::::✿chinta_shafiqah✿::::

Saturday, 16 March 2013

Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Assalamualaikum

Salam sabtu untuk my macho dan tak lupa juga untuk my cantik..hehe..korang semua sudah mandi? ape ke jadahnya cik cinta tanya korang mandi ke belum ni? actually hari yang mulia ini, cik cinta nak berkongsi sedikti info pasal cara mandi wajib dengan betol. Haaa....agaknya setiap kali korang mandi wajib ade tak perasaan was-was? tak pun ade tak terfikir eh aku mandi ni sah ke tak ek?? ade tak2? lau korang still ragu-ragu mandi wajib tu adalah tidak sah bukan? sama la dengan cik cinta, so apa kata kita teruskan dengan bagaimana nak dapatkan mandi wajib yang betol seperti di sarankan dalam islam..

Actually, mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan ramai umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

1. Niat.
2. Menghilangkan najis di badan.
3. Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.


1) Niat mandi wajib:

“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”

Atau

” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.


2) Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.


3) Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.



yang penting disini adalah gunakan air mutlak.



Okey setakat ini dulu sedikit info yang cik cinta boleh kongsi. dadaa...

klik jika tak keberatan by the way tiada paksaan k






terima kasih sudi baca

7 comments:

  1. maseh sbb share info ni yea :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kasih :) sharing is caring...chilll^----^

      Delete
  2. kalau bab2 agama kita kena concern sikit..bagus entri sebagai rujukan samada apa yang kita buat selama ni betul ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea.....sejdr perkongsian....lau detail kite boleh rujuk buku agama tak pun tanya mana yang berkaitan..:)

      Delete
  3. bgus la entri ni. =) thanks for sharing.

    ReplyDelete

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...