::::✿chinta_shafiqah✿::::

Showing posts with label sinopsis novel. Show all posts
Showing posts with label sinopsis novel. Show all posts

Friday, 30 August 2013

Sinopsis novel saat jatuh cinta

ISKANDAR- dia dipengaruhi kenangan silam yang telah menghancurkan hatinya sejak zaman kanak-kanak. kenangan itu sama sekali mempengaruhi kehidupanya selama berpuluh-puluh tahun. Sepanjang hidupnya dipenuhi dengan liku-liku yang sunyi tanpa wujudnya erti sebuah cinta. Pintu hatinya terkunci rapat untuk seorang yang bergelar wanita. Kehadiran insan yang bernama wanita bukanlah satu kepentingan kepada dirinya. Sebaliknya dia memandang wanita sebagai makhluk yang tidak boleh dipercayai dan mudah mencurangi cinta. Makna cinta baginya adalah palsu dan sementara. Tanpa cinta, dia mampu memperolehi kejayaan. Namun,segalanya berubah hanya kerana seorang gadis yang bernama Arissa

ARISSA- hidupnya biasa-biasa saja. Ada suka ada duka. Namun masih boleh dikatogorikan dalam keadaan stabil. Tapi, setelah dia bekerja di bawah naungan seorang lelaki yang digelarnya singa kuning, hidupnya jadi huru-hara. Ada saja yang tidak kena dengan apa yang dilakukannya. Namun,ada satu rasa bermain dihati. Dan ia untuk singa kuning yang selalu menggangu kesenangan hidupnya.

Okey..sudah baca sinopsis Novel SAAT JATUH CINTA oleh LIeya Callia? ada lawak ada cinta dan ada rindu..tersirat dalam novel ini. So..tunggu apa lagi dapatkan sekarang...:)



murah sahaja harganya...cepat-cepat-cepat!



terima kasih sudi baca

Friday, 29 March 2013

Sinopsis Novel Gaduh-Gaduh Sayang

Assalamualaikum :)





"Papa nak jodohkan aku dengan anak kawan dia? aku baru putus cinta dengan Aiman.Aku tak nak dikecewakan lagi. Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lelaki itu. Lepas tu mekap tebal-tebal dan pakai cermin mata.Bila dia nampak aku buruk, mesti dia tak kahwin dengan aku". Syazana memasang tekad.

"Demi menyelamatkan syarikat papa, aku terpaksa berkorban untuk dijodohkan dengan perempuan yang aku tak kenal. Aku redha walaupun aku masih teringatkan Qistina.Tapi aku nak perempuan tu terima aku seadanya. Bukan sebab aku handsome.Apakata aku pakai gigi palsu besar, berperut buncit, berjambang dan botak tengah kepala. " Rafiqi merancang.

Kalau sudah jodoh,akhirnya kahwin juga.

Selepas kahwin, Rafiqi duduk sebelah rumah Syazana.Tidak mahu jatuh cinta kononya.Apabila Syazana bosan, dia selalu datang rumah Rafiqi.Menonton televisyen sama-sama, main game pas sama-sama, makan sama-sama.....tapiiiii......ada sahaja yang membuatkan mereka bergaduh.Sudah gaduh, baik semula.Sudah baik, bergaduh semula. :)

Haii...entah sampai bilalah hubungan mereka bertahan?

terima kasih sudi baca

Sinopsis Novel Kau Yang Satu

Assalamualaikum :)

Tergila-gilakan novel sampaikan sinopsis pun mau tulis..yela mana tahu korang tengah mencari novel boleh cik cinta promote..hehe...bagi cik cinta, novel lama-lama yang bess untuk dibaca..entah lah novel baru okey jugak cuma kureng..hahah

jom kita baca sinopsis novel yang dikatakan lama jugak la,novel apa? sudah semestinya novel Kau Yang Satu





----> Bot milik peribadi Datuk Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di laut China Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seseorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anaknya Taufik degan Salina anak Sulaiman.

Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun, segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya olot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.

Namun....bahagia kah perkahwinan mereka???? dapatkah mereka melayari bahtera bersama?? ingin tahu dengan lebih lanjut, korang boleh dapatkan novel  keluaran Alaf 21, Nia Azlea.. :)

terima kasih sudi baca

Sinopsis Cik Bunga da Encik Sombong

Assalamualaikum :) luangkan masa sekejap layan sinopsis novel jom :)



Aku? aku intan Asnidar. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja dikedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Taka da apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memamg segak. Nama dia pun sedap, Harris Iskandar. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak aku ingat aku dah bawa balik orang Belanda ,asa aku bawa doa datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti,rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari itu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap, "Okey intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia."

Terkejut amat aku.Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, " jangan mimpi nak jadi menantu saya!"

Ah! aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung.Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak kemana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah Intan Asnidar itu hak milik kekal Harris Isqandar??

semua itu akan terjawab bila korang akan baca sendiri novel  keluaran Karya Seni olehAirisz ini..:)

----> sedekah klik sini---->  kad istimewa







terima kasih sudi baca

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...