::::✿chinta_shafiqah✿::::

Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Sunday, 23 June 2013

Tidur Meniarap adalah dilarang?

Assalamualaikum..






Tidur sememangnya sangat diperlukan oleh manusia untuk merehatkan diri setelah penat bekerja seharian. Tanpa rehat atau tidur yang cukup, badan kita akan letih dan tidak bermaya. Oleh itu, tidur amat penting dalam kehidupan seharian. Posisi atau cara tidur juga penting untuk merehatkan badan dengan betul.

Antara posisi – posisi tidur yang biasa ialah seperti tidur secara mengiring, terlentang, meniarap dan sebagainya.. Tapi tahukah anda tidur secara meniarap ini adalah dilarang oleh Nabi Muhammad Saw?

Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan,

“Suatu hari Nabi saw. sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur secara meniarap atau tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata; Rasulullah saw. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap/tengkurap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

credit to-------> pen patah

terima kasih sudi baca

INFORMASI


terima kasih sudi baca

Serius Gambar Jerebu di Johor Bharu

Assalamualaikum

Sekarang isu yang paling hangat dibangkitkan di dada-dada akhabr, majalah adalah isu jerebu yang kini melanda JOHOR Bharu.. Seperti yang kita maklum JEREBU adalah sangat bahaya untuk kesihatan kita, antibodi mesti kuat terutamanya bagi mereka yang tinggal di JOHOR Bharu..Jom kita saksikan picture-picture mengenai permasalahan ini..-

-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-







jagalah kesihatan anda
-XOXO-


terima kasih sudi baca

Friday, 21 June 2013

(PERINGATAN) JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI !



(PERINGATAN) JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI ! | Pusat Racun Negara baru-baru ini memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang.

Selain itu Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, yang telah menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam peket 1kg

Kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.

Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah. Ia biasa digunakan oleh segelintir peniaga jalanan dan pengusaha restoran bagi menjimatkan kos perniagaan.

Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.

Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, para pengguna mestilah meninggalkan tabiat makan di luar dengan memasak sendiri makanan. Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama yang tidak perlu dipertikaikan lagi adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.

sumber

terima kasih sudi baca

Wednesday, 19 June 2013

LESEN MEMANDU BARU

ASsalamualaikum..pengumuman-pengumuman!




Terkini : Lesen Memandu Baru Berkualiti Tinggi Akan Mula Diperkenalkan Bermula 15 Julai | Umum rasanya sudah tahu mengenai cadangan untuk memperkenalkan lesen memandu baru untuk menggantikan lesen memandu lama yang sudah diperkenalkan sejak dari tahun 1989 lagi.Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT). Difahamkan pengeluaran lesen itu secara serentak di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 15 Julai ini bagi menggantikan lesen kini yang telah digunakan sejak 1989.

Di samping itu, pelaksanaan lesen baru tersebut turut diperluaskan pengeluarannya di pejabat-pejabat pos di seluruh negara pada November tahun ini.  Pembaharuan di JPJ bermula pada 15 Julai ini. Antara ciri keselamatan lesen baru ini ialah:-

Pengaplikasian kad plastik pra-cetak bentuk dan lapisan hologram yang memiliki keselamatan tinggi.

Kad plastik pra-cetak itu akan mengandungi reka bentuk keselamatan tinggi dan canggih dalam imej garisan-garisan halus manakala lapisan hologram tersebut akan melindungi informasi serta gambar pemegang lesen memandu berkenaan.

Memastikan pemalsuan dan tindakan tidak bertanggungjawab berhubung kait dengan lesen lama itu boleh tangani.

SUMBER

terima kasih sudi baca

Tuesday, 18 June 2013

BERHATI-HATI APABILA MEMASUKKAN CARD DAN NO. PIN DI MESIN ATM (BANK)

Assalamualaikum



BERHATI-HATI APABILA MEMASUKKAN CARD DAN NO. PIN DI MESIN ATM (BANK) | Dulu kita biasa dengar orang rompak Bank pecahkan mesin ATM, tapi sekarang zaman teknologi moden ni, diorang dapatkan duit dengan PERANGKAP orang ramai menggunakan alat yang direka sendiri, atau yang dibeli dari negara lain. alat yang dah dikenalpasti adalah Slot pembaca Card (Skimming) palsu, dan satu Keypad palsu.

