::::✿chinta_shafiqah✿::::

Friday, 4 October 2013

kisah aku dan jerawat


Assalamualaikum cinta❤


Alkisah bermula pada tahun 2009 dimana tahun yang paling bermakna dalam hidup aku. Tahun ini juga adalah tahun penentu masa depan aku. Harapan kedua-kedua orang tuaku yang ingin melihat aku ke menara gading..

Namun, tahun itu merupakan tahun yang mencabar dan menduga tahap kesabaran aku dalam menimba ilmu serta bersosial dengan kawan-kawan..

Kulit muka aku sebelum ini bersih tanpa sebarang cela, tanpa CIK WAT! namun ia berubah sekelip mata di saat aku bertarung untuk study. Semakin hari, semakin suram. Kurasakan semua orang perlikan aku dan apa yang membuatku bosang adalah pertanyaan daripada kawan-kawan ku.. "kenapa dengan muka tu? " itu lah ini lah..sampaikan aku naik bosang.

CIK Wat semakin hari semakin banyak yang meletup kat muka aku ni, berbagai bentuk dan warna. ahakkks! takut nak tengok cermin...hihih...malu tu tak usah dok fikir la,nak bertegur sapa dengan kawan-kawan pun segan, cikgu? apetah lagi...tapi misi aku tetap berjalan dengan lancar, semakin hari semakin kuat aku study. Yela impian cuma 1 nak melanjutkan pelajaran ke universiti...hohoh

Apa yang paling mengerikan adalah, salah seorang kawanku mengatakan aku ni sombong! what??? hihi..actually masa tu dia tak rasa apa yang aku rasa, mungkin sebab itu juga aku selalu menyendiri..bukan sombong tapi malu untuk bertentangan dengan mereka apetah lagi berbual. Kadang-kadang hati menangis. Menangis sedih...!

to be continue.......:)❤


terima kasih sudi baca

4 comments:

  1. ambil tuala lepastu tuam je muka dgn air panas. nanti hilanglah cik wat tu..takdelah malu nak jumpa sesiapa..huhu

    ReplyDelete
  2. akak masa reaja dulu jerawat teruk.. alhamdulillah lepas dah tua ni takde pula tumbuh..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

    ReplyDelete

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...