::::✿chinta_shafiqah✿::::

Friday 21 June 2013

(PERINGATAN) JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI !



(PERINGATAN) JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI ! | Pusat Racun Negara baru-baru ini memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang.

Selain itu Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, yang telah menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam peket 1kg

Kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.

Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah. Ia biasa digunakan oleh segelintir peniaga jalanan dan pengusaha restoran bagi menjimatkan kos perniagaan.

Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.

Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, para pengguna mestilah meninggalkan tabiat makan di luar dengan memasak sendiri makanan. Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama yang tidak perlu dipertikaikan lagi adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.

sumber

terima kasih sudi baca

9 comments:

  1. terima kasih kerana kongsi entri ni :)

    www.cikfie.com

    ReplyDelete
  2. nice sharing adik chinta.. memang bahaya guna semula minyak masak.. elok buang je jika tak habis guna.. macam ayam rangka atau makanan bergoreng yang kita selalu beli di pasar malam kebanyakan peniaga guna semula minyak masak berulang kali.. elakkan membeli, elok masak sendiri sahaja..

    ReplyDelete
  3. erkkk...yeke? kat umah jarang guna berulang, sebab jarang masak..ngeee. tp perasan kalau kedai memang banyak yang ulang pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin mereka tapis dulu kot..xkn dah berkulat pun guna lagi..heheh...

      Delete
  4. Emm..kalau nak guna pun tengok keadaan minyak dulu. Tak kan dah hitam pun nak guna lagi kan. Hehe~

    ReplyDelete

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...