Slot pembaca Card (Skimming) palsu yang direka oleh PENJENAYAH CYBER untuk merakam DATA yang ada pada Card korang. dan Keypad palsu untuk perangkap No. PIN yang korang tekan. bila dia dah dapat DATA Card dan No. PIN korang, diorang boleh ceroboh korang punya Account Bank tanpa Card. mungkin ramai yang belum tahu kes ni.

so, nasihatkan korang berhati-hati masa masukkan Card dan No. PIN di mesin ATM (Bank). kalau nampak mesin ATM tu pelik, jangan sesekali korang masukkan Card dan No. PIN. kes ni banyak berlaku di Indonesia.

p/s : rasanya makin lama makin pelik dan semakin canggih cara yang digunakan oleh penjenayah untuk mendapatkan wang segera.Apa pandangan anda tentang isu ini?walaupun ini belum berlaku di Malaysia(belum pernah ada laporan) tetapi tidak mustahil perkara ini akan berlaku juga..wallahualam--sumber
-X0X0-

terima kasih sudi baca

Bayi itu masih hidup! subhanallah

ASSALAMUALAIKUM


Subhanallah ! Bayi Baru Lahir Ditemui Hidup Walaupun Berada Dalam Lubang Disebabkan Banjir | Seorang bayi ditemui dalam sebuah lubang yang berlumpur ketika banjir melanda di kawasan tersebut. Apa yang luar biasanya, bayi tersebut baru sahaja dilahirkan oleh ibunya, namun tiada siapa yang tahu siapa yang menyambut kelahiran itu.

Ceritanya bermula daripada bencana banjir besar yang terjadi di Bangladesh yang telah menggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak. Wanita tersebut telah dihanyutkan oleh air banjir dan terkubur di dalam tompokan lumpur.

Difahamkan, selepas beberapa hari pencarian, suatu keajaiban terjadi di mana perempuan hamil yang telah mati dan terkubur dalam lumpur tu, telah melahirkan bayinya yang menyembul di atas permukaan lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa. Bayi tersebut selamat walaupun sempat beberapa hari berada di dalam rahim ibunya yang sudah mati di dalam lumpur (Maha Suci Allah). Berikut merupakan gambar-gambar bayi tersebut semasa dijumpai.


masa angkat


dicucikan


ternyata masih hidup subhanallah!

Subhanallah! Sukar dikatakan bagaimana bayi sekecil ini mampu hidup di dalam lumpur walau 
seketika. Tiada siapa yang mengetahui bagaimana bayi ini disambut. Jika ibunya masih
 hidup lagi, sudah pasti dia akan gembira bahawa anaknya masih lagi hidup dalam keadaan normal.

Sekadar perkonsian bersama, semua itu adalah keajaiban ALLAH..

terima kasih sudi baca

Bagaimana untuk membezakan Air masak dengan air mentah???

Assalamualaikum


Pernahkah kita terfikir apakah ais yang kita minum itu betul-betul bersih, adakah ia sudah dimasak? Ini cara-caranya nak tahu adakah ais itu dibuat daripada air mentah atau air yang sudah dimasak.Lihat seterusnya dibawah.


Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar


Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.



terima kasih sudi baca

Friday, 10 May 2013

Manfaat buah pisang



PISANG atau nama saintifiknya Musa Paradisiaca, sememangnya digemari ramai. Sama ada dimakan begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, pisang menjanjikan keenakan tersendiri.

Pisang adalah buah-buahan tropika yang mudah ditemui di Malaysia. Selain itu, harganya agak murah berbanding dengan buah-buahan lain.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pisang yang mudah dibeli di mana-mana kedai runcit, mahupun pasar raya memiliki seribu macam manfaat.

Antara manfaat buah yang berwarna kuning keemasan itu apabila masak adalah ia boleh dijadikan bahan semula jadi untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik.
Ia dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit.

