::::✿chinta_shafiqah✿::::

Saturday, 16 March 2013

Bab 3 :Sains Pemikiran dan Etika

Assalamualaikum

Bab pemikiran dan etika ini membincangkan tentang beberapa aspek antaranya sekularisme,liberalisme, modenisme dan humanisme.

Sekularisme merupakan satu ideologi terkini yang mencakupi skop fahaman dan perbincangan yang sangat luas. Matlamat usaha penyebaran ideologi sekularisme adalah untuk melahirkan idea dan nilai sekular dalam jiwa setiap individu, masyarakat dan mendaulatkan negara sekular.Justeru perbincangan tentang sekularisme mencakupi skop dan ruang legar kehidupan dunia yang bertumpukan kepada persoalan kebendaan semata-mata. Selain itu, sekularisme juga turut memperjuangkan hak kebebasan mutlak setiap individu daripada peraturan dan ajaran agama yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah dalam sesebuah negara, Selain itu, Sekularisme juga mempunyai beberapa prinsip dan ciri antaranya penafian hal-hal kerohanian, menafikan adanya nilai hidup yang tetap, menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah dan sebagainya. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa kaedah penyebaran sekularisme ini, antaranya melalui pendidikan, media massa, undang-undang dan sebagainya.

Seterusnya, liberalisme pula merupakan falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi liberalisme menekankan hak-hak peribadi dan kesemerataan peluang. Secara umumnya, aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip seperti kebebasan berfikir dan bersuara, batasan kepada suara kerajaan, kedaulatan dan undang-undang dan sebagainya.

Selain daripada sekularisme dan liberalisme, modenisme juga merupakan proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan dan masyarakat. Ia juga merupakan aliran yang terhasil daripada gerakan-gerakan di Amerika Latin yang memperjuangkan pembebasan dan autonomi budaya baru supaya dapat membebaskan diri daripada cengkaman hagemoni kebudayaan Sepanyol. Semangat modenisme bermula semenjak era Renaissance abad ke- 16 dan pencerahan pada abad ke-18 masihi.  Terdapat beberapa tahap dalam modenisme ini antaranya bermula dengan revolusi Perancis dan kekacauan sehingga berlaku kelenturan ikatan sosial dan sebagainya.

Terakhir, humanisme menganggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itu lah tuhan yang Maha Agong. Dialah yang menentukan hukum hakam. Tuhan tidak berperanan dimuka bumi ini. Soalnya ialah bagimanakah ideologi " humanisme' ini digunakan untuk memporak perandakan masyarakat.  Terdapat beberapa sifat humanisme antaranya percampuran bebas,penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan, penukaran peranan antara lelaki dan perempuan, gerakan pembebasan wanita, kauseling kelompok dan pendidikan seks.

Secara kesimpulanya dapat dijelaskan bahawa sekularisme, humanisme, modenisme dan liberalisme ini dapat di jelaskan lagi dengan adanya maksud yang tersendiri dan juga fahaman-fahaman yang jelas berkaitan dengannya.



terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...