::::✿chinta_shafiqah✿::::

Tuesday 25 June 2013

Tips menjimatkan bateri untuk smartphone android

Assalamualaikum..

Selamat malam untuk korang semua, cik cinta nak berkongsi dengan korang mengenai tips untuk menjimatkan bateri smartphone andorid korang tu. jom......

1) PENGGUNAAN LAUNCHER 
bagi cik cinta, penggunaan launcher di android sangat tidak perlukan.Walaupun ianya mencantikkan paparan handphone android korang, tapi ia akan menyebabkan handphone korang akan kehabisan bateri dengan cepat.nonono! itu tidak boleh terjadi kan? kenapa cik cinta cakap gini? sebabnya penggunaan launcher ini sangat berat, penggunaan ram yang tinggi dan cepat makan bateri..so fikirlah yang terbaik untuk handphone korang tu.

 nampak cantik bukan? ikut kata hati korang okey? nak jimat bateri ke nak cantik?hehe


2) OFF WIFI JIKA TIDAK DIGUNAKAN
 Apabila wifi di ON kan, secara automatik akan menambahkan lagi penggunaan bateri handphone android korang. So... cara nak menjimatkanya,setiap kali korang tak guna internet,boleh la OFF wifi tersebut.Termasuklah blutooth. boleh faham?oket settt..:)

OFF kan wifi jika tidak di perlukan..


3)  STOP APPLIKASI DIBELAKANG TADBIR.
Kalau kita clearkan applikasi yang run,sekarang kita nak force stop applikasi yang secara kita tidak sedar dia  run di belakang tadbir, Tak faham lagi? macam ni korang pergi ke setting>>application maneger>>slide untuk running application. Kat situ akan ada senarai untuk semua aplikasi yang disebalik tadbir. Tugas korang hanya TOUCH pada applikasi yang nak dihentikan dan TOUCH pada FORCE STOP. PASTIKAN korang STOP setiap applikasi yang korang tidak gunakan. Alaaa..semudah ABC katakan..hehe
STOP kan semua applikasi selepas digunakan


4) AKTIFKAN POWER SAVING MODE
 Cik cinta sekarang lebih suka aktifkan power saving mode. That why, ia boleh menjimatkan bateri handphone android. Yang ni pasti korang semua sudah tahu right? so korang godek-godek la kat handphone tu ye?
aktifkan power saving mode yeah~

5) OFF SYNC 
Ape benda ni cik cinta SYNC,alaa...senang je korang pergi setting>> accounts & syc. Off kan okey? ON bila perlu sahaja. Mudah kan nak jimatkan bateri :)

 Bila korang OFF dia akan jadi warna kelabu


6) SCREEN BRIGHTNESS  & TIME OUT
  Simple je untuk nak jimat bateri korang guna yang automatik screen brightness & untuk time out display tu korang boleh set ikut keselesaan korang. Macam cik cinta set 1minit atau 30 saat. Tak boleh terlalu cepat dan tak boleh terlalu lama. Mudah nya nak jimat bateri kan kan kan?

Tekan Automatik okeyh?


7) SOUND & VIBRATION
haaa....korang jangan tidak tahu, vibrate juga sangat-sangat-sangat memainkan peranan untuk bateri cepat habis termasuklah keynotes,touch sound,screen lock sound,haptic feedback dan lain-lain lagi lah.. Korang perlu disable semua sound tersebut sebab tak diperlukan bunyinya tu, lain la kalau korang memang perlukan bunyi tersebut,boleh la guna. Cara nak DISABLE setting>>sound>>system..okey dapat?

Haaa...macam mana dah dapat tak sedikit perkongsian ilmu android dari cik cinta, bagi sesiapa yang dah tahu tu that good la, bagi yang tak tahu boleh cuba. Actually, banyak sebab kenapa bateri android mudah habis, So, korang boleh try apa yang dah cik cinta kongsikan di atas. Semoga ianya sangat berguna untuk korang!

-XOXO-

terima kasih sudi baca

12 comments:

  1. thank information..patutla bateri cpt hbis..tk pernah nk tutup wifi..bila off pn..

    ReplyDelete
  2. waa...tq2..baru tahu nape bateri cpt sgt habis..huhu

    ReplyDelete
  3. nice sharing.. akak tak pernah guna smartphone lagi.. hihi.. adik akak guna, dia follow macam tips yang chinta bagi ni memang jimat..

    ReplyDelete
  4. nice tips =) nsb baik sy pgguna hp n3310 je he3..than bteri smggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu...yg tu memang dh xleh nk wat ape dh

      Delete
  5. pernah control screen brightness kat tab, sekali nak on, gelap gulita..tekan2..gelabah, ingatkan dah rosak..hehe..kalau guna internet memang cepat habis bateri..

    ReplyDelete
  6. Huhu~ susah kalau off wifi. Nanti orang whatsapp ke ape ke, lambat la delivered. Kan kan. Tapi cara lain tu boleh dipraktikkan. ^^

    ReplyDelete

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...