::::✿chinta_shafiqah✿::::

Sunday 17 February 2013

Alahiiiiii cik cinta suami orang tu…..


ASSalamualaikum
Pelik tak dengan tajuk entri arini..? Actually cik cinta nak berkongsi dengan korang pengalaman yang kini menjadi  igauan ngeri dalam hidup cik cinta..amat sedih dan pilu sekali jika di fikirkan..ape-ape pun nasib sudah menjadi bubur. Yamiii….sedapp tuu..:)
Cik cinta tak tahu nak mulakan bagaimana kat  korang tapi yang pasti cik cinta harap dengan perkongsian story ni sedekit sebanyak dapat menjadi pengajaran kepada anda semua.. cerita nya bermula macam ni--------->

Pada mulanya, cik cinta tidak suka sms ape tah lagi dengan orang yang tidak kenali. Tapi sms dengan si dia ni membuatkan cik cinta heppy. Disebabkan mase tu cik cinta baru je putus cinta, tanpa berfikir panjang cik cinta terus layan mamat nih tanpa cik cinta sendiri pun tak tahu siapa dia..dia hanya memperkenalkan dirinya sebagai – hafiz( bukan nama sebenar). Pada mulanya cik cinta agak was-was sebab cara dia menaip sms ada iras-iras ex bf cik cinta… Cik cinta tanpa segan-segan layan la mamat nih..tanya tu Tanya ni…mase tu mood kembali ceria  macam ni---- :)




Tapi sudah sememangnya sikap perempuan, jika hati masih ragu-ragu dengan si dia, bertanya dan terus bertanya siapa yang bagi number cik cinta.. hanya 1 jawapan yang cik cinta ingat …. Si dia kata,
“ tu semua xpenting, yang penting nya sekarang, im want to be ur friend” walaupun cik cinta tidak mendapat jawapan yang cik cinta mahukan, tapi….. cik cinta tidak rapuh, cik cinta teruskan bertanya dan bertanya sehingga cik cinta dah dapat hint..iaitu si dia bagi facebook  address…so dari situ cik cinta selidik-dan selidik siapa dia sebenarnya.. **

Menurut si dia, dia sedang belajar di UTM. Cik cinta agak kurang percaya pada asalnya, tapi selepas di jelaskan oleh si dia yang bermulut manis itu, cik cinta jadi akur dengan  penjelasan yang telah dinyatakan walaupun masih ragu-ragu dengan jawapan itu..>
Mulai daripada saat itu, cik cinta mulai hanyut dengan bayang-bayang si dia  yang cik cinta sendiri pun tidak mengenali nya hanya dapat mendengar suara nya sahaja…….



Tapi…… selepas beberapa hari cik cinta bersms dengan si dia, terdetik di hati cik cinta untuk melihat sendiri facebook yang telah di nyatakan.. tanpa membuang masa lagi, cik cinta terus menaip dan terus menaip…mase tu hati cik cinta dah rasa lain, tak tahu kenapa..jadi macam tak tentu arah..bila jari klik pada satu nama ni…terus terpampar satu profil picture.. bla-bla-bla-bla..cik cinta terus menyelongkar demi menyempurnakan hajat dihati…tiba-tiba…cik cinta terpandang satu picture  sidia..$@%&

Dalam hati berkata “ hensem nya dia” taste aku laa…” opss….cik cinta tidak tersedar dengan kata-kata cik cinta..di sebabkan melihat picture itu tadi cik cinta telah lupa hajat sebenar cik cinta..selama beberapa hari selepas kejadian, cik cinta terus di buai dengan kata-kata sidia,..manis macam gula kata-kata nya..walaupun dia tidak mengenali siapa cik cinta sebenarnya..cik cinta pun tidak kurang hebatnya..pernah satu mase tu, cik cinta menyanyikan lagu “tercipta untuku” sweet sangat kami mase tu..hanya tuhan sahaja yang tahu..betapa heppy nye cik cinta dengan kehadiran si dia yang mengubat hati cik cinta yang telah terluka… sob3