Elemen penyejuk pada buah itu pula mampu menyejukkan kulit yang terdedah pada cahaya terik sepanjang hari, melembutkan kulit wajah yang kasar, memiliki astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan mengandungi potasium, besi, kalsium, proten, fosfor, vitamin A, B, serta C yang baik untuk kesihatan tubuh dan kulit.


terima kasih sudi baca

Tuesday, 30 April 2013

Horey-Horey ^-----------^

Assalamualaikum..


Hujan membasahi bumi Sintok setelah panas berpanjangan. Berdentum-dentum bunyi petir. Hati mula berbicara " macam mana la nak naik bus malam ni, kalau hujan still lebat macam musim tengkujuh?" Mata mula memerhatikan keindahan alam tatkala hujan, tiada lagi bunyi burung, tiada lagi sinaran matahari, yang ada hanyalah awan yang mendung dan disirami hujan yang begitu lebat.. amboiiiiiiiiiiii.......khusyuk nampak membacanya...suke tak? hohoh...

Actually, malam ni cik cinta nak pulang ke kampung halaman, nak balik menunaikan tanggungjawab..
^---^ tapi apa yang bess nya kali ni, cik cinta tak perlu mengeluarkan duit untuk membeli tiket sebabnya cik cinta boleh balik dengan bus free tajaan sekian-sekian-sekian..horeyyyyyyyyyyyy!
jimat duit RM100.-boleh cik cinta berbelanja untuk bulan seterusnya nanti. Yela, belajar tak habis lagi, duit dalam simpanan semakin lama semakin menurun..tak tahu siapa yang ambil..Ahaxs!

Korang macam mana? dapat tajaan dari mana-mana tak? kawan cik cinta yang study kat Sarawak, Sabah pun balik..dapat tajaan fligt free u allsss..haaa jangan main-main musim ni, pihak depa-depa semua tu sanggup melakukan apa sahaja untuk memancing kita supaya balik mengundi, Yela...kita semua kan belia-belia yang baru.Remaja belia macam kita-kita ni adalah tunggak negara. Sebab tu la mereka-mereka ni sanggup melakukan apa sahaja. Bus free untuk dua hala, mana nak cari? tak kan ada yang bagi free-free jika tidak kena dengan musim betol tak? hehehe..

Oleh hal yang demikian, jom la kita pakat balik mengundi.. Cik cinta 1st mengundi nih, tak tahu lagu mano gamoxs nya..haha..biasanya mengundi untuk MPP senang jer..klik-klik-klik dan blah! tapi kali ni, mengundi dan juga dengan dakwat kekal.hahaha....ape ke bende dakwat kekal tu ek?

Okey, menurut lacture cik cinta yang sudah berpengalaman dan juga pernah menjadi kerani masa pilihan raya dulu, dakwat kekal ni, dia akan cop kat tangan kita, xingat pulak jari mana..hehe..contoh kalau korang menulis dengan tangan kiri, dia akan cop kan dakwat kekal tu kat tangan kanan, haa..begitulah setersunya..haaa...tangan korang yang ade dakwat kekal tu jangan sampai TERkena undi korang tu, jika tak dikira UNDI ROSAK! haaa...itu sebab lah kita dok dengar undi rosak tu,ini adalah salah satu faktornya.. ada faham?hehe

EH....! jangan risau, dakwat kekal tu bukan untuk selama-lamanya, maybe untuk dua hari jer kot, bukan ape,jika tak buat macam tu, senang lah kita nak undi berapa yang kita suka betol tak? pandai-pandai-pandai!

Okey sudah dapat sedikit info yang serba sedikit? bagus..good job! Selamat mengundi kawan-kawan!


terima kasih sudi baca

Friday, 26 April 2013

Kenali 5 sikap wanita melalui Bantal


Assalamualaikum..

model tak berbayar hehe

Wanita merupakan insan yang dicipta oleh Allah sebagai teman kepada seorang lelaki. Hadirnya sebagai penyeri, dan lambang kepada kehidupan yang harmoni. Wanita terkenal dengan sikap mereka yang penyayang, sensitif dan lembut tetapi kadang-kadang “unpredictable” juga. Tahukah sikap seseorang wanita itu dapat diketahui hanya dengan melihat aksi mereka dengan bantal mereka. Jom kita baca 5 sikap wanita dengan bantal.

