::::✿chinta_shafiqah✿::::

Friday 30 August 2013

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Assalamualaikum

Salam 1 malaysia, pagi-pagi lagi lagu negaraku sudah kedengaran di gegendang telinga kita, mana tak nya hari ini adalah hari kemerdekaan yang ke 56 tahun. Sudah 56 tahun negara kita merdeka dan oleh kerana itu kita sebagai rakyat Malaysia patut menjaga kedaulatan dan menjaga keharmonian negara kita agar tidak lagi dijajah oleh orang luar.

Tanamkan perasaan cinta kita kepada negara yang kita duduki, dimana tempat kita mencari ilmu, kita mencari rezeki, sememangnya Malaysia adalah sebuah negara aman dan harmoni dengan adanya pemimpin yang berkaliber, sudah semestinya kita berasa bersyukur sebab tinggal di BUMI MALAYSIA ini.

Cuba kita lihat negara luar, peperangan di sana-sini yang mencetus kemarahan orang ramai, anak-anak kecil lari berkeliaran untuk menyelamatkan diri, wanita-wanita yang menjadi mangsa keganasan, sedangkan kita di BUMI MALAYSIA aman harmoni tanpa ada perselisihan faham yang kuat seperti mereka. Jadi kita perlu mengambil iktibar daripada kisah lampau supaya kita sedar dan sentiasa menjaga keamanan negara kita supaya tidak lagi di jajah oleh bangsa asing.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!




terima kasih sudi baca

4 comments:

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...