::::✿chinta_shafiqah✿::::

Friday 30 August 2013

Program Membasmi tikus :)

Assalamualaikum........................

Hai salam hari jumaat dan selamat menyambut hari merdeka kepada semua..Negara kita sudah pun 56 tahun merdeka dan alhamdulillah dengan semangat dan kerjasama semua negara kita masih aman dan harmoni dan kita patut bersyukur kerana kita dilahirkan dibumi bertuah Malaysia ini..Walau apa pun dimana sahaja kita berada masalah pasti membelengu diri kita..OKEy lah cik cinta strait to the point.

Today cik cinta nak menceritakan semasa operasi membasmi tikus di area PASIR PUTEH kerjasama dengan kementerian kesihatan,bomba,pertahanan awam dan sebagainya.Program ini bertujuan untuk membunuh tikus yang besar gedabak yang berkeliaran disana sini menggangu peniaga-peniaga yang mencari rezeki..Bukan apa tikus yang macam ni adalah tikus yang membawa penyakit kepada kita semua bahkan boleh membawa maut..haaa....jangan ingat nyamuk je boleh bawa maut tikus pun sama, tapi tikus yang ada kat rumah korang yang suka gigit kain baju tu, bukan membawa maut ..jangan risau..tikus yang cik cinta maksudkan adalah tikus mondok..hahaha....

Apa yang kelakarnya, masa program tu bukan tikus yang mampus, tapi lipas yang mati..maybe anak beranak mereka kot kan..hahaha...dibawah ni cik cinta selitkan sedikit gambaran semasa program dilaksanakan..

Pengajaranya jagalah kebersihan rumah, kedai makan, atau apa-apa yang berkaitan agar si tikus ini tidak membuat rumah dirumah korang..terutamanya premis-premis makanan yang tidak menjaga kebersihan gerai mereka haaa! memang tikus ni suka lah tempat gitu..so sama-samalah kita menjaga kebersihan bukan hanya kebersihan diri malah semua tempat yang perlu dijaga...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



kawasan yang cik tikus ni suka ...


dah meningalkan dunianya....sob3..

-XOXO-
bye-bye-bye




terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...