1) Memeluk Bantal
-Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja .
-Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
-Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
-Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
-Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
-Mereka biasanya kurang kenyakinan.
-Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
-Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
-Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
-Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
-Mereka mempunyai sifat kurang baik.
-Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
-Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
-Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
-Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
-Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
-Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

sekadar perkongsian bersama

credit t0...........> penpatah

terima kasih sudi baca

Thursday, 25 April 2013

15 kebaikan sujud dalam solat

Assalamualaikum..








Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Berikut merupakan 15 kebaikan sujud dalam solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.


1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.


2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.


3. Melegakan sakit hernia.


4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.


5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.


6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.


7. Meringankan bahagian pelvis.


8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.


9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.


10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.


11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.


12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).


13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.


14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.


15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akanmenambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.


credit to----------> penpatah

terima kasih sudi baca

INFO UNTUK SEMUA


terima kasih sudi baca

Tidur tanpa bantal..awek muda betol ker?

Assalamualaikum:)




Tahukah korang tidur tanpa mengunakan bantal sebenarnya sangat baik untuk kesihatan? Pakar kesihatan sangat menggalakkan ibu bapa serta bayi untuk tidak menggunakan bantal ketika sedang tidur. Berikut beberapa kebaikan tidur tanpa menggunakan bantal:

1. Mencegah sakit leher

Tidur dengan menggunakan bantal adalah faktor utama terjadinya sakit bahu dan leher. Meskipun masih disarankan untuk pemanasan (stretching) dan menggunakan pemanas, cara terbaik untuk menghilangkan rasa sakit ini adalah dengan tidur tanpa bantal. Namun, tidur tanpa bantal dapat menyebabkan masalah untuk orang yang sudah terbiasa menggunakannya. Untuk mereka yang belum terbiasa tidur tanpa menggunakan bantal, dianjurkan secara berperingkat mengurangkan ketebalan bantal.

2. Mencegah kerutan di wajah dan awet muda

Orang yang tidur tanpa bantal di kepalanya mempunyai peluang yang rendah untuk mengalami kerutan di wajahnya. Hal ini disebabkan mereka yang tidak menggunakan bantal tidak menekan wajah mereka di atas bantal yang dapat menyebabkan kerutan pada wajah. Jadi, sekiranya anda

 menginginkan awet muda, tidurlah tanpa menggunakan bantal.

3. Baik untuk tulang belakang

Tidur tanpa bantal dianggap sebagai cara yang paling sihat kerana memberikan manfaat kepada tulang belakang. Tidur tanpa bantal memungkinkan tulang punggung untuk sepenuhnya berada pada curve semulajadi tubuh. Ketika kita tidur dengan bantal tebal, lokasi tulang punggung akan berubah dan kita mungkin mengalami sakit punggung keesokan harinya. Jadi, tidur tanpa bantal adalah penawar terbaik untuk sakit punggung.

4. Kualiti tidur

Tidur tanpa bantal akan membantu anda mendapatkan kualiti tidur yang baik kerana posisi tubuh anda berada pada tahap semulajadi dan normal. Bayi yang baru lahir belum terbiasa menggunakan bantal. Biasanya penjaganya yang memperkenalkan dan membiasakannya menggunakan bantal kecil seukuran kepala bayi, namun, bayi aktif bergerak dan malah merasa tidak selesa menggunakan bantal. Bayi memiliki kualiti tidur lebih baik tanpa bantal (pada saat posisi flat/datar), kerana memang posisi tubuhnya berada pada tahap semulajadi/normal tanpa di letakkan sesuatu pada kepala/lehernya. Jadi, apabila anda ingin tidur lebih berkualiti dan menormalkan bentuk/posisi tubuh anda, mula biasakan tidur tanpa bantal.

p/s Malam ni tidur sambil bergaduh dengan bantal..^--------^
credit to---------> pen patah.com

terima kasih sudi baca

Wednesday, 24 April 2013

MATA lambang perwatakan, adakah?

