Pisang adalah buah-buahan tropika yang mudah ditemui di Malaysia. Selain itu, harganya agak murah berbanding dengan buah-buahan lain.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pisang yang mudah dibeli di mana-mana kedai runcit, mahupun pasar raya memiliki seribu macam manfaat.
Antara manfaat buah yang berwarna kuning keemasan itu apabila masak adalah ia boleh dijadikan bahan semula jadi untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik.
Ia dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit.
Elemen penyejuk pada buah itu pula mampu menyejukkan kulit yang terdedah pada cahaya terik sepanjang hari, melembutkan kulit wajah yang kasar, memiliki astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan mengandungi potasium, besi, kalsium, proten, fosfor, vitamin A, B, serta C yang baik untuk kesihatan tubuh dan kulit.
No comments:
Post a Comment