::::✿chinta_shafiqah✿::::

Tuesday 21 May 2013

Posisi Jerawat

Assalamualaikum



seseorang yang mengalami jerawat akan hilang keyakinan diri.
so kuatkan hati tabahkan diri dalam melalui hari-harimu..
katakan tidak pada jerawat!


Tak tahu kenapa malam ni tersangatlah boring sehinggakan dua entri yang berjaya di keluarkan untuk cik cinta buat korang sekalian, walaupun entry biasa-biasa aja, namun ia sudah mengambarkan bahawa cik cinta suka menaip..hohoho..okey abaikan.. malam ni apa kata kita berkongsi pasal jerawat..ewwwww! jerawat u..walaupun sebijik bersandar kat muka, hati bagai nak rak risau..betol tak? bagi sesiapa yang tak pernah mengalami masalah jerawat ni, syukur lah,tapi bagi sesetengah yang bertimbun-timbun jerawat kat muka macam mana? dah la posisi jerawat tu tak tentu.. kat dahi la, hidung pun jerawat suka tau...?, dagu,mulut pun ada sampai nak makan pun susah u allsss...i alsss dah terkena..mogok X makan la sehari dua..hehe..

Tapi, jangan risau dimana ada kemahuan, disitu ada jalan, setiap masalah yang kita hadapi pasti ada jalan untuk kita selesaikanya. Tapi topics utama malam ni, bukan nak bagi tau tips untuk mencegah jerawat, tapi nak berkongsi posisi yang kebiasaanya ENCIK JERAWAT suka sangat  bertapa kat muka kita dan kenapa ianya timbul kat area tu..

Jom kita selidik..^------^

Jerawat kat DAHI

haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran. heyy....betol ker? renung-renung yea..

Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. selain itu, pastkan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak. :)

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat kat batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya dihujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitka dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.:)

Jerawat kat DAGU

kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggan telah terjejas atau sistem endokrin (rembasan dalaman) lemah. Untuk kaum kita-kita ni la yang  mudah mendapat jerawat kat sekitar dagu yang salah satunya mungkin disebabkan oleh kitaran haid yang tidak teratur dan juga sistem peranakan yang bermasalah. haaa...orang perempuan banyak sangat masalah kan? itu kalau tidak di jaga, tapi jika di jaga dengan betol, no problem punyer lah...^--^"

Jerawat kat PIPI


haaa...ni yang paling cik cinta gerun, kat area pipi ni lah yang susah nak hilang..nak tu pulak kalau tinggal parut berkurun baru boleh hilang tu pun dengan pelbagai cara. kalau tak still cantik gitu lahh.hehe. jerawat di posisi ini mungkin fungsi hati yang kurang lancar dan juga masalah rembesan, menyahtoksin dan juga penghasilan darah. 
X0X0


terima kasih sudi baca

5 comments:

  1. Amboi, dari jerawat pun dah boleh tahu apa masalah kita. Hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea...hebatkan hhehe..itu tak semestinya betol...ape yg pntg jaga diri kita..

      Delete
  2. thanks untuk info.. nice sharing.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama akak..sharing is caring katakan..heheh

      Delete
  3. Jerawat kat dahi. Erkk macam betul je tuuuu. Hehe.

    ReplyDelete

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...