Assalamualaikum

Mata mengunkap pelbagai makna dan firasat tersirat terutamanya bagi kaum wanita malah saiz dan alis mata juga lazimnya dikatakan memainkan peranan dalam menentukan personaliti individu.. betol atau tidak kita boleh nilai melalui sifat kita sendiri :)

Mata saiz kecil :  mereka yang mempunyai mata bersaiz kecil dikatakan peramah, banyak cakap, bersikap periang, tapi apabila marah, merajuknya jauh lebih lama. 

Mata saiz sederhana;  mereka yang mempunyai saiz mata yang sederhana pula dikatakan tidak banyak berahsia, ada pertimbangan serta bertangunggjawab.. haaa cepat-cepat ambil cermin p tilik mata korang tu besar ke kecik, ke sederhana ke besar gedabak? hahaha

Mata berbentuk lebar;  dikatakan individu yang kuat berahsia, pemarah dan suka bertindak tanpa berfikr panjang. Haaa........mata lebar ni macam mana ye?? agaknya sampai ke telinga kot lebar mata individu tu.keh3..

Mata sering berkedip:  mereka yang mempunyai mata yang sering berkedip maybe setiap 1 saat berkedip tu boleh di kategorikan sebagai seorang yang pemaaf, senang di bawa berbincang, memahami dan sabar. hahaha....untung lah kan...^-----------^

Mata jarang berkedip : haa...ni bagi pemilik mata yang jarang berkedip, maybe 1jam sekali kot.haha..eh tidok lah sampai tahap tu.:). mereka yang mempunyai mata yang jarang berkelip ni adalah seorang yang bijaksana, baik pekerti, setia, adil, bertanggungjawab dan yang paling penting tidak cerewet ( salah satu sifat yang disukai oleh kaum adam:) 

Mata besar yang bersembur :  si gadis yang mempunyai mata yang unik seperti mata besar yang agak bersembur ini adalah mereka yang baik hati, tabah dalam menghadapi dugaan,menyenangkan dan lebih mengkut kata :)


hahaha...ni asli ke tiruan? takut menengoknyer.heheh


Mata yang redup (kuyu): di katakan golongan yang mempunyai mata jenis ini adalah tidak dapat mengawal emosi, hati yang tidak tetap, mempunyai banyak kenalan, tetapi kurang sahabat serta pemarah..fulamammmmkkkk....! bahaye la mata jenis ni...tapi ingat! tak semua betol tau...? tepuk dada tanya selera.:)

sudah baca kesemuanya?? yeahh....yang mana pemilik mata korang..ada tak dalam senarai tu?? hehe... sekadar perkongsian...tunggu ketibaan Alis mata pula yer..hehehe... 

_X0X0_


terima kasih sudi baca

Fakta: Membantu wajah kelihatan muda


Assalamualaikum ^-------^

Fakta:  Membantu wajah kelihatan muda

·       Berhenti merokok ( maybe kita semua tak de yang merokok kan?hehe)  Ini perkara pertama yang boleh dilakukan untuk membantu  mengurangkan kedutan. Merokok menyebabkan saluran darah tersumbat yang akhirnya memakan lapisan luar kulit sekali gus menjadikan kulit kering, tipis dan mempercepatkan kedutan. Secara umumnya, pakar berkata, kulit perokok kelihatan 10 tahun lebih tua berbanding mereka yang tidak merokok. Jika kita semua tidak boleh menanganinya secara sendirian, dapatkan pakar untuk berhenti merokok.. 

·       Cukup tidur. Tidur kurang daripada lapan jam setiap malam hanya akan membuatkan rasa letih pada wajah..tapi yang tidur yang terlebih macam cik cinta ni, ape ke hey nye??^-----^. Selain itu ia boleh meningkatkan tahap harmon ghrelin yang akan merangsang rasa lapar dan menyekat harmon leptin menyebabkan rasa puas selepas makan.

