::::✿chinta_shafiqah✿::::

Wednesday 5 March 2014

Pengalaman temuduga

Assalamulaikum..

Haipp korang ape khabar? kalian semua sihat? makin lama makin bersarang diary ni, yetak? Sebelum cik cinta lupa, actually petang ni saja nak berkongsi  tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang hidup cik cinta. Mana tak nye first time dapat interview walaupun bukan lah kerja yang boleh di banggakan, Namun itu semua tidak mematahkan semangat cik cinta untuk pergi interview..korang plak pernah tak? apa yang korang rasa agak-agak la time tu? terharu? sedih? suka? bahagia??

Bagi cik cinta la kan, semua perasaan tu bercampur aduk, boleh buat kek! ahaks!! agak keterlaluan kan.? Walaubagaimanapun halangan yang mendatang cik cinta pasti akan tempuhinya. Yang penting semangat dan keyakinan dalam diri kita. Itu yang wajib ada dalam diri setiap manusia. Cewaahhh....:)

Nak dijadikan cerita, IV tu sepatutnya dijalankan pada jam 3 petang, tapi normal la kan janji melayu sekarang, apapun tak boleh nak di harap sangat. Dengan kesungguhan cik cinta ni, awal-awal lagi dah p tempat yang di tuju tu..Makan-makan dan buat apa yang patut. Mata mula meliar melihat jam di tangan, 10 minit lagi tepat jam 3.00 petang. Okey, jantung mula bergetar, dub dab dub dab..macam nak kawen pulak rasanya..hihi..ehh tak tak... cik cinta tak kawen lagi..single but not available..hihihi..

Okey2 kita teruskan, dari seminit, dua minit seterusnya 1 jam, masih tidak panggil lagi nama untuk di IV. Hati mula berkata-kata, "eh betol ke ade temuduga hari ni?" Kaki mula melangkah ke costomer service...bla bla bla dan bla.... Then after that, Tepat jam 4.10 petang, cik cinta pun di panggil dan ikut HR  ke bilik temuduga tu.. Wauu....agak berserabut bilik temuduga tu. Cik cinta dipersilakan duduk oleh HR.. Ape yang menarik HR tu iras-iras Rita Rudaini..fuhhhh terpesona..! Then cik cinta mulakan dengan salam dan bermulalah pertanyaan demi pertanyaan yang sebelum ini cik cinta tak menduga sama sekali. Yelaa...Kita nak p IV bukan berkaitan dengan kos yang kita study dan soalan tu lah yang ditanya oleh HR tu..Nasib baik terlalu awal, so cik cinta perjelaskan satu per satu apa yang cik cinta pelajari dan macam-macam lagi. Okey ! Good job! semua soalan yang ditanya semua cik cinta boleh jawab dengan jujur dan ikhlas. Penting disini ialah eye contex. Mata tu jangan sesekali nak tengok dinding ke ape ke..OHHH!!! itu tidak perlu sama sekali yer?? ingat tu pesanan cik cinta..heheh

Tengok jam di dinding sudah menunjukkan tepat jam 4.30 petang, dalam hati berkata " ada lagi ke ni? nape Akak ni tak cakap ape-ape pun?" Then tunggu punye tunggu tibalah MANAGER..fuhhhhh...tinggi dan kurus sangat...Bila masuk je dia terus memperkenalkan diri, adoi......memang parah,80 % idea dan pandangan dari cik cinta, dia cuma 20 % je..fuhh....berpeluh ketiak ni mencerita. Hohoho..Dia hanya tahu, angguk dan mengiakan sahaja..Adoiiiiii.....ade jugak la macam ni penemuduga ni kan.??? Tapi bernasib baik jugak la sebab soalan yang ditanyakan tu, cik cinta dah study awal-awal lagi sebelum p.Alhamdulillah, semuanya selesai cume tunggu panggilan je..Tak berharap sangat pun, just berdoa semoga diberi peluang untuk mengisi masa lapang ni..hohohoh...

Okey itu aje lah untuk kali ni. Apa nasihat cik cinta disini ialah, better sebelum nak p interview tu, pastikan korang study dan tahu position apa yang korang dapat.. yang paling penting jugak, RESUME korang perlu kemas, padat dan bersesuaian.. Okey? dapat? bagusss...!



PENTING...!

_XOXO-


terima kasih sudi baca

2 comments:

  1. kalau nak diimbau dan kalau nak diceritakan memang banyak pengalaman temuduga ni... macam2 jenis pengalaman ada...

    ReplyDelete

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...