::::✿chinta_shafiqah✿::::

Tuesday 18 June 2013

Bayi itu masih hidup! subhanallah

ASSALAMUALAIKUM


Subhanallah ! Bayi Baru Lahir Ditemui Hidup Walaupun Berada Dalam Lubang Disebabkan Banjir | Seorang bayi ditemui dalam sebuah lubang yang berlumpur ketika banjir melanda di kawasan tersebut. Apa yang luar biasanya, bayi tersebut baru sahaja dilahirkan oleh ibunya, namun tiada siapa yang tahu siapa yang menyambut kelahiran itu.

Ceritanya bermula daripada bencana banjir besar yang terjadi di Bangladesh yang telah menggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak. Wanita tersebut telah dihanyutkan oleh air banjir dan terkubur di dalam tompokan lumpur.

Difahamkan, selepas beberapa hari pencarian, suatu keajaiban terjadi di mana perempuan hamil yang telah mati dan terkubur dalam lumpur tu, telah melahirkan bayinya yang menyembul di atas permukaan lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa. Bayi tersebut selamat walaupun sempat beberapa hari berada di dalam rahim ibunya yang sudah mati di dalam lumpur (Maha Suci Allah). Berikut merupakan gambar-gambar bayi tersebut semasa dijumpai.


masa angkat


dicucikan


ternyata masih hidup subhanallah!

Subhanallah! Sukar dikatakan bagaimana bayi sekecil ini mampu hidup di dalam lumpur walau 
seketika. Tiada siapa yang mengetahui bagaimana bayi ini disambut. Jika ibunya masih
 hidup lagi, sudah pasti dia akan gembira bahawa anaknya masih lagi hidup dalam keadaan normal.

Sekadar perkonsian bersama, semua itu adalah keajaiban ALLAH..

terima kasih sudi baca

5 comments:

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...