Satu kajian mendapati tidur awal terutama pada waktu malam akan mengurangkan tabiat terlebih makan atau lebih cenderung menjadi gemuk.ops!! tak mau tau mau tak mau..hahah

·       Ubah rutin penjagaan kulit korang. Kulit tidak akan menjadi segar secara sendiri terutama apabila usia semakin meningkat yang membawa kepada keadaan teruk strukturnya menjadi keras dan kusam. Bagaimanapun, terdapat cara yang boleh membantu mendorong pengeluaran kolegen baru dengan membina penghalang kepada sel kulit baru.
Jangan lupa untuk mengenakan krim atau pelembab yang mengandungi pelindung sinaran ultraungu (UV) setiap hari sebelum keluar rumah.

marilah kita semua menjaga kulit kita agar kelihatan muda walaupun umur dah meningkat..keh3.. 


nak kulit macam ni je sokmo..:)


_X0X0_



terima kasih sudi baca

Tuesday, 16 April 2013

SenanG Sangat ♥

Assalamualaikum ♥

Masih sempat lagi cik cinta nak mengucapkan selamat pagi.. jam menunjukkan 10.13 pagi. Mulakan hari anda dengan senyuman yang semanis gula batu..:) Pagi-pagi lagi bumi sintok telah dihujani permata kasih...hurmmm....kesejukan telah sampai ke tahap tulang hitam yang cik cinta pun tak berapa nak sure, dalam tubuh kita ni ade juga tulang hitam atau sekadar gurauan semata-mata.. biase lah ciplak ayat orang kan jadi gini la...^---^

Semalam after balik dari kuliah. cik cinta terdengar suara dj radio yang berkumandang ke udara, tidak pasti pulak siaran apa tapi apa yang pasti disini adalah Dj radio tu memberi tips yang berguna untuk kita-kita..hehe...cik cinta dengar dan terus mendengar sehingga lah bus tiba ke tempat yang ingin di tuju..

Dj radio tersebut berkongsi tips bagaimana nak kawal daripada perut buncit...oh tidak!! atau dalam erti kata lain BOROI bagi lelaki.GEMOK bagi perempuan..maaf agak keterlalluan disitu...hehe..

Menurut DJ tersebut, apabila kita makan makanan, kita perlu makan secara perlahan-lahan supaya makanan yang kita makan tu boleh di hadam dengan begitu baik. Hahh!! cuba korang bayangkan kalau korang makan secara mengelojoh?? bukan setakat buruk dipandang malah ia boleh membuatkan perut korang tu akan kembung...macam ikan kembung! hehe....Oleh sebab itu lah kita perlu mengunyah makanan secara perlahan..jangan over pulak mengunyah tu...:) baru lah sistem penghadaman boleh menjalankan tugas mereka dengan baik then korang tidak lagi berasa kembung perut atau sakit perut atau nak terkentut! opss...sorry.... ayat kasar..:)

Sebenarnya senang je nak jaga kesihatan tubuh kita, bila orang bagi tips kita boleh cuba, menjadi atau tak itu xpenting..yang penting disini adalah cuba- cuba dan cuba baru boleh tengok ia berhasil atau tak..small matter right?





-X0X0-



terima kasih sudi baca

Wednesday, 3 April 2013

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

Assalamualaikum cinta ♥



Selamat petang semua, sejak dua menjak ni negara kita di landa panas terik kan? hujan memang tidak pernah menjejaki ke bumi tuhan ini, yang ada hanyalah panas yang terik! namun mungkin ada hikmah kenapa ALLAH S.W.T tidak menurunkan hujan, mungkin untuk memudahkan manusia bergerak mencari rezeki, kalau hujan mesti manusia-manusia ni membebel kan? inilah dikatakan manusia, panas tak kena hujan pun tak kena.. apakan daya negara kita bukan seperti di oversi.. ^-----^

Namun, Disebabkan panas juga seseorang boleh jatuh sakit, demam, pening kepala dan bla bla bla,,kat bawah ni cik cinta kongsikan info berkaitan dengan PANAS.. mari kita selidik.. :)



1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.

  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).

  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.

  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh. SO jangan pakai pakain ketat taw?

