::::✿chinta_shafiqah✿::::

Wednesday 3 April 2013

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

Assalamualaikum cinta ♥



Selamat petang semua, sejak dua menjak ni negara kita di landa panas terik kan? hujan memang tidak pernah menjejaki ke bumi tuhan ini, yang ada hanyalah panas yang terik! namun mungkin ada hikmah kenapa ALLAH S.W.T tidak menurunkan hujan, mungkin untuk memudahkan manusia bergerak mencari rezeki, kalau hujan mesti manusia-manusia ni membebel kan? inilah dikatakan manusia, panas tak kena hujan pun tak kena.. apakan daya negara kita bukan seperti di oversi.. ^-----^

Namun, Disebabkan panas juga seseorang boleh jatuh sakit, demam, pening kepala dan bla bla bla,,kat bawah ni cik cinta kongsikan info berkaitan dengan PANAS.. mari kita selidik.. :)



1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.

  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).

  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.

  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh. SO jangan pakai pakain ketat taw?

Panas yang melampau boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami
  • sakit kepala
  • keletihan
  • lemah tumpuan
  • pening
  • lemah otot-otot
  • mual dan muntah
  • keadaan yang teruk boleh menyebabkab dehidrasi (kekeringan). kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma)
Bagaimana nak mencegahnya?
  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Kerap berehat
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar

Bagaimana nak elakkan??
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas

So.....sampai disini sahajalh perkongsian ilmu kepanasan dengan korang..hahaha...hope ia berguna untuk kalian semua




terima kasih sudi baca

2 comments:

  1. Hye cik Chinta ^^ Betul la, sekarang memang cuaca panas. Bukak kipas lelaju pun tak terasa sangat.

    ReplyDelete
  2. tu la pasal aida....pans sngt kan

    ReplyDelete

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...