::::✿chinta_shafiqah✿::::

Friday, 29 March 2013

Sinopsis Novel Gaduh-Gaduh Sayang

Assalamualaikum :)





"Papa nak jodohkan aku dengan anak kawan dia? aku baru putus cinta dengan Aiman.Aku tak nak dikecewakan lagi. Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lelaki itu. Lepas tu mekap tebal-tebal dan pakai cermin mata.Bila dia nampak aku buruk, mesti dia tak kahwin dengan aku". Syazana memasang tekad.

"Demi menyelamatkan syarikat papa, aku terpaksa berkorban untuk dijodohkan dengan perempuan yang aku tak kenal. Aku redha walaupun aku masih teringatkan Qistina.Tapi aku nak perempuan tu terima aku seadanya. Bukan sebab aku handsome.Apakata aku pakai gigi palsu besar, berperut buncit, berjambang dan botak tengah kepala. " Rafiqi merancang.

Kalau sudah jodoh,akhirnya kahwin juga.

Selepas kahwin, Rafiqi duduk sebelah rumah Syazana.Tidak mahu jatuh cinta kononya.Apabila Syazana bosan, dia selalu datang rumah Rafiqi.Menonton televisyen sama-sama, main game pas sama-sama, makan sama-sama.....tapiiiii......ada sahaja yang membuatkan mereka bergaduh.Sudah gaduh, baik semula.Sudah baik, bergaduh semula. :)

Haii...entah sampai bilalah hubungan mereka bertahan?

terima kasih sudi baca

6 comments:

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...