Dari hari ke hari hubungan cik cinta dengan si dia semakin rapat walaupun tidak pernah berjumpa..itu dinamakan kuasa tuhan ye tak?  Tapi.......ku sangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari…. Begitulah yang cik cinta rasakan  masa tu…cik cinta terlihat picture adik kepada ex cik cinta dalam face book…muka, birthday, wall, picture yang ada dalam facebook si dia sama… sebijik dengan picture adik kepada ex cik cinta… disebabkan dia tak preversi  so cik cinta dapat lihat kesemua gambar-gambar termasuklah gambar si dia yang sebenarnya sudah BERKAHWEN! Dan lebih malang lagi sudah mempunyai  seorang anak lelaki ! omg!

 Mase tu tangan cik cinta terketar-ketar…macam penyakit Parkinson dah..terketar-ketar bagai…hati ape tah lagi.. dalam hati rasa macam air panas sedang mengalir….betapa panasssnya cik cinta rasa….namun…..cik cinta cuba kuatkan hati untuk bertanyakan sama ada betol atau tak ape yang cik cinta sedang lihat mase tu..%%%%%&&:(



Pada mulanya, si dia menafikan yang si dia belum berkahwen ape tah lagi ada anak… si dia kata” alahh…tu hanyalah pelanduk dua serupa je tu, jangan la cepat percaya dengan semua bende tu. Trust me okey sayang?”

Tapi kalii ni, cik cinta dah menjadi seorang yang mendesak.cik cinta terus desak. Desak dan terus desak sehinggalah si dia menceritakan kesemuanya pada cik cinta…Ya aLLAH….mase tu hanya tuhan je tahu betapa sakitnya hati di permainkan oleh insan yang kini sudah berada dalam hati cik cinta....ternyata cik cinta kini” berKAPEL “dengan suami orang malah adik kepada ex cik cinta…. 
Memang tak keruan cik cinta mase tu... dasar penipu!
Sehingga kini cik cinta still ingat ayat yang sering si dia gunakan untuk memancing hati cik cinta…antaranya

“ walau apa pun yang berlaku, orang akan jaga hubungan yang kita bina nih, orang sekarang rasa macam tak pernah di hargai oleh wife orang, nothing.! Just anak orang je yang boleh buat orang bahagia. Awakk…. Tolong la jangan tinggalkan orang, orang sayang sangat kat awak..plisssss awakk…jangan buat orang macam ni..”

 kini dia bahagia di samping anak tersayang..:)

[Moralnya jangan mudah percaya dengan orang yang kita belum kenal ]

terima kasih sudi baca

7 comments:

  1. wah ayat last dia sebijik macam ayat yang ex bf akak yang dah kawen dan ada anak 1. Dia cakap kat akak. knon tak bahagia dengan bini.. yang dia sayang cuma anak.. agak nya lelaki ni pemikiran depa semua sama kot.. dan ayat pon lebih kurg sama jugakk.. Memang xleh di percayai

    ReplyDelete
    Replies
    1. are u sure kak??? tapi panahan cinta suami orang ni...memg berlainan nga lelaki macho di luar sane tu....sy boleh rase kelainanyer...myb die dah expert kot dalam bab2 cmni...ihihih

      Delete
  2. huhuhu..ganaz2xxxx.. nk belajr jg la bermulut manis..hehe( gura je), anyway, len kali bhati2x na, belajar jual mahal2x...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea......pengalaman seperti itu tidak semua org yg akan rase...pengalaman mengajr kita supye lebih matang dalam sebuah kehidupan...bukan setakt umur semata-mta

      Delete
    2. yes, i agree with u, pengalaman tersebut membuat kita lebih berhati2x n mengajar kita erti kehidupan..:-)

      Delete
    3. yes i setuju nga u...hehehe

      Delete

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...