::::✿chinta_shafiqah✿::::

Wednesday 24 April 2013

Fakta: Membantu wajah kelihatan muda


Assalamualaikum ^-------^

Fakta:  Membantu wajah kelihatan muda

·       Berhenti merokok ( maybe kita semua tak de yang merokok kan?hehe)  Ini perkara pertama yang boleh dilakukan untuk membantu  mengurangkan kedutan. Merokok menyebabkan saluran darah tersumbat yang akhirnya memakan lapisan luar kulit sekali gus menjadikan kulit kering, tipis dan mempercepatkan kedutan. Secara umumnya, pakar berkata, kulit perokok kelihatan 10 tahun lebih tua berbanding mereka yang tidak merokok. Jika kita semua tidak boleh menanganinya secara sendirian, dapatkan pakar untuk berhenti merokok.. 

·       Cukup tidur. Tidur kurang daripada lapan jam setiap malam hanya akan membuatkan rasa letih pada wajah..tapi yang tidur yang terlebih macam cik cinta ni, ape ke hey nye??^-----^. Selain itu ia boleh meningkatkan tahap harmon ghrelin yang akan merangsang rasa lapar dan menyekat harmon leptin menyebabkan rasa puas selepas makan.

Satu kajian mendapati tidur awal terutama pada waktu malam akan mengurangkan tabiat terlebih makan atau lebih cenderung menjadi gemuk.ops!! tak mau tau mau tak mau..hahah

·       Ubah rutin penjagaan kulit korang. Kulit tidak akan menjadi segar secara sendiri terutama apabila usia semakin meningkat yang membawa kepada keadaan teruk strukturnya menjadi keras dan kusam. Bagaimanapun, terdapat cara yang boleh membantu mendorong pengeluaran kolegen baru dengan membina penghalang kepada sel kulit baru.
Jangan lupa untuk mengenakan krim atau pelembab yang mengandungi pelindung sinaran ultraungu (UV) setiap hari sebelum keluar rumah.

marilah kita semua menjaga kulit kita agar kelihatan muda walaupun umur dah meningkat..keh3.. 


nak kulit macam ni je sokmo..:)


_X0X0_



terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...