::::✿chinta_shafiqah✿::::

Tuesday 11 December 2012

GAJAH?? ape yang korang tahu??

Assalamualaikum.

Selamat malam adik-adik manis & jejaka-jejaka sweet....hehe.. beberapa hari lepas cik cinta p lepak bilik kawan, tetiba je dia story pasal gajah, haha...ingat kan bende apa la yang kecoh-kecoh rupanya hanya seekor gajah. itu sahaja, Tapi kami sembang sampai 12.45 malam..haha..cuba korang teka ape la yang hangat sampai jam 12 lebih pulak tu...okey cik cinta tahu, korang penat kan nak fikir, cik cinta story ek.dengar taw.tauw.haaaa rapatkan saf-rapatkan saf.. ngee~~

OK, korang mesti dah kenal sangat kan dengan haiwan yang telinga besar tu, ape lagi kalau bukan cik gajah..amboiii sejak bila bercik-cik ni...heh..gelaran je..cik cinta nak sangat berkongsi dengan korang pasal ni, mungkin korang belum pernah terdengar pasal story ni, cik cinta pun 1st dengar, meremang bulu roma..hahahah

letss goo...hanya dengan lima perkataan sahaja mengambarkan cik gajah ini, tapi adakah korang tahu, sebenarnya gajah bukan sebarang gajah, gajah yang bertelinga besar ni mampu mendengar apa-apa sahaja dari jarak beirbu-ribu batu.ye ye je cik cinta. heheh...Tapi itu bukan persoalannya, persoalan kita pada malam ini ialah adakah seekor gajah mampu mengetahui umpatan-umpatan yang di bualkan di belakang nya?opsss! adakah korang faham? yess korang xfaham..hehe. contohnya kalau korang pergi berkhemah kat dalam hutan ker, mane-mane je lah yang berhutan tebal ni, and tanpa korang sedari korang telah terkeluar perkataan yang tak elok about gajah, walaupun gajah tu berada jauh  (bukan tempat korang berada sekarang tau,jangan confuse) daripada korang tapi.....tak mustahil haiwan tersebut akan cari jejak korang sampai ke lubang cacing..cecece..kirenya cik gajah ni macam AHLONG jugak la yer, tapi tu yang tak bayar hutan, tapi yang ni  lain, hanya umpatan dan kutukan korang kat haiwan ni, dah cukup membuatkan cik gajah ni naik minyak.. masih xfaham lagi ke? contohnya korang mengata kat gajah tu, "eeeee gajah ni buruk la, dahla badan besar" apa la gajah ni, berak tak nyempat nak p tandas" gajah ni jahat laaa.bla bla bla..."" haaa.. korang jangan terkejut gajah tu akan cari korang sampai dapat.. ape? tak percaya? jom dengar story yang kawan cik cinta ni ye..ehheh jeng jeng jeng

_story_
Pak cik kepada kawan cik cinta ni bertugas sebagai ape tah, tapi sememanya keje dia area-area hutan la, mayb jaga hutan la kot..haha cik cinta xingat lak pekerjaan pak cik nya itu, pada malam kejadian, pak cik kawan cik cinta ni bersama beberapa rakan yang lain terpaksa bertugas untuk malam itu, rounder punya rounder, tetiba salah seorang rakan pakcik  ni terjumpa satu tapak kaki yang besar, eh bukan bukan, bukan big food,hahaha.. tapi tapak kaki cik gajah, rakan kepada pakcik kawan cik cinta ni pun tanpa segan-segan melukis pada tapak kaki tersebut, korang nak tahu abang tu lukis apa??? cik cinta mula berfikir-fikir apa la yang di lukiskanya tu ek, rupa-rupanya, kawan cik cinta bagi tau, abang tu telah pangkah (X) kat tapak yang dia jumpa tadi. okey hanya itu sahaja yang abang tu  buat tanpa mengutuk atau mengata yang bukan -bukan pasal cik gajah ni.

Malam tu, dierang tidor kat dalam khemah, tengah korhhzzz krohzzz.....tanpa disedari, gajah yang abang tu pangkah kan tadi tu telah mai, Dam dam dam..bunyi tapak kaki gajah tersebut, dan membunyikan suara yang menakutkan sambil  mencari satu persatu khemah yang abang tu tido..sah-sah la cik gajah tu terjumpa abang tu, haaa tak de rundingan lagi, memang cik gajah tu kerjakan abang tu sampai meninggal dunia.. meninngal kat situ juga, Nauzubillah...sob3..kesian kan? cik cinta memang tak percaya lansung pasal story ni, tapi sekurang-kurangnya cik cinta boleh berhati-hati if p berkhemah kat hutan yang tebal-tabal.. dan lagi satu, bila kita pergi kat dalam hutan, mulut kene jaga kan? tak boleh cakap sebarangan, nak ambil barang lagi la tak boleh..ye u allssss dengar la pesanan minah yang suka membebel ni..haha...

hope story ni leh jadikan pengajaran pada kita semua..bukan dengan gajah je kene jaga mulut, dengan sape-sape pun wajib jaga percakapan kita. Itu yang paling penting..

#Lebih Baik Senyap Dari Berkata-kata#


sekian dahulu untuk malam ni, semoga terhibur..

selamat bermimpi...:)






terima kasih sudi baca

2 comments:

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...