::::✿chinta_shafiqah✿::::

Friday 14 June 2013

Kenapa perempuan membebel?




Assalamualaikum

Bertemu kita kembali di alam maya yang serba canggih dan bla-bla bla..:) cuba korang perhatikan pada tajuk kat atas tu, " kenapa perempuan/wanita suka membebel?" Fakta atau Auta that statment? Seperti yang sedia maklum bahawa golongan wanita ni suka bagi nasihat yang bernas kepada someone terutamanya pada buah hati nya, tetapi golongan adam ni memang tidak dinafikan lagi amat rimas dan benci sekali bila si perempuan bagi nasihat. Dierang akan COP kita ni kaki membebel la, berleter la padahal kita bagi nasihat.. fuhhh...bengang kan bila sesuatu yang kita ikhlas dikatakan BEBEL! dan yang paling HOT sekali bila si lelaki ni tanya kita" TAK PENAT KE HAA??" hey golongan lelaki diluar sana tu, sudah menjadi kebiasaanya seorang wanita dilahirkan sebagai bijak dalam berkata-kata bukanya membebel!korang yang silap menilai wanita sebenarnya...^------^

BEBEL.. sesuatu perkataan yang paling ANTI diberikan kepada golongan wanita, kenapa boleh terjadi sedemikian? padahal si wanita ni bukanya ada niat membebel ke apa, mungkin di salah anggap oleh golongan yang tidak memahami keperibadian seorang wanita. betol tak? mungkin cara dan situasi je yang membezakan bebel atau nasihat... Tapi bukan semua si lelaki tidak suka akan bebelan perempuan dan mungkin mereka boleh jadikan bebelan wanita tu sebagai satu semangat yang baru yang perlu ditempuhi dalam memahami seseorang wanita.. kehkehekeh!

Namun terdapat sesetengah golongan lelaki ni memang PANTANG! kalau bab-bab ni. Tak tahu kenapa. Kita bagi nasihat or ape-ape pendapat dengan betol tapi mereka pulak cop kita ni golongan yang kuat membebel like orang-orang tua.. adussss duniawi bermacam-macam hal.

Kadang-kadang apa yang kita nak sampaikan A kepada mereka, tapi mereka pula faham B..korang faham tak?? haa....bila dan terjadi situasi macam tu, meseg yang hendak di sampaikan tadi tidak di terima dengan baik, so terjadilah konflik. Biasanya kita-kita ni akan huraikan balik apa yng mereka tak faham, namun.... agak malang disitu kerana mereka memhami bahawasanya kita membebel...aduhhhh! susahnya.....itu lah satu kelemahan meseg jika nak dibandingkan dengan call atau video call...

Actually, si lelaki perlu dan wajib tahu, perempuan membebel ni bukan beerti mereka benci atau pun menyampah pada perangai anda atau sekufu denganya tapi membebel kearah nasihat, tunjuk ajar, dorongan..sudah semestinya tidak menjadi sebarang kesalahan bukan??

So petang ni, jom kita kongsikan bersama adakah korang pernah di COP kan sebagai MEMBEBEL :)


-XOXO-

terima kasih sudi baca

9 comments:

  1. ermmm... hehehe.... itulah wanita...

    Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

    Subhanallah.

    ReplyDelete
  2. tk pernahla lgi cop membebel..tpi bebel tu jatuh kt hb plk.. hehehe.
    tak tahula masa2 kedepan ni..mintak2 tak mahu membebella..munkin marah punya pasal membebel jgk kut nanti..huhuhu

    ReplyDelete
  3. wanita dan bebelan memang tak dapat dipisahkan.. itulah keunikan wanita.. so kaum adam kena terima dengan seadanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes setuju sekali dengn pendapat akak..bg golongan adam yg xleh terima tu tak tahu laa....:)

      Delete
  4. yelah kot hu3..yg baik sy ambil je :)

    ReplyDelete
  5. perempuan bebel nampak cute . cute ke? HAHHAHHHHHHA

    ReplyDelete
  6. Biasa la tu perempuan, memang kuat bebel. Bukan bebel, nasihat. Orang laki ni kalau cakap sikit, dia wat sambil lewa je. So kena la bebel banyak2 kat telinga tu baru nak dengar. Hehehe.

    ReplyDelete

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...