::::✿chinta_shafiqah✿::::

Tuesday, 7 May 2013

ALhamdulillah..

Assalamualaikum


Alhamdulillah setelah balik bercuti untuk menunaikan tanggungjawab untuk negara, kini sudah tiba masanya cik cinta perlu bertungkus  lumus menyiapkan tugasan..haha..tu laa balik kampung memang tak buat apa-apa ni lah parahnya..

Ape yang bestnya cik cinta nak berkongsi dengan korang adalah sewaktu pergi mengundi pada 5 aribulan aritu, wahhh..meriah giler kot kawasan kampung dengan pelbagai warna bendera.. orang yang di perantauan pulak balik untuk mengundi.eleh bukan itu sebenarnya niat mereka ni... hehe..ape-ape pun pengundi luar yang layak mengundi boleh klerm dari tok penghulu masing-masing. Dari pelbagai pelusuk negeri balik untuk mengundi.. cik cinta pun tidak melepaskan peluang..

Disebabkan cik cinta pengundi luar, cik cinta mendapat RM200 .haha..teruja kot...tapi...duit bukan sebarang duit maa...sebelum Tok penghulu bagi duit tu, cik cinta perlu bersumpah untuk undi.."tetttt' dan baru lah boleh duit.. So, kita pun dah bersumpah then untuk keesokan harinya kita perlu lah undi apa yang telah kita bersumpah tu. :)

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana dun yang cik cinta duduki itu telah meraih kemenangan walaupun KELANTAN still di bawah TOK GURU.selama berpuluh-puluh tahun lamanya TOK GURU memerintah, dan kini rezeki still lagi milik dia untuk menyandang sebagai MENTERI BESAR KELANTAN. Walaupun KELANTAN tidak maju seperti negeri-negeri yang lain, yang pasti cik cinta bersyukur walaupun dalam ahti frust giler.hahah..bila korang dah boleh mengundi nanti, korang akan rasa betapa excitednya menjadi salah seorang rakyat MALAYSIA.

Masa mengundi pulak, lagi la best...semangat giler, cik cinta pergi dengan berbaju kurung lagi.. tak tahu nak luah macam mana, cik cinta 1st rasai event yang sebegini. orang-orang tua yang masih lagi bersemangat duduk berselimpuh di sisi-sisi jalan di tempat pengundian sambil berpayung dengan payung keagungan masing-masing..waahhh...memang bersemangat lah dierang ni. so, sebagai belia yang muda macam kita-kita ni, perlulah ada semangat  macam dierang.. tu ^-------^

Kepada korang yang still tak boleh mengundi tu, tunggulah 5 tahun lagi k.. ape-ape pun berdoa lah kita untuk kesejahteraan rakyat di Malaysia ini. Semoga pemimpin negara kita menjalankan tanggungjawab mereka dengan adil dan saksama.. ceywahhh!

_XOXO_



terima kasih sudi baca

3 comments:

  1. Wahh untung laaa, pakej tau balik kampung + dpt duit ;)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hehehe..tu la pasal...alhamduliilh

      Delete

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...