Panas yang melampau boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami
  • sakit kepala
  • keletihan
  • lemah tumpuan
  • pening
  • lemah otot-otot
  • mual dan muntah
  • keadaan yang teruk boleh menyebabkab dehidrasi (kekeringan). kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma)
Bagaimana nak mencegahnya?
  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Kerap berehat
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar

Bagaimana nak elakkan??
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas

So.....sampai disini sahajalh perkongsian ilmu kepanasan dengan korang..hahaha...hope ia berguna untuk kalian semua




terima kasih sudi baca

Tuesday, 2 April 2013

Tidur Dalam Islam

Assalamualaikum... ^-----------^




Selamat malam dan salam magrib buat muslimin dan muslimat.. hari ini adalah hari yang kedua bulan April.. Sekejap rasanya masa kan? baru jer masuk tahun 2013 tapi sekrang dah masuk bulan 4 dah....Hurmmm....tidak lama lagi kita semua akan berjumpa dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak pulak, amin..mudah-mudahn la yer... so sekarang korang tengah on tha way nak mencapai impian yang korang hajat kan tu la yer? hehhe...me tooo....

Actually, today cik cinta nak berkongsi info tidur dengan korang, dalam entri yang lepas pun cik cinta dah bincangkan pasal tidur, tapi kali ni masih tidak terlambat untuk we allss tahu sedikit sebanyak about sleep.. ^---^

Tidur merupakan perkara penting yang selalu dibincangkan dalam hidup seorang muslim.Malah dalam Al-Quran dan Hadis menggariskan amalan tidur dan kepentinganya untuk dijadikan panduan. Namun, setiap manusia yang cukup tidur pun tidak terlepas dari gangguan tidur right?

Jom kita sama-sama kenali jenis tidur dalam islam :

  • Sinah: tidur untuk masa yang singkat
  • Nu'ass : tidur sejenak ( ia diyakinkan dapat mengurangkan tekanan dan merendahkan tekanan darah.)
  • Ruqood: tidur untuk jangka masa yang lama
  • Hojoo: tidur sebentar pada waktu malam dan bangun pada tengah malam untuk bermunajat kepada ALLAH
  • Subaat : tidur nyenyak tanpa menyedari apa yang berlaku disekeliling yang dinyatakan dalam AL-QURAN sebagai rehat.

SO...korang dah baca semua tu??? cik cinta harap ia berguna untuk kita semua.. ^-------^



terima kasih sudi baca

Monday, 1 April 2013

Pantang tahu!

Assalamualaikum cinta ♥♥

Pantang larang dalam hubungan suami isteri. Ya.. begitulah entri malam ni. Walaupun cik cinta belum menjejaki kaki ke alam rumah tangga, tapi cik cinta kongsi juga pantang larang bersuami isteri nih! korang- korang-korang...jangan main-main bab nih, sebab hanya perkara kecil pun boleh jatuh menderhakai seorang suami walhal si isteri tak mau layan suami atau dalam erti kata lain bersetubuh.! wahhh....memandai pulak haku..hahaha.

Antara pantang larangnya adalah :
  • Jangan puji orang luar, jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan.
  • Hindar meninggikan suara/ menjerit macam PONTIANAK memanggil suami korang. nak masuk syurga tak??? heheheh

  • Usah lontarkan kritikan pedas yang mengguris perasaan pasangan.Sentiasa membuka hati untuk menerima pandanganya.

no! no! no!



  • Jangan berbohong dengan pasangan.Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar.




  • khas untuk kaum Adam. USah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah.Elak, juga menjauhkan diri daripada isteri walau ketika isteri sedang haid. Senang cite, jangan beregang lansung laa...ahhaha



ee...kontrol cikit marah tu...bulu hidung dah nak tercabut tu..:)

  • Bersedia unutk mengakui kesilapan yang dilakukan.Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah/ betol setiap masa..


Okey, cik cinta rasa sampai disini dulu la yer berhujah bagai..hehe...bye cantik, bye macho.. SELAMAT MALAM..JANGAN TIDUR LAMBAT...

_x0x0_












terima kasih sudi baca

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...