::::✿chinta_shafiqah✿::::

Sunday 23 June 2013

WAJIB BACA! TAKTIK KOTOR TERBARU MEROMPAK / MEROGOL

ASSALAMUALAIKUM 

 Di kongsi melalui pengalaman seseorang 
-
-
-
WAJIB BACA! TAKTIK KOTOR TERBARU MEROMPAK / MEROGOL | Hari itu 4hb June, nasib saya tak terjebak. Lebih kurang tengahari jam 12.30, saya memandu di hadapan Angkasapuri menghala ke Highway Seremban. Apabila dijalan lurus sebelum ke simpang Taman Seputih, seorang penunggang motosikal menunjuk sesuatu di tayar hadapan kiri saya.

Saya perlahankan kereta tapi tak berhenti. Penunggang tadi yang berada di hadapan saya melambai suruh saya berhenti. Saya rasa mungkin ini satu helah tapi dalam hati rasa was-was juga, mungkin betul. Tiba2 ada seorang lagi penunggang menunjuk tayar hadapan saya.

Saya kemudian berhentikan kereta di tepi jalan sebelum masuk ke simpang Taman Seputih. Penunggang yang pertama tadi datang ke arah saya dan bagitau yang tayar kereta saya berasap dan ada banyak minyak brek keluar.

Saya berat hati untuk keluar sebab mengesyaki sesuatu...kenapa penunggang itu beria-ia nak suruh saya berhenti.

Saya bagitau dia yang saya akan bergerak perlahan pergi ke bengkel kereta. Dia bagitau, kalau bergerak juga mungkin brek tak makan...saya kata tak mengapa...(Saya fikir, saya bukannya baru pandu kereta...dah berpuluh tahun, kalau brek tak makan...tariklah hand brek)..walaupun begitu saya rasa cuak juga, mungkin betul ada kerosakkan...saya pandu 60 ke 70 km saja. Lebihkurang 15 minit saya sampai di bengkel yang saya selalu baiki kereta saya. Saya turun dan tengok tayar kereta.

Memang betul minyak brek bertaburan di sport rim dan tayar. Saya panggil pomen dan bagitau dia apa yang berlaku. Dia pun jawab: " Aiya ini tak da hal punya". Di ambil sebaldi air dan siram tayar kereta. Dia sambung " Saya punya customer ramai sudah kena ini macam", " Itu orang kata dia pomen dan akan buka you punya tayar dan brek, kemudian dia kata kena bayar RM1,000 untuk siap. " Itu orang banyak pandai, dia kasi spray itu minyak pada tayar kemudian dia kata tayar keluar asap sebab brek disc panas, kena minyak, mesti keluar asab".

Penunggang tersebut berbangsa India (bukan nak hina mereka pulak, ramai India yang baik) dan memang lagak macam pomen. Cuma saya terlupa nak catat nombor pendaftaran motosikal dia. Semoga pembaca semua dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa ini.


BAYANGKAN JIKA IA TERJADI PADA PARA WANITA DAN APA YANG BERLAKU KEMUDIANNYA. 

Terima kasih kerana membaca.

SHARE kepada semua , biar semua tahu ...



terima kasih sudi baca

16 comments:

  1. ^^ { Susah Zaman Sekarang Nie }

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.zaman dan berubah..manusia pun berubah tapi berubah kearah yg tak betol..tu yg jadi gitu..taktik kotor

      Delete
  2. subhanallah..bnda yg xelok mcam2 tektik diorang ni bt..hati2lah kaum wanita kat luar sna..sblum kena cmni..anda mgkin dperhatikan, kalau x, xkn la diorg thu prmpn 2 bwa kreta sorang2..

    ReplyDelete
  3. Oooo... licik diorang nak cari makan. Thanx for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea....memang berbagai taktik sekarang ni..lepas satu2

      Delete
  4. Isk-isk seram juga eh...syukur juga adik tak apa2..lepas nie adik hati2 tau...


    P/s : header cik akak tu cik akak tempah dari adik shida :)

    ReplyDelete
  5. hehehe...yeke cik akak? cun sangat

    ReplyDelete
  6. takut klu tiba2 jadi mcm ni..tambah2 kita ni pempuan..thanx for sharing

    ReplyDelete
  7. merbahaya memandu seorang di waktu malam.. nyonya (tauke) kat tempat akak buat tayar selalu pesan supaya hati2 dengan taktik kotor penjenayah ni..

    ReplyDelete
  8. Takutnya nak drive sorang2 T_T

    ReplyDelete

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...