nasihatkan awk macam-macam bukan maksud saya dah boring degan awk.saya cuma pesan sebab nasiaht menasihatikan perlu dalam sebuah perhubungan. saya cakap membazir duit tu bukan bererti saya nak kongkong hidup awak, saya cuma nak awk berjimat cermat, kita kan nak kawen.. ♥

awak walaupun awak tak pernah layan saya seperti pasangan lain kat sini, tapi saya tahu kenapa awak buat semua tu..X, saya tak marah awak pun.. :)

saya tahu awak rimas bila saya call, bila saya sms, maafkan saya ye awk..awak tahu kan saya sayang awak.. kalau bukan awak sapa lagi yang saya nak berhubung :)


mungkin bila saya dah tiada baru awak sedar kot betapa pentingnya awak dalam hidup saya selain family saya..
awakk...saya sayang awak ♥.. walaupun awak kadang-kadang terabaikan saya.tap saya tetap sayangkn awak.untungkan awak bila ada seseorang yang sayang dan caring sangat kat awak.
Awak...andainya diri ini dijemput oleh NYA.saya tetap bersyukur sebab DIA telah kurniakan saya seorang lelaki yang membuatkan saya bahagia. :(


&hargailah sementara ia masih ada&

terima kasih sudi baca

Tuesday 7 May 2013

ALhamdulillah..

Assalamualaikum


Alhamdulillah setelah balik bercuti untuk menunaikan tanggungjawab untuk negara, kini sudah tiba masanya cik cinta perlu bertungkus  lumus menyiapkan tugasan..haha..tu laa balik kampung memang tak buat apa-apa ni lah parahnya..

Ape yang bestnya cik cinta nak berkongsi dengan korang adalah sewaktu pergi mengundi pada 5 aribulan aritu, wahhh..meriah giler kot kawasan kampung dengan pelbagai warna bendera.. orang yang di perantauan pulak balik untuk mengundi.eleh bukan itu sebenarnya niat mereka ni... hehe..ape-ape pun pengundi luar yang layak mengundi boleh klerm dari tok penghulu masing-masing. Dari pelbagai pelusuk negeri balik untuk mengundi.. cik cinta pun tidak melepaskan peluang..

Disebabkan cik cinta pengundi luar, cik cinta mendapat RM200 .haha..teruja kot...tapi...duit bukan sebarang duit maa...sebelum Tok penghulu bagi duit tu, cik cinta perlu bersumpah untuk undi.."tetttt' dan baru lah boleh duit.. So, kita pun dah bersumpah then untuk keesokan harinya kita perlu lah undi apa yang telah kita bersumpah tu. :)

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana dun yang cik cinta duduki itu telah meraih kemenangan walaupun KELANTAN still di bawah TOK GURU.selama berpuluh-puluh tahun lamanya TOK GURU memerintah, dan kini rezeki still lagi milik dia untuk menyandang sebagai MENTERI BESAR KELANTAN. Walaupun KELANTAN tidak maju seperti negeri-negeri yang lain, yang pasti cik cinta bersyukur walaupun dalam ahti frust giler.hahah..bila korang dah boleh mengundi nanti, korang akan rasa betapa excitednya menjadi salah seorang rakyat MALAYSIA.

Masa mengundi pulak, lagi la best...semangat giler, cik cinta pergi dengan berbaju kurung lagi.. tak tahu nak luah macam mana, cik cinta 1st rasai event yang sebegini. orang-orang tua yang masih lagi bersemangat duduk berselimpuh di sisi-sisi jalan di tempat pengundian sambil berpayung dengan payung keagungan masing-masing..waahhh...memang bersemangat lah dierang ni. so, sebagai belia yang muda macam kita-kita ni, perlulah ada semangat  macam dierang.. tu ^-------^

Kepada korang yang still tak boleh mengundi tu, tunggulah 5 tahun lagi k.. ape-ape pun berdoa lah kita untuk kesejahteraan rakyat di Malaysia ini. Semoga pemimpin negara kita menjalankan tanggungjawab mereka dengan adil dan saksama.. ceywahhh!

_XOXO_



terima kasih sudi baca

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...