::::✿chinta_shafiqah✿::::

Monday 10 March 2014

Membanteras Denggi

Assalamualaikum..

Selamat tengahari untuk u alls..:) semalam cik cinta update isu yang hangat di perkatakan pada masa kini iaitu kehilangan pesawat MAS MH370. Tapi isu yang cik cinta nak kongsikan dengan korang hari ni juga tidak kurang hebatnya, malah ia sering berlaku dimana-mana sahaja.

Denggi? apa yang korang faham pasal denggi? sebenarnya demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk aedes betina yang dijumpai di kawasan tropika. Penularan penyakit bahaya ini boleh membawa maut.

Kalau korang nak tahu, kebiasaanya nyamuk aedes ni memulakan pekerjaanya di awal pagi dan juga waktu senja, sama dengan manusia kan, pagi-pagi dah keluar mencari rezeki..hohohoh..! okey-okey kita teruskan. Nyamuk ni suka membiak dalam air yang jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau di luar rumah. SO,maxsure rumah korang tidak ada tempat-tempat yang mendorong nyamuk ni membiak. Kalau ada, cepat-cepat la bersih ye...?

 apakah tanda dan gejala demam denggi? haha..(ayat skima..) kebiasaanya, demam secara tiba-tiba akan berlaku pada hari ektiga hingga ke -14 selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti. Ini diikuti sakit kepala yang teruk serta sakit dibahagian obdomen, otot dan sendi. Selian itu, ruam merah akan kelihatan pada bahagian kulit. Pesakit yang dijangkiti demam denggi boleh mencapai suhu 40 hingga 41 darjah celsius dan ia juga boleh menyebabkan serangan sawan bagi pesakit kanak-kanak dibawah umur enam tahun..Eeee...bahaya sangat kan..?

So, kesimpulanya, korang perlu la jaga kebersihan rumah atau tempat-tempat yang berpotensi untuk nyamuk membiak. Cegah sebelum terlambat, kita mampu mengubahnya.cececewaahhh....siap bermadah pujangga bagai..hihih...Okey korang! sehingga bertemu lagi.. TATAAA ( sambil lambai tangan)



terima kasih sudi baca

2 